Berita

Berita
Perintah Berkurung Perairan ESSZone Lanjut Hingga 14 Feb
LAHAD DATU, 29 Jan — Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 14 Feb depan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Beliau berkata orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri […]
Berita
Gempa Bumi Lemah Di Laut Sulawesi, Mungkin Dirasai Di Tawau – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah. Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu. Gempa bumi […]
Berita
(Video) Selamba, Gelagat Oyen ‘Buli’ Ular Buat Macam Mainan Bikin Netizen Gelak
Dalam keluarga kucing, Oyenlah jenis kucing yang paling pelik dan banyak buat hal berbanding kucing-kucing lain. Biasanya kucing akan ‘bermain’ dengan lipas, cicak, belalang dan apa-apa serangga sekiranya dijumpai, sebelum memakannya. Ada juga kucing yang suka bermain dengan laser, kejar tikus, tangkap rama-rama. Tapi tidak pula pada Oyen. Dalam video yang dikongsikan oleh Twitter Bulu-Bulu […]
Berita
Perlis Benar Ahli Jemaah Maksimum Solat Fardu Di Masjid
KANGAR (Bernama) — Bermula esok (hari ini), Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berikutan situasi semasa penularan COVID-19 di negeri […]
Sebutir Bom Lama Ditemukan Masih Aktif Di Gua Musang
GUA MUSANG, 29 Jan (Bernama) — Sebutir bom lama yang berkarat dan masih aktif ditemukan dengan keadaan separuh tertanam di kawasan ladang sawit di Felda Perasu, dekat sini, petang Selasa (26 Jan) lepas. Ketua Polis Daerah Supt Sik Choon Foo berkata, bom lama itu ditemukan oleh seorang penduduk kawasan berdekatan kira-kira 7.48 malam, sebelum membuat laporan […]
Berita
Sebak Tengok Makcik Uzur Terbaring, Rumah Bocor & Tiada Phone, Ustaz Ebit Lew Hadiah Tab Dan Bantu Repair Rumah
Siang tadi hero kesayangan rakyat, Ustaz Ebit Lew menyantuni anak-anak istimewa di Lahad Datu sebaik sahaja tiba dari Semenanjung. Selepas pertemuan itu, beliau bersama pasukannya meneruskan lagi langkah menuju ke sebuah rumah usang di sekitar kawasan sana yang didiami seorang warga emas yang uzur. “Makcik ini lumpuh separuh badan. Sampai je menangis. ‘Ustaz sampai rumahku’. […]
“Kata Orang Lain Pakai Nama Aku Daftar SSM”, Pemuda Sesal, Kongsi Dari Mula Sampai Akhir Dakwa Jadi Mangsa “Scammer” Hingga Lesap RM2,000
Jenayah scam melibatkan wang ringgit masih lagi ‘segar’ berlaku dalam negara kita. Ianya tidak mengenal mangsa. Sama ada yang tua, muda, remaja mahupun belia, semuanya bakal menjadi mangsa jika terpijak ‘jerangkap samar’ yang mereka ‘tawarkan’. Lebih mengharukan lagi, scam yang berlaku itu melibatkan agensi kerajaan yang palsu. Ini membuatkan mangsa bertambah yakin dengan tawaran scammer […]
Berita
Viral Reka Speaker Untuk McLaren, Rupanya Kapakaran Jurutera Malaysia Ini Turut Ditagih BMW & Volvo, Kini Pulang Ke Tanah Air Untuk Hasilkan Bas Elektrik Pula
Baru-baru ini tular mengenai seorang jurutera dan perekacipta, Ruslin Tamsir, yang mengharumkan nama negara dengan rekaan speaker untuk digunakan pada kereta McLaren. Ramai yang kagum dengan pencapaiannya itu dan membuktikan bahawa anak Malaysia juga boleh berjaya bersaing di peringkat antarabangsa. Bermula dengan minat terhadap bidang teknikal dan kejuruteraan, Ruslin sebenarnya mempunyai latar belakang yang sangat […]
Berita
“Happy Anak-anak Ini Semua”, Ustaz Ebit Turun Lahad Datu Pula, Borong Anak Patung & Mainan Hadiahkan Untuk Anak-anak Istimewa
Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja terbang dari Semenanjung pagi tadi untuk ke Sabah bagi menyampaikan bantuan di sana. Menerusi satu hantaran terkini petang ini, beliau memaklumkan bahawa pihaknya berkesempatan menyantuni komuniti golongan istimewa di Lahad Datu. “Sampai jer Lahad Datu terus ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti jumpa dengan anak istimewa. Beli hadiah mainan […]
Berita
COVID-19: Selangor Kembali Catat Kes Tertinggi Dengan 1,577 Kes, Diikuti Johor & KL
PUTRAJAYA, 28 Jan – Selangor kembali mencatatkan angka tertinggi kes COVID-19 harian dengan pertambahan 1,577 kes hari ini. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), kedudukan Selangor diikuti Johor dengan 717 kes serta Kuala Lumpur sebanyak 678 kes. Dua lagi negeri yang mencatatkan tiga angka kes baharu ialah Sabah dengan 282 kes dan Sarawak dengan 171 kes. […]
Berita
“Kesian Dia, Belajar Pandai Tapi…” Ibu Luah Rasa Pilu, Anak Sanggup Berhenti Kerja Demi Nak Jaga Dirinya Yang Uzur
Pengorbanan terbesar bagi seorang anak adalah mengorbankan apa yang dimiliki dalam hidupnya demi berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Kejayaan seorang anak yang berjaya hingga ke menara gading itu adalah daripada berkatnya doa si ibu serta titik peluk si ayah membanting tulang mencari rezeki. Hasil daripada kejayaan itulah, mereka berpeluang untuk mengecapi kerjaya impian. Namun, bukan […]
Berita
TERKINI: Waktu Operasi Sektor Perniagaan Yang Dibenarkan Seperti Kedai Runcit, Pasaraya, Serbaneka & Farmasi Dilanjutkan Hingga 10 Malam Bermula Esok – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 28 Jan – Waktu operasi bagi sektor-sektor perniagaan yang dibenarkan akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran lanjutan waktu operasi ini akan berkuatkuasa mulai 29 Jan esok. “Antaranya termasuklah kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai […]
Berita
Anggota Polis Jalani Kuarantin Covid-19 Meninggal Dunia
SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) — Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam. “Allahyarham adalah Pengawal Pengiring […]
Berita
Thaipusam: Dakwaan Pergerakan Pedati Langgar SOP Adalah Tidak Benar
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Kapsyen pada video tular di laman sosial yang mendakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika pergerakan pedati sempena sambutan perayaan Thaipusam malam tadi adalah tidak benar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata sebaliknya video yang dirakam pada 3 pagi tadi di Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee di sini memaparkan […]
Berita
Wanita Penghantar Makanan Maut Kemalangan
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Seorang wanita penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), berhampiran susur masuk Putra Height dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata mangsa yang berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam […]
Berita
Lelaki Dipercayai Rakam Video, Jilat Mesin ATM Untuk Buktikan Covid-19 Tidak Wujud
Polis telah melancarkan siasatan terhadap seorang lelaki yang menjilat sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Covid-19 sebenarnya tidak wujud. Suspek yang memuatnaik rakaman video dirinya menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu turut mengeluarkan perkataan kesat dan memuatnaik di Facebook sebelum video tersebut dihapuskan. Lelaki itu memberitahu di dalam video bahawa […]
Berita
“Saya Dan Keluarga Diuji Dengan Virus COVID-19, 31 Ahli Keluarga Saya Dijangkiti..,” – Azizan Osman
Angka jangkitan COVID-19 di Malaysia sedang meningkat di seluruh negara. Hampir kesemua negeri kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung semula wabak ini. Tidak kira orang awam, ahli politik mahupun selebriti, tiada yang terkecuali daripada risiko wabak ini. Baru-baru ini, pakar motivasi dan penceramah terkenal, Azizan Osman mengesahkan beliau dan 31 ahli keluarganya telah […]
Berita
MAQIS Rampas Ayam Sejuk Beku Bernilai Lebih RM187,000
ALOR SETAR, 28 Jan (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas ayam sejuk beku bernilai lebih RM187,000 yang tidak mematuhi syarat import di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas. Pengarah MAQIS Kedah Lily Rosalind Paul berkata barangan itu ditemukan di dalam sebuah lori kontena dari negara jiran […]
Berita
Pengawal Keselamatan Sekolah Didakwa Sentuh Bahu Murid Perempuan
KOTA BHARU, 28 Jan (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kesalahan seksual kanak-kanak dengan menyentuh bahu seorang pelajar perempuan pada Isnin lepas. Muhammad Afiq Mohamed Zahari, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut kertas pertuduhan, […]
Berita
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga 6 Petang
Putrajaya, 28 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh negeri di seluruh Malaysia sehingga 6 petang ini. Negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Berikut adalah daerah yang terlibat: Kedah: Padang Terap, Pendang, Kuala […]