Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Perlu Bimbang Tak Ada Pengukus, Abang Ini Kongsi Cara Masak Pulut Kuning Dalam “Microwave”

Gambar Via Rahim Rahimi
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pulut kuning kebiasaannya menjadi hidangan yang melengkapkan majlis kesyukuran, doa selamat atau ulang tahun dan disebabkan itu ia juga sangat jarang dibuat dalam kuantiti yang sedikit.

Alatan paling penting yang perlu ada untuk membuat pulut kuning adalah pengukus namun sayangnya tidak semua orang mempunyai alatan itu.

Tapi jangan risau, anda sebenarnya boleh memasak pulut kuning tersebut di dalam microwave sahaja.

Jom ikuti resepi memasak pulut kuning menggunakan microwave yang telah dikongsikan oleh Rahim Rahimi menerusi Facebook

Siapa tahu apa fungsi letak mangkuk air kat tengah pulut kuning ni??

Nota bisu: Simple aje abam masak pulut kuning guna microwave.

Cara masak pulut kuning microwave

1. Rendam pulut dgn asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam

2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut. Masukkan dlm microwave selama 20 minit

Gambar Via Rahim Rahimi

3. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang ditengah pulut dan masukkan mangkuk air panas. Masukkan semula dlm microvave dan tutup mangkuk tu. On kan microwave lagi selama 10-15 min. In shaa Allah masak sekata nanti

Selamat mencuba

Sumber: Rahim Rahimi