Berita
Ibu Angkat Terkilan, Anak Jagaan Pergi Dalam Keadaan Menyayat Hati
MELAKA, 30 Jan (Bernama) — Luluh hati seorang ibu apabila menerima berita mengenai anak angkatnya berusia tujuh tahun yang dijaga sebelum ini, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera. Norlida Abu Hassan, 50, berkata walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan […]
Polis Johor Tahan 532 Warga Asing, 184 Tekong Tahun Lepas
JOHOR BAHRU, 30 Jan – Polis Johor menahan 716 individu merangkumi 532 warga asing dan 184 tekong dalam tempoh April hingga Disember tahun lepas dalam operasi menangani penyeludupan warga asing di negeri itu. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah itu, 77 orang termasuk 19 pegawai penguat kuasa dikenakan tindakan di […]

Warga Emas Naik Bas 90km Ke Bandar, Sanggup Tidur Di Kaki Lima Demi Tunggu Wang BPN
Perit tetapi demi mendapatkan secebis wang untuk meneruskan hidup, seorang warga emas sanggup menaiki bas sejauh 90 kilometer dari kampungnya di Sebuyau ke bandar Kuching dengan kos RM40 demi mengambil wang bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sebanyak RM350. Memetik laporan MalaysiaNow, ternyata menyentuh hati ramai kerana warga emas berusia 73 tahun itu dilaporkan telah tidur […]
Polis Tahan Dua Wanita Bantu Siasatan Kegiatan Ah Long
JOHOR BAHRU, 30 Jan – Polis menahan dua wanita tempatan dalam serbuan berasingan di Bukit Indah dan Gelang Patah, di sini, semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor ACP Mohd Salleh Abdullah berkata kedua-dua wanita berumur 19 dan 28 tahun itu ditahan menerusi Ops Vulture yang dilaksanakan Jabatan Siasatan […]
Buat Pengiklanan Dengan Unsur Lucah ? Mufti WP Perjelaskan Hukumnya
Pelbagai usaha boleh dilakukan yang boleh dilakukan oleh usahawan dalam usaha untuk memasarkan produk mereka. Antaranya membuat hebahan atau pengiklanan sama ada di media sosial, media cetak ataupun di kawasan umum. Pun begitu, timbul persoalan mengenai apakah hukum untuk mengiklankan sesuatu yang berunsur lucah ? Susulan itu, atas dasar keprihatinan, seorang individu mengemukakan soalan kepada […]

Kerani Sekolah Redah Hujan, Banjir Hantar Bahan PdPR Pelajar Tiada Internet
KOTA BELUD, 30 Jan (Bernama) — Menyedari akan kepentingan setiap pelajar memperoleh bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah () seorang kerani sekolah di sini, Shafiq Shazwan Juhen sanggup meredah hujan dan banjir untuk menghantar bahan berkenaan ke rumah pelajar. Usaha dilakukan Shafiq Shazwan, 23, kerani Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II Kota Belud itu penting […]

Imigresen Tahan Empat Warga Pakistan Di Tampin
SEREMBAN, 30 Jan (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan empat warga Pakistan dalam operasi ke atas lima premis perniagaan di Pekan Gemencheh, Tampin, semalam. Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 1 hingga 27 tahun. Katanya, mereka […]

Program Saringan Covid-19 Pekerja Asing Diperluas Ke Seluruh Negara Bermula 2 Feb
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Program saringan COVID-19 bagi pekerja asing akan diperluaskan ke seluruh negara bermula 2 Feb ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. Beliau berkata perluasan skop itu adalah susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Jan serta pengumuman bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Jan. Beliau berkata program tersebut […]

Pejabat MB Johor Ditutup Tiga Hari Mulai Esok Bagi Proses Sanitasi
JOHOR BAHRU, 30 Jan — Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini, akan ditutup sementara mulai esok, hingga 2 Feb untuk membolehkan kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19. Pejabat Menteri Besar Johor menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, berikutan itu semua temu janji akan ditunda ke satu tarikh yang […]
Covid: Seorang Rayat Malaysia Antara 23 Kes Import Tidak Bergejala Di Singapura Pada Jumaat
SINGAPURA, 30 Jan (Bernama) — Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 27 tahun adalah antara 23 kes import baharu COVID-19 tidak bergejala yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu. Menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi, lelaki pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia. Setakat tengah hari […]
Tidak Lapor Kes Positif Secara Terus, Punca Jumlah Covid-19 Tinggi Di Selangor Semalam – MB
SHAH ALAM, 30 Jan – Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, berpunca daripada kes tertunggak kumulatif daripada saringan pekerja kilang, penjara, klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata kes kumulatif tersebut dikesan berlaku sejak 10 hari lepas. “Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Kesihatan […]
Dipercayai Dera Anak Sampai Mati, Suami Isteri Direman Tujuh Hari
MELAKA, 30 Jan (Bernama) — Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar […]

(Video) Dah Bersara Dari UFC, Khabib Dapat Tawaran Jadi Pemain Bola Sepak Dari Kelab Rusia
Bintang Russia, Khabib Nurmagomedov telah menerima ‘tawaran’ untuk menyertai pasukan bola sepak kelab divisyen tiga Rusia, FC Kamaz. Perkara ini terjadi selepas Ikon UFC ini menunjukkan bakatnya selepas menyertai perlawanan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai. Menerusi Instagram Kamaz berkata mereka menawarkan Khabib untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Katanya […]

48 Petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah Positif, Jabatan Kecemasan & Trauma Ditutup Sementara
KUALA TERENGGANU, 30 Jan – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan seramai 48 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dijangkiti COVID-19. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata kesemua petugas berkenaan telah diasingkan dan diberi rawatan. Beliau berkata siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan dan kontak rapat kes juga […]

Awas, Berat Badan Berlebihan Dan Obesiti Boleh Meningkatkan Risiko 13 Kanser Ini
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu (1) daripada dua (2) orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Ianya tidak boleh dipandang ringan kerana obesiti boleh meningkatkan risiko kepada 13 jenis kanser seperti yang dikongsikan oleh KKM. Antaranya, kanser usus besar, kanser payudara, kanser ovari, kanser rahim, kanser perut, kanser hati, kanser tiroid, […]
Kanak-Kanak Lelaki 7 Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Dan Bapa Tiri
MELAKA, 30 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata kanak-kanak tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya […]
Gara-gara Elon Musk Tambah #bitcoin Di Bio Twitternya, Harga Bitcoin Dilaporkan Melonjak Sebanyak 14%
Tag “#bitcoin” di laman profil Twitter Elon Musk dilaporkan telah menyebabkan berlakunya lonjakan sebanyak 14% bagi harga mata wang kripto semalam. Ia juga dipercayai dipicu oleh komen di akaun media sosialnya. Twitter milik individu terkaya di dunia itu telah memperlihatkan perkara menarik yang meningkatkan pasaran saham perdagangan untuk tujuan peribadi atau profesional. Ditambah pula dengan […]
Dalam Dilema, Lelaki Ini Luah Rasa Tidak Gembira Bekerja Walaupun Gaji lebih RM5000
Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap, sentiasalah bersyukur walaupun mungkin terkadang penat dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja. Dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari pekerjaan dan meneruskan hidup. Pun begitu, mungkin ada juga sesetengah orang yang sudah tidak tahan dengan suasana kerja atau […]
Kucing Dibunuh Dengan Kejam, Pemilik Kucing Buat Laporan Namun Polis Seakan Tidak Peduli, Bikin Warganet Berang
Seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang mencari kucing peliharaan yang hilang secara tiba-tiba melalui akaun Instagram miliknya pada hari Rabu yang lalu. Difahamkan, wanita tersebut mencari kucing peliharaannya yang didakwa hilang selama dua hari namun gagal menemuinya. Menurut laporan, wanita itu mengungkapkan bahawa seorang individu melihat kucingnya dimasukkan ke dalam sebuah guni oleh seorang lelaki […]
COVID: Situasi Semakin Baik,Thailand Bakal Longgar Sekatan
BANGKOK, 29 Jan (Bernama) — Thailand akan melonggarkan sekatan dan peraturan di wilayah-wilayah yang situasi pandemik COVID-19 semakin terkawal bermula 1 Feb ini. Bagaimanapun, Samut Sakhon, pusat penularan terbaharu sejak pertengahan Disember akan kekal sebagai ‘kawasan kawalan maksimum dan ketat’ dengan semua sekatan kekal di wilayah itu. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin […]