Berita
(Video) Dr Zulkifli Luang Masa Berbual Bersama Adik Atho’ullah, Sempat Titip Pesan Dan Doa Undang Sebak
Pada baru-baru ini, telah tular berkenaan kisah seorang adik yang bernama Atho’ullah di media sosial. Adik ini telah dikejutkan dengan berita yang sedih sewaktu dia sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS kerana disahkan positif COVID-19. Ketika dia dikuarantin itu, dia telah menerima berita bahawa ayahnya telah pergi menghadap […]

(Video) Merajuk & Bersembunyi Sebab Dilarang Masuk Bilik, Oyen ‘Kantoi’, Munculkan Diri Bila Goncang Makanan
Macam budak kecik! Gara-gara ‘merajuk’ kerana tak diizinkan masuk bilik, seekor kucing oren dipanggil ‘Jimmy’ ini dikatakan bersembunyi daripada tuannya. Dalam video dikongsikan @hatitfi di Twitter, dia tidak mengizinkan kucing tersebut masuk tidur bersama di dalam bilik kerana bulunya yang melekat-lekat. Akibatnya hari ini, dia terpaksa pusing satu rumah untuk mencari kucing berkenaan yang ‘menghilangkan […]
(Video) Bayi Pramatang ‘Ditinggal’ Pasangan Jemaah Di Mekah Kembali Ke Pangkuan Selepas Setahun Tak Bersua
Setiap ibu bapa pasti sukar untuk berpisah dengan anak lebih-lebih lagi anak yang masih bayi. Mereka sanggup berkorban apa saja untuk memastikan keselesaan dan kesihatan anak dijamin dan dijaga. Namun, kisah pasangan jemaah umrah ini begitu tragis kerana terpaksa meninggalkan anaknya di Makkah setelah menunaikan umrah. Bayi kepada pasangan dari Pakistan ini dilahirkan dalam keadaan […]
Dua Nelayan Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM472,500
GEORGE TOWN, 19 Jan (Bernama) — Dua nelayan termasuk seorang warga Thailand ditahan bersama 10.5 kilogram (kg) syabu bernilai RM472,500 sebaik tiba di Jeti Nelayan Sungai Gelugor, Batu Uban di sini dua hari lalu. Lelaki tempatan berusia 52 tahun dan lelaki warga Thailand berumur 36 tahun itu datang ke Pulau Pinang untuk menyerahkan dadah itu […]
Imam Masjid Negeri Selangor, Abdul Karim Omar Disahkan Positif COVID-19
SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) — Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, ahli keluarga beliau yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman […]
Kartel Daging Import: Tiga Lagi Kakitangan MAQIS Johor Direman
JOHOR BAHRU, 19 Jan (Bernama) — Tiga penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor direman lima hari hingga 23 Jan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kartel daging sejuk beku import pada awal Disember lalu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Johor Bahru Nur Fathiah Mohd Fedzir selepas […]
“Sila Dapatkan Rawatan Segera,” Ini Antara Senarai Gejala Teruk COVID-19 Dialami Anak Yang Ibu Bapa Mesti Tahu
Umum telah mengetahui bahawa kes-kes yang berkaitan dengan wabak virus COVID-19 di Malaysia kian meruncing. Pasti ramai diantara kita yang sedang berjaga-jaga dan mengamalkan segala langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini. Seperti yang kita ketahui, virus COVID-19 ini bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar. Justeru sekiranya sudah dijangkiti, wajib untuk […]
Atendan Klinik Mengaku Tidak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Dua Anak Kandung
IPOH, 19 Jan — Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak perempuan kandungnya di Sitiawan tahun lalu. Lelaki berusia 42 tahun itu yang bekerja sebagai atendan di sebuah klinik kerajaan, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd […]
(Video) “Cat Are Liquid,” Gelagat Kucing Ini Sumbat Muka Dalam Gelas Untuk Minum Susu Jadi Perhatian
Satu rakaman yang memaparkan seekor kucing minum susu daripada dalam segelas cawan telah menjadi tular di media sosial Twitter. Kucing yang berwarna putih itu dilihat berusaha sedaya upaya bagi memuatkan keseluruhan mukanya di dalam gelas yang sempit itu sebelum dapat meminum susu tersebut. Lebih melucukan adalah mukanya kelihatan seakan memanjang dan berbentuk silinder apabila dia […]
Gurun Sahara Dilapor Diliputi Salji, Suhu Di Arab Saudi Menjunam Sehingga -2C
Walaupun kebanyakan kawasan di muka bumi ini kebiasaannya akan dilitupi dengan salji dan ais pada bulan Januari, padang pasir di Afrika dan Timur Tengah bukanlah salah satu kawasan yang tergolong daripadanya. Menurut Daily Mail, bulan ini telah menyaksikan gurun Sahara dilitupi salji dan suhu di Arab Saudi menjunam sehingga mencecah ke paras -2C (28F). Seorang […]
‘UDA’ Terus Bantu Pelajar Memerlukan Seluruh Malaysia Sempena Ulang Tahun Ke-50
SEREMBAN, 18 Januari 2021 – UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset, berkongsi kemeriahan sambutan ulang tahun ke-50 tahun ini bersama 700 pelajar yang memerlukan melalui program tahunan ‘Back to School 2021’. Program yang berlangsung di seluruh Semenanjung Malaysia melalui anak syarikat UDA di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan […]
Buang Ubat: Masyarakat Masih Tidak Cakna
Isu buang ubat dalam kalangan masyarakat di negara ini termasuk pesakit yang diberi ubat oleh hospital kerajaan mungkin bukan perkara baru, dan mungkin juga ianya masih berterusan. Artikel lima siri ini antaranya menyentuh aspek sikap yang bukan sahaja menjurus kepada pembaziran tetapi juga isu perundangan, masalah kesihatan terutama penyakit tidak berjangkit yang wajar diberi perhatian […]

(Video) Gelagat Ayam ‘Bergaduh’ Dengan Kereta Sampai Calar Teruk Boleh Buat ‘Owner’ Rasa Tak Senang
Satu video rakaman yang memaparkan seekor ayam ‘bergaduh’ dengan pantulan dirinya sendiri di sebuah kereta telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut bermula dengan ayam tersebut terlihat pantulan dirinya pada sebuah kereta yang sedang terparkir. Mungkin menyangka bahawa pantulan dirinya itu adalah merupakan ayam lain, ayam tersebut telah bertindak ‘berlaga’ dengan kereta tersebut. Hasil […]
Suspek Curi Kereta Dilapor Berpatah Balik, Semata-mata Nak Marah ‘Owner’ Sebab Tinggal Anak Dalam Kereta
Seorang wanita di Oregon bernasib baik apabila anaknya yang ‘dilarikan’ bersama kereta yang dicuri dipulangkan semula ke pangkuannya. Malah, menurut Fox32, suspek yang mencuri kenderaan itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana meninggalkan si anak di dalam kereta bersendirian. Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari situ selepas menghantar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan. Kejadian itu dilaporkan […]

(Video) Gelagat Kanak-kanak Lelaki Main ‘Osom’ Nak Pilih Imam Buat Netizen Kagum
Melihat anak-anak muda menunaikan solat jemaah pastinya menyejukkan hati kita. Apatah lagi bila mereka boleh menjadi imam sesama mereka, automatik rasa kagum melihatnya. Baru-baru ini, tular video sekumpulan kanak-kanak lelaki yang ingin solat berjemaah di dalam sebuah surau, dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Dalam video itu, kelihatan empat orang kanak-kanak berdiri di mana dua daripada […]
“Tahu-Tahu Jadi Begini, Saya Serik,” Padah Langgar ‘SOP’, Penduduk Dihukum Ziarah Dan Berdoa Di Kubur Pesakit COVID-19
Gara-gara melanggar SOP protokol kesihatan, warga TPU Jombang, Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia dilaporkan didenda menziarah dan berdoa di kubur jenazah COVID-19. Menurut Kompas.com sebilangan penduduk yang ditangkap oleh pegawai PP TNI-Polri dan Satpol juga mengakui bahawa mereka berasa serik apabila didenda sebegitu kerana terpaksa menyaksikan sendiri kubur jenazah pesakit COVID-19. Salah seorang pesalah yang berumur […]

Cikgu Ini Ajar Contoh Ayat Bahasa Inggeris ‘Basic vs Advance’ Untuk Lebih Mudah Faham
Penggunaan bahasa Inggeris sangat penting untuk kita semua kuasainya pada hari ini. Ya, penggunaan bahasa Inggeris yang bagus bukan sahaja membantu kita untuk memudahkan pelbagai urusan malah ia menjadi satu kriteria utama dalam alam kerjaya. Tidak dinafikan pembelajaran zaman ini kian mencabar, tambah-tambah lagi negara telah berlawan dengan pandemik Covid-19. Banyak sekolah terpaksa ditutup dan […]
Penjawat Awam Rugi RM200,000 Ditipu Macau Scam
BATU PAHAT, 18 Jan — Seorang penjawat awam di daerah ini kerugian RM200,000 dipercayai akibat terpedaya dengan kegiatan sindiket Macau Scam sejak Oktober hingga November tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Mohd Salleh Abdullah berkata dalam tempoh itu, mangsa telah dihubungi seorang individu melalui nombor +087 0088 454222 yang mendakwa dirinya dari Pejabat Pos […]
“Saya Telah Membaikinya,” Individu Tolong Baiki Basikal Rosak Dan Tinggalkan Kembali Dengan Nota Pesan
Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda meletakkan sementara barangan yang rosak di sesuatu kawasan dan menemukan ianya sudah dibaiki oleh seseorang? Seperti yang berlaku di Singapura, sebuah basikal kanak-kanak ditinggalkan di Alexandra Canal Linear Park, dengan ‘handle’ yang telah patah. Namun, terdapat seseorang telah membaikinya dan meletakkan semula basikal itu di tempat yang ditinggalkan […]

Darurat: Boleh Pinjam Bangunan Untuk Dijadikan Depoh Sementara Bagi Kekang Covid-19
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Kluster Keselamatan di bawah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat boleh mencadangkan untuk meminjam dan menguna pakai mana-mana bangunan untuk dijadikan depoh […]