Berita

Berita
48 Disaring Selepas Jurufoto JSJ IPD Sibu Positif Covid-19
SIBU, 19 Jan (Bernama) — Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19 semalam. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata saringan dijalankan di balai berkenaan pagi tadi. Menurutnya anggota JSJ […]
Berita
Sayu, Dah Ambil Foto ‘Pre-Wedding’, Bakal Pengantin Perempuan Maut Tersepit Lif
Jodoh, rezeki dan ajal telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sumatera Utara apabila majlis perkahwinan yang dirancang bersama pasangan musnah apabila dia meninggal dunia akibat kecelakaan. Lebih menyedihkan, kejadian tragis yang menimpa Widia Wati (24) dari Desa Tanjung Purba, […]
Berita
(Video) Remaja Lemas Selepas Selamatkan Tiga Kanak-Kanak Di Kota Bharu
KOTA BHARU, 19 Jan – Niat murni seorang remaja berusia 16 tahun, menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat di sini, berakhir dengan tragedi apabila beliau ditemukan lemas. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang tadi itu, mangsa Wan Muhammad Azamudin Wan Aznan ketika kejadian, berada di hadapan […]
Berita
Muhammad Ehsan Yang Lemas Di New Zealand, Selamat Dikebumikan
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas semasa beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 15 Jan lepas, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin hari ini. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan hari ini, merakamkan penghargaan kepada komuniti Malaysia dan Islam […]
Berita
(Video) “Aku Pesan Pada Isteri, Kalau Aku Gugur Kerana Virus Ini Jangan Tangisi Aku” – Abam Ambulans
Penularan Covid-19 di negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Ramai yang telah kecundang akibat Covid-19 tak kurang juga yang meninggal akibat virus ini. Sudah terang lagi bersuluh, para petugas barisan hadapan telah memainkan peranan maing-masing dengan baik tanpa mengira penat lelah. Bukan itu sahaja, mereka terpaksa berkorban untuk berbakti kepada negara. Mereka bertungkus lumus siang […]
Berita
Covid-19: Sembilan Kluster Baharu Dikesan – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sembilan kluster baharu COVID-19, dengan empat daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, dua perjumpaan keluarga, satu dari majlis perkahwinan, manakala selebihnya melibatkan saringan kontak rapat dan saringan individu bergejala. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,631 kes positif baharu dilaporkan, menjadikan […]
Berita
Khidmat ‘Delivery’ Makanan Perlu Ada Surat Kebenaran Polis Atau Surat Majikan – Ismail Sabri
Khidmat penghantaran makanan perlu mempunyai surat kebenaran polis, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kata beliau, penghantar makanan yang bekerja untuk syarikat perlu mendapatkan surat daripada majikan dan individu yang berkerja secara persendirian perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak PDRM. ”Kita telah berbincang dengan pihak PDRM iaitu majikan ataupun secara persendirian mesti […]
Berita
Jangan Ke Hospital Jika Anda Tiada Urusan Penting – Ketua Pengarah Kesihatan
Susulan daripada peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak ke hospital jika tiada urusan penting. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan ovid-19 berlaku. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan hal ini menerusi sidang media harian pada hari ini. “Jangan ke hospital […]
Berita
Pelaksaan PKP Di 6 Negeri Lagi Susulan Peningkatan Kes Berpunca Dari Pergerakan Rentas Daerah – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa peningkatan kes Covid-19 di enam buah negeri yang diumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pergerakan rentas daerah. Hal ini dimaklumakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 6 negeri […]
Berita
TERKINI: 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 Dengan 14 Kematian Dicatatkan Hari Ini
Sebanyak 3,631 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 165,371 kes setakat Selasa (19 Januari 2020), jam 12 tengahari. Menerusi sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 39,464 kes. Daripada 3,631 kes baharu […]
Berita
Kenderaan Persendirian Untuk Penghantaran Barangan Masih Boleh Teruskan Aktiviti
PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) — Individu yang menggunakan kenderaan persendirian, sama ada kereta atau motosikal untuk penghantaran barangan atau bungkusan sebagai sambilan atau karyawan bebas, dibenarkan untuk meneruskan aktiviti mereka ketika pandemik COVID-19, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong. Wee dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk membenarkan pekerja sambilan dan karyawan […]
Berita
Polis Rampas Rokok, Arak Seludup Bernilai RM53,000
MELAKA, 19 Jan (Bernama) — Polis menahan dua lelaki serta seorang wanita dan merampas 331 botol dan 744 tin minuman keras pelbagai jenama serta 87 karton rokok dipercayai barang seludup, dalam serbuan di dua premis di Melaka Raya dan Ujong Pasir di sini, Jumaat lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata nilai […]
Berita
Penunggang Motosikal Akui Polis Tidak Tendang Mereka
GEORGE TOWN, 19 Jan (Bernama) – Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Tokong di sini, dua hari lalu telah membuat pengakuan bahawa anggota unit rondaan bermotorsikal (URB) yang mengejarnya, tidak menendang motosikal yang dinaiki bersama seorang lagi rakan, ketika kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata […]
Berita
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19 dan akan menjalani rawatan serta tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor Bahru. Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memberitahu sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar. “Datuk Halimah […]
Tragedi
Hasil Siasatan Awal Nahas Sriwijaya Air Diumum Februari Ini
JAKARTA, 19 Jan — Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Februari ini. Ketua Sub Komite Investigasi Kecelakaan Penerbangan, Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Kapten Nurcahyo Utomo berkata pasukan siasatan ketika ini memuat turun dan menganalisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat yang ditemukan pada 12 Jan lepas. “Kami berharap dalam 30 hari […]
Kesihatan
Ada Kes Pecah Saluran Pernafasan, Ini Antara Bahaya Menahan Bersin Yang Anda Perlu Elakkan
Setiap manusia yang normal pastinya pernah merasai bersin. Seperti yang kita ketahui, selepas sahaja bersin, kita pastinya akan berasa lega. Pun begitu, ada diantara kita yang selalu menahan diri daripada bersin. Perkara tersebut sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Justeru daripada itu, Public Health Malaysia menerusi laman Facebook mereka ada berkongsikan tentang bahayanya serta kesan apabila menahan […]
Berita
Abang Didakwa Tikam Adik Guna Gunting
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam adik lelakinya menggunakan gunting sehingga menyebabkan kecederaan parah, pada minggu lepas. Muhammad Miqail Cheam Abdullah, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Lelaki itu dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah […]
Gaya hidup
Mungkin Ada Yang Tak Biasa Guna, Ini Waktu Sesuai Bila Nak Guna Gear Auto Mod L, 2 Dan D3
Kebelakangan ini, kebanyakan kita menggunakan kenderaan transmisi automatik yang ternyata lebih mudah berbanding kereta manual. Selain gear neutral (N), parking (P) dan Drive (D), terdapat juga mod yang jarang digunakan pada gear iaitu mod L, 2 dan D3. Sebenarnya, apakah maksud dan kegunaan tiga mod tersebut? Mungkin ramai yang sudah tahu, namun bagi yang belum mengetahui […]
Kesihatan
Nazri Aziz Positif COVID-19
IPOH, 19 Jan — Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan beliau positif COVID-19 menerusi ujian calitan yang dibuat semalam. Bekas menteri itu berkata beliau yang kini berada di Kelantan, membuat ujian calitan COVID-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu selepas seorang blogger, Zaharin Mohd Yasin yang hadir pada sidang […]
Berita
Mayat Mangsa Serangan Buaya Ditemukan
SIBU,19 Jan — Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Hilir, Kuala Tatau, dekat Bintulu, semalam, telah dijumpai tengah malam tadi dalam keadaan sebahagian anggota badannya hilang dibaham buaya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan mayat Affanirul Abdullah, 14, ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian […]