Berita
“Macam Kena Tumbuk Kuat Dekat Muka”, Luah Klopp Selepas Liverpool ‘Tersungkur’ Di Anfield
Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menganggap kekalahan skuad kendaliannya kepada Burnley di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi tadi seperti menerima ‘tumbukan yang kuat di muka’. Menurut laporan ESPN, kekalahan berkenaan juga menyaksikan rekod tanpa kalah 68 perlawanan di Anfield lebur setelah kali terakhir Liverpool tewas kepada Crystal Palace pada April 2017. ”Kami kalah […]
Sergio Kun Aguero Dilaporkan Positif COVID-19, Sedang Jalani Kuarantin Kendiri
Penyerang Manchester City, Sergio Agüero dilaporkan positif COVID-19. Menurut The Guardian, beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan menjadi kontak rapat terhadap satu kes COVID-19. Dalam kicauannya di Twitter, beliau mengaku mempunyai beberapa simptom, lapor portal itu. “Selepas kontak rapat, saya sedang mengkuarantin kendiri dan ujian terbaru saya ambil didapati positif COVID-19. Saya mengalami […]

Pok Su Mie, OKU Tanpa Tangan Gigih Usahakan Ternakan Ikan Keli Untuk Tanggung Isteri & Tiga Anak
MACHANG, 22 Jan (Bernama) — Meskipun dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Rahim Yusoff, tidak mahu terus berpeluk tubuh mengenangkan nasib dirinya, malah berusaha mencari rezeki halal bagi menyara keluarganya. Rahim, 54, yang lebih mesra dikenali sebagai Pok Su Mie berkata beliau beralih angin untuk mengusahakan ternakan ikan keli selepas pendapatannya sebagai tukang jahit merosot susulan […]
(Video) Viral Gadis Punyai Misai & Berjanggut Macam Lelaki, Curi Tumpuan Netizen
Seorang gadis dari Indonesia tular di TikTok kerana beberapa video yang memperlihatkan misai dan janggut pada wajahnya seperti seorang lelaki. Gadis yang dikenali sebagai Nisya Fadhillah itu tidak malu untuk memuatnaik video yang menunjukkan misai dan janggutnya itu. Menurut laporan Tribunnews, misai dan janggut Nisya tumbuh sedikit demi sedikit ketika dia semakin dewasa. “Mula tumbuh […]
(Video) Tersungkur Di Garisan Mula, Budak Ini Tak Mengalah, Kejar Dan Potong Semua Pelumba Sebelum Menang Tempat Pertama
Kita sering kali mendengar nasihat supaya jangan berputus asa terlalu awal dalam mengejar impian mahu pun cita-cita kerana selagi kita terus berusaha dan mencuba, segala apa yang diinginkan itu pasti akan tercapai. Nasihat itu sebenarnya betul dan ianya telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak bernama Ma Zihui di Beijing, China ini dalam satu kejohanan luncur ais […]
Kilang Pengeluar Vaksin Terbesar Di Dunia Dilapor Terbakar, Sekurang-kurangnya 5 Maut
Kejadian kebakaran dilaporkan telah berlaku di lokasi pengeluar vaksin terbesar di dunia di barat India. Menurut BBC, kebakaran itu bermula di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Serum Institute di Pune semalam. Satu rakaman menunjukkan kepulan asap tebal dari sebuah bangunan. Bagaimanapun, syarikat itu mengatakan bahawa pengeluaran vaksin tidak akan terjejas dan punca kebakaran […]
(Video) Gadis Tengah Fokus Temuramah, Tiba-tiba Si Bulu Buat Muka Tak Bersalah “Enter Frame” Kamera, Bikin Ramai Terhibur
Perangai kucing ni kalau kita perhatikan, biasanya ada dua saja. Sama ada comel atau menyakitkan hati. Tapi nak marah, tak sampai hati pulak kan? Ada-ada saja benda yang dibuatnya. Lepas rasa bersalah, mulalah buat muka kesian. Sudahnya pasu pecah pun kita ‘halalkan’, kertas terkoyak pun kita maafkan jelah. Paling-paling pun hukum denda kena kurung je. […]
Empat Beradik Ditahan, Dipercayai Bawa Lari Jenazah Bapa Berstatus PUI Ke Rumah
Tindakan empat beradik tersebut seakan sia-sia kerana enggan meninggalkan jasad bapa mereka yang berstatus Pesakit Bawah Siasatan (PUI) di hospital ditahan pihak polis di Kampung Panji, Lahad Datu. Menurut Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku selepas seorang lelaki berusia 58 tahun dikejarkan di hospital Lahad Datu kerana tidak […]

Atok Ini Berpanas, Duduk Bawah Pokok Jual Dadih Di Petronas Taman Bandar Senawang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita menyebabkan ramai yang terkesan dari segi pendapatan. Peniaga kecil-kecilan terutamanya terjejas teruk apabila hasil jualan merosot dengan teruk. Menerusi perkongsian oleh Twitter SenawangTV, kegigihan seorang warga emas yang menjual dadih dalam keadaan berpanas di bawah pokok menyentuh hati ramai. Dia yang menggunakan payung biasa di tepi […]

Gajah Ceroboh Sekolah Di Gerik
GERIK, 21 Jan (Bernama) — Seekor gajah betina berusia antara 30 hingga 35 tahun telah menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar dekat sini pada Selasa lepas. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata gajah liar itu telah merosakkan pagar elektrik yang dipasang di kawasan sekolah namun tidak menyebabkan […]
Anggota Polis Ditahan Disyaki Edar Dadah
KUCHING, 21 Jan – Dua individu termasuk seorang anggota polis ditahan di sini kerana memiliki dadah jenis syabu dan serbuk campuran ecstasy yang dianggarkan bernilai kira-kira RM139,270 Selasa lepas. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kontinjen Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota polis berusia 39 tahun itu ditahan ketika berada di kaunter pendaftaran sebuah pangsapuri servis di Jalan […]

Anak Gajah Borneo PYGMY Ditemukan Mati Dalam Ladang Sawit
LAHAD DATU, 21 Jan – Seekor anak gajah jantan Borneo Pygmy ditemukan mati oleh pekerja ladang sawit di kawasan sungai di Ladang Bagahak Saru, Tungku dekat sini pada Selasa. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin berkata bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas. “Kesemua organ didapati mengalami […]

Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Talaud, Indonesia
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. […]

Tiada Kelas KAFA Secara Bersemuka, Slot Kelas KAFA Untuk Anak-Anak Bakal Ditayangkan Di Televisyen
Susulan daripada penutupan sekolah akibat peningkatan wabak Covid-19, kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terpaksa ditangguhkan. Sebagai langkah inisiatif bagi membantu dan mengurangkan kerisaun para ibu bapa tentang kelas KAFA ini, saluran TV Alhijrah akan menyiarkan satu slot khas untuk anak-anak mempelajari ilmu agama. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli […]
Polis Putrajaya Nafi Saman Pekerja Tidak Pakai Sarung Tangan
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Polis Daerah Putrajaya hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengenakan saman kepada seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8, kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas, seperti yang tular di media sosial. Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 7.30 malam tadi. Menurut polis, pekerja itu disaman kerana tidak […]
Maritim Pahang Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Ke Pulau Tioman
KUANTAN, 21 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya merampas dadah jenis methamphetamine, dianggarkan seberat empat kilogram bernilai RM160,000 yang dipercayai cuba diseludup ke Pulau Tioman, Rompin kira-kira 170 kilometer dari sini. Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Datuk Amran Daud berkata dadah itu ditemukan dalam tong putih dan dibalut dengan plastik putih serta pembungkus teh cina, dalam […]

Kadar Kebolehjangkitan Di Sarawak Adalah Paling Tinggi Iaitu 1.50 – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt mengikut negeri dengan kadar kebangsaan adalah 1.14. Perkara ini dilaporkan menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Jika dilihat pada jadual di bawah menunjukkan bahawa kadar kebolehjangkitan untuk negeri Sarawak paling tinggi iaitu pada 1.50. […]

TERKINI: 3,170 Kes Positif Covid-19 Dengan 12 Kematian, KL Serta Selangor Catat Kes Tertinggi
Sebanyak 3,170 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 172,549 setakat Khamis (21 Januari 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 41,755 kes. Daripada […]

TERKINI: Operasi Kedai Makan, Restoran Di Kawasan PKP Dibenarkan Sehingga Jam 10 Malam Bermula Esok
Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pukul 10 malam bermula esok, 22 Januari 2021. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli dan peniaga selepas hanya dibenar beroperasi dari […]

TERKINI: PKP Di 6 Negeri Dan Seluruh Wilayah Persekutuan Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021
Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri dan seluruh Wilayah Persekutuan yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, hingga ke 4 Februari depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri yang terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan […]