Berita
Chelsea Pecat Lagenda Kelab, Frank Lampard Dari Jawatan Pengurus Pasukan
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea secara rasminya mengesahkan bahawa pengurus pasukan, Frank Lampard dipecat hari ini. Bekas pemain kelab itu ‘terpaksa’ meninggalkan bangku pengurus yang akan digantikan dengan bekas pengurus Borussia Dortmund dan Paris St. Germain (PSG), Thomas Tuchel. “Ini adalah keputusan yang sangat sukar dan tiada seorang pun daripada pemain mahupun pengurusan mengambil […]
Tular Gajah Sesat Masuk Sekolah, PERHILITAN Selenggara Pagar Elektrik & Pasang LED Biru Untuk Takutkan Gajah
Baru-baru ini tular video seekor gajah liar yang berkeliaran dan tersesat masuk ke sebuah kawasan sekolah orang asli di Perak. Kejadian yang dipercayai berlaku di Sekolah Kebangsaan RPS Khemar di Gerik, Perak itu mendapat perhatian ramai warganet. Rata-rata warganet menzahirkan rasa kasihan dan hairan bagaimana haiwan liar tersebut boleh tersesat hingga ke situ. Sehubungan itu, […]
Ditemui Dalam Keadaan Berdarah, Bintang K-Pop, Iron Dilapor Meninggal Dunia
Penyanyi rap Korea, Iron dilaporkan telah meninggal dunia hari ini, lapor portal Soompi. Menurut laporan tersebut, Iron ditemui dalam keadaan berdarah serta tidak sedarkan diri di kediamannya di wilayah Jung, Seoul pagi tadi. “Kami telah dihubungi pengawal keselamatan tentang penemuan mayat Iron tersebut. Dia (sepatutnya) segera dibawa ke hospital, namun ajal menjemputnya dahulu. “Buat masa […]
Doktor Wanita Disiasat Palsukan Dokumen Tuntutan Insurans, Perkeso
GEORGE TOWN, 25 Jan — Seorang doktor wanita sebuah hospital di Seberang Jaya, dekat sini disiasat berhubung pemalsuan dokumen dan menggunakan cap jawatan milik rakan sekerjanya bagi membuat permohonan insurans dan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), untuk pihak lain. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang Pinang ACP Mohd Rosni Mohd Lazim berkata pihaknya […]
Enam Tips Agar Rumah Kekal Bersih Jika Bela Kucing Dalam Rumah
Bagi pemilik kucing, perkara yang perlu dijaga selalu adalah kebersihan luar dan dalam rumah. Ini kerana jika anda biarkan kucing di dalam rumah tanpa dijaga, ia akan bertindak untuk membuang najis merata-rata dan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Justeru, ini menyebabkan rumah anda kelihatan kotor dan berbau tidak enak. Oleh itu, walaupun anda menjaga dan […]

TERKINI COVID-19: 3,048 Kes Baharu Dilaporkan, Selangor Rekod Kes Tertinggi Dengan 1,035 Kes Hari Ini
PUTRAJAYA, 25 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 3,048 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah positif terkini meningkat kepada 186,849 kes bersamaan 41,076 kes aktif dengan kebolehjangkitan. Hanya lapan (8) kes import dilaporkan, manakala 3,040 kes selebihinya merupakan penularan tempatan. Dalam pada itu, 3,638 kes sembuh lagi dilaporkan, menjadikan […]
Sah Ke Solat Pakai Kasut Atau Selipar? Ini Jawapan Mufti WPKL
Kebanyakan di surau atau masjid diletakkan papan tanda iaitu tidak dibenarkan membawa kasut atau selipar ketika masuk di dalam masjid. Ini kerana kasut atau selipar yang dibawa masuk akan mengotorkan masjid dan tidak sah untuk solat. Namun, bagaimana pula mereka yang solat ketika berada di luar masjid atau surau? Sah ke solat jika memakai kasut […]
Penggambaran Hidup Bersama BFF Anda Dan Siri OPPO Reno5
Kuala Lumpur, 25 Januari 2021 – OPPO telah memperkenalkan penambahan terbaru mereka, untuk siri Reno – OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro, yang dapat menawarkan sokongan untuk sambungan 5G. Bukan sahaja peranti bertahap tengah ini akan bertahan ujian masa, ia juga dilengkapi dengan rangkaian fungsi kamera AI yang kuat, seperti Video Sorotan AI, dan Video […]
Bangga, Jurutera Malaysia Reka ‘Speaker’ Untuk McLaren, Dapat Anugerah Paten
Mengharumkan nama negara, jurutera dan perekacipta dari Malaysia, Ruslin Tamsir, telah mendapat pengiktirafan bagi rekaan paten pembesar suara untuk kereta McLaren. Menerusi perkongsiannya di Facebook, paten tersebut telah diterbitkan oleh European Patent Office pada 21 Oktober 2020. Penglibatannya dalam projek McLaren Senna itu memperlihatkannya membangunkan konsep Mounting Arrangement For A Loudspeaker Grille: “Invisible” Locking Feature […]
Tak Mahu Terlepas PdPR, Tiga Beradik Daki Bukit 20 Minit Untuk Akses Internet
PAPAR, 25 Jan (Bernama) — Tiga beradik dari Kampung Gana di sini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit di belakang rumah mereka bagi mendapatkan capaian Internet yang lebih baik. Tidak seperti pelajar lain yang hanya perlu membuka peranti atau komputer di rumah mereka, Joshua Emmanuel Jeffery, 12 serta dua adiknya, Jordon Emmanuel, 9, dan […]

Polis Melaka Rampas 54 Kg Syabu Bernilai Lebih RM2 Juta
MELAKA, 25 Jan (Bernama) — Polis Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 54.52 kilogram (kg) bernilai RM2.08 juta, menerusi empat serbuan berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah, Khamis lepas. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, enam lelaki termasuk dua warga Indonesia berumur 32 hingga 49 tahun, yang dipercayai aktif […]

Dua Pemandu Lori Ditahan, Dadah Bernilai Lebih RM152,000 Dirampas
KUANTAN, 25 Jan (Bernama) — Tindakan dua pemandu lori yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan 6.68 kilogram (kg) dadah di dalam lori makanan sejuk beku terbongkar apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Genting Highlands, kira-kira 214 kilometer dari sini, Rabu lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kedua-dua lelaki berusia […]
JPV Diminta Semak Peraturan Terhadap Pemilik Haiwan Berkeliaran
KUALA TERENGGANU, 25 Jan – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diminta menyemak semula peraturan atau enakmen bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran terutama di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata ketika ini hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah yang boleh […]
Polis Tahan Suspek Kira-Kira Setengah Jam Selepas Samun Warga Asing
KUALA LUMPUR, 25 Jan – Polis menahan seorang lelaki yang memiliki 10 rekod jenayah lampau kerana disyaki terbabit dalam kejadian samun seorang lelaki warga asing di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah 18 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata kejadian berlaku pada pukul 4.34 petang semasa warga asing itu sedang mencari kotak di […]
Bahang Panas, Australia Keluar Amaran Bahaya Kebakaran Hutan
SYDNEY, 25 Jan (Bernama) — Gelombang panas terik disusuli tiupan agin yang dijangka melanda negeri-negeri tenggara Australia sehingga Isnin boleh mencetuskan risiko kebakaran hutan di seluruh wilayah, lapor Agensi Berita Xinhua. Suhu mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Riverina di negeri New South Wales (NSW), berisiko menyebabkan kebakaran, ramal Biro Meteorologi. Sementara itu, perubahan suhu agak rendah dijangka melanda Melbourne, ibu kota Victoria pada Isnin selepas beberapa […]
Penduduk Bali Panik Dengar Bunyi Letupan Kuat, Dakwa Kemungkinan Ada Batu Meteor Jatuh
Bunyi dentuman kuat seakan letupan bom mencetuskan panik seluruh penduduk di Buleleng, Bali, pada pagi ini. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Buleleng, Gede Sumarjaya, bunyi letupan yang turut didengarinya itu tidak disertai dengan getaran. Menurut laporan Detik News, kejadian itu disahkan oleh Institut Aeronautika dan Angkasa Negara (Lapan) yang menyatakan bahawa bunyi letupan itu kemungkinan […]
Bawa Lari Jenazah Bapa, Tiga Beradik Masing-Masing Didenda RM1,000
LAHAD DATU, 25 Jan (Bernama) — Tiga beradik lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menghalang tugas pegawai kesihatan dengan membawa lari jenazah bapa mereka yang perlu disaring COVID-19 dari Hospital Lahad Datu, Rabu lepas. Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr menjatuhkan hukuman itu terhadap Said Jipri, 27, dan kembarnya, Sabri serta adik mereka Jenrey, 26, selepas mereka mengaku bersalah atas […]

Bintang Korea, Song Yoo Jung Ditemui Mati Pada Usia 26 Tahun
Pelakon popular Korea Selatan, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu dan dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari. Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency. Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagao model […]
Mesir Mulakan Kempen Vaksinasi Covid-19
ISTANBUL, 25 Jan – Mesir pada Ahad memulakan kempen vaksinasi COVID-19 untuk rakyat negara ini, kata Kementerian Kesihatan lapor Agensi Anadolu. Kumpulan pertama vaksin Sinopharm China diberikan kepada profesional kesihatan di sebuah hospital kuarantin di wilayah timur laut Ismailia dan beberapa hospital lain, memetik kenyataan kementerian. Selepas itu suntikan dos pertama akan diberikan kepada warga emas, pesakit kronik […]
Polis Sibu Tidak Menafikan Sesetengah Penduduk Rumah Panjang Lari Dari Sekatan Pergerakan
SIBU, 25 Jan – Polis tidak menafikan dakwaan bahawa terdapat sesetengah penduduk rumah panjang bertindak ‘melarikan diri’ daripada sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19 di daerah ini, dengan menggunakan laluan denai di hutan. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata penduduk dipercayai menyusup keluar melalui kawasan kebun atau dusun di belakang rumah panjang mereka […]