Berita

Lelaki Berusia 20 Tahun Dakwa Diliwat Bergilir-gilir 8 Kali, Dua Suspek Ditahan
PETALING JAYA, 22 Feb – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang pelayan restoran di sebuah pusat beli-belah di sini mendakwa telah diliwat secara bergilir-gilir dalam satu kejadian pada Sabtu baru-baru ini. Ketua Polis Daerah, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa tersebut sedang berjoging bersendirian di kawasan berhampiran rumahnya dan berjumpa […]
(Video) Elak Kulit Wajah “Breakout”, Ini Tujuh “Hacks” Pakai Pelitup Muka
Pemakaian pelitup muka kini menjadi satu kewajiban bagi mengelak dari sebarang jangkitan virus COVID-19. Pun begitu, kebanyakan orang mempunyai pelbagai masalah pada wajah apabila memakai pelitup muka terutama bagi golongan wanita yang bermekap. Bukan itu sahaja, bagi yang memakai cermin mata, anda pasti terkadang merasa tidak selesa kerana cermin mata itu akan berkabus. Tapi jangan […]
Usia Bukan Penghalang, Warga Emas Antara Calon Duduki SPM Hari Ini
SEREMBAN, 22 Feb (Bernama) — Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itu yang dibuktikan seorang warga emas Salman Ahmad. Meskipun usianya sudah menjangkau 65 tahun, Salman mempunyai keazaman yang tinggi untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali hari ini. Salman adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang […]
Lelaki Abadikan Hidup Selamatkan Kucing ‘Mangsa’ Perang, Bina “Shelter” Terbesar Di Syria
Semua sudah maklum, Syria yang dulunya sebuah negara Islam yang kaya dengan pusat ilmu dan ketamadunan Islam, kini sudah berubah wajahnya menjadi ‘padang pasir’. Konflik, sengketa dan campur tangan daripada pelbagai telah menyebabkan negara itu menjadi tegang dari hari ke hari. Jika dulunya dibanggakan dengan Kota Damsyik, hari ini hanya debu batu yang menjadi tugu. […]
(Video) Hanya Mampu Pasrah, Suami Terpaksa Relakan Isteri Hamil Mengidam Nak Cukur Jambang
Kehamilan menjadi proses yang sangat bermakna bukan sahaja untuk isteri malahan suami juga. Ia juga ‘mencabar’ bagi suami apabila perlu menghadapi saat-saat isteri mengidam. Seperti yang diketahui, wanita hamil kebiasaannya mengidam makanan tertentu yang mungkin terkadang sukar untuk dicari. Pun begitu, berbeza pula dengan wanita ini yang mengidam sesuatu yang pelik. Menerusi video yang dimuatnaik […]
“Tiap-tiap Bulan Benda Sama, Ikhlas Ke Tak Ni”, Wanita Sedih Bercampur Terkilan, Baca Komen Penerima Bantuan Diberinya
Dalam keadaan yang serba sukar sekarang ini, ramai yang baik hati untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Namun terkadang ada sesuatu yang tidak terjangka semasa dalam proses memberi bantuan itu. Menerusi perkongsian Mahani Udit di Facebook, dia menyatakan rasa terkilan dan sedih terhadap apa yang telah berlaku kepadanya baru-baru ini. Ikuti perkongsiannya di bawah […]
Wanita Mengandung, Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud. Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam […]
Tak Perlu Bimbang Tak Ada Pengukus, Abang Ini Kongsi Cara Masak Pulut Kuning Dalam “Microwave”
Pulut kuning kebiasaannya menjadi hidangan yang melengkapkan majlis kesyukuran, doa selamat atau ulang tahun dan disebabkan itu ia juga sangat jarang dibuat dalam kuantiti yang sedikit. Alatan paling penting yang perlu ada untuk membuat pulut kuning adalah pengukus namun sayangnya tidak semua orang mempunyai alatan itu. Tapi jangan risau, anda sebenarnya boleh memasak pulut kuning […]
Gunung Merapi Dilapor Muntahkan Lava 5 Kali Hari Ini, Jarak Luncuran Dikesan Sejauh 800 Meter
Gunung Merapi dilaporkan kembali memuntahkan lava pada jam 12 hingga 6 pagi waktu tempatan hari ini, lapor liputan6. Terletak di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, ia mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya. Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang […]
Kanak-kanak Pesakit Leukimia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia
KEPALA BATAS, 22 Feb (Bernama) — Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukimia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata beliau dimaklumkan Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang […]
Hajat Nak Sarung ‘Uniform’ Polis Tak Kesampaian, Adik Ammar Penghidap Kanser Meninggal Dunia
Jika seseorang itu berhajatkan sesuatu tapi akhirnya ditakdirkan meninggal dunia dan tidak sempat ditunaikan, itu adalah saat yang paling perit dirasakan. Apatah lagi jika insan tersebut adalah darah daging kita sendiri. Namun tidak dapat tidak, kita perlu menerima takdir Allah SWT dengan hati terbuka. Dia lebih Maha Mengetahui segala-galanya. Aktivis kemanusiaan, Puan Natipah Abu baru-baru […]
Sebak Tengok Anak Menangis Tak Mampu Bayar Caj Penuh Ambulans Rakyat Bawa Mak Hidap Strok, Uncle Kentang ‘Offer’ Bayar RM1 Saja
Bagi siapa yang amat mengenali Uncle Kentang, pasti sudah maklum bahawa figura kemanusiaan ini ada menyediakan perkhidmatan ambulans rakyat. Kadar caj yang dikenakan teramat murah, difahamkan ianya adalah semata-mata untuk kegunaan dan kebajikan bagi golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, Uncle Kentang berkongsi tentang satu kisah seorang individu yang ‘terdesak’ mahu menggunakan khidmat ambulans rakyatnya tapi […]
SPM 2020: 401,105 Calon Mula Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan. Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka […]
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah. Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan yang ribut itu kini berada kira-kira 379km ke Timur Laut Davao, Filipina. “Kelajuan maksimum angin adalah 69 kilometer sejam,” menurut kenyataan itu dan menambah, ribut itu […]

Polis Selamat Wanita Warga Asing Mangsa Eksploitasi Seks
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Bertindak atas maklumat penawaran khidmat seks dalam talian menggunakan aplikasi Locanto, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun di hadapan sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata berikutan penahanan lelaki berkenaan, polis […]

Mayat Lelaki Sudah Reput Dalam Tong Biru Di Kebun Kelapa Sawit
NIBONG TEBAL, 21 Feb (Bernama) — Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan reput ditemukan dalam sebuah tong berwarna biru dalam kawasan kebun kelapa sawit di Tiga Kongsi, Simpang Ampat, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.40 pagi tadi berhubung penemuan mayat itu daripada pemilik […]

Vaksin Sensitif Terhadap Suhu Dan Masa, Proses Simpanan Perlu Di Tahap Terbaik
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Proses penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech bagi COVID-19 yang julung kali selamat tiba ke tanah air pagi tadi, perlu berada di tahap terbaik sebelum disuntik kepada penerima. Farahwahida Mohd Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Cawangan Pengurusan Farmasi Logistik Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) berkata vaksin merupakan produk yang sensitif terhadap suhu dan masa. […]

Polis Nafi Bertindak Kasar Tahan Wanita Indonesia
BUTTERWORTH, 21 Feb (Bernama) — Polis menafikan telah bertindak kasar termasuk sengaja menggari seorang wanita Indonesia yang bekerja di sebuah restoran di Jalan Raja Uda yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri ketika Ops Bersepadu Khas, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sejak semalam, tular di […]

Satu Jam Penuh Debaran, Bawa Vaksin Covid-19 – Juruterbang
SEPANG, 21 Feb (Bernama) — Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjang tempoh 29 tahun kerjayanya dalam dunia penerbangan ketika mengendalikan pesawat Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia hari ini. Sepanjang penerbangan dari Singapura itu, Hamdan yang juga Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines perlu memastikan suhu yang bersesuaian […]

TERKINI: 3,297 Kes Baharu Covid-19, Negeri Perak Catat Kes Tertinggi Hari Ini Dengan 1,215 Kes
Setakat hari ini, 21 Februari 2021, KKM telah mengesan lagi 3,297 kes baharu positif Covid-19. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Coid-19 adalah 283, 569 kes. Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut meningkat kepada 4,456 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 249, 209. Justeru itu, jumlah kes aktif setakat hari ini […]