Berita

Gaya hidup
(Video) YDP Agong Berkenan Berjalan Kaki Redah Banjir Untuk Meninjau Situasi Banjir Di Pahang
Betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli meredah banjir bagi meninjau situasi di Kampung Lamir, Pekan, Pahang. Melalui kemaskini Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda bersama Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua telah menyantuni mangsa-mangsa […]
Kesihatan
Tujuh Kluster Baharu Dikesan, Empat Libatkan Tempat Kerja
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Tujuh kluster baharu dikesan hari ini dengan empat daripadanya melibatkan tempat kerja, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di seluruh negara kini sebanyak 623 dengan 276 kluster aktif dipantau. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kluster tempat kerja itu dikesan melalui saringan bersasar manakala satu kluster […]
Berita
ATM Boleh Tahan, Ambil Tindakan Pesalah Ingkar PKP – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mempunyai bidang kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah pelaksanaan Ordinan Darurat, bidang kuasa tentera dan polis adalah sama dan ini akan memudahkan […]
Berita
Senjata Api Dibuang Di Sungai Skudai Dipercayai Untuk Dilupuskan
JOHOR BAHRU, 14 Jan (Bernama) — Penemuan sejumlah senjata api di Sungai Skudai, di sini, pada 1 Jan lepas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, di sini, dipercayai bertujuan untuk dilupuskan. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, senjata api berkenaan dipercayai merupakan saki baki senjata api yang disembunyikan seorang lelaki tempatan, […]
Kesihatan
COVID-19: Perempuan Berusia 27 Tahun Dan 34 Tahun Antara 15 Kes Kematian Hari Ini
Putrajaya, 14 Jan – Sebanyak 15 kematian akibat COVID-19 telah dicatatkan hari ini, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, tiga daripada pesakit adalah berusia kurang 40 tahun iaitu 27, 34 dan 37 tahun. Kes kematian ke-565 merupakan seorang wanita berusia 27 tahun yang mempunyai penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Pesakit telah disahkan meninggal dunia […]
Berita
COVID-19: Kes Positif Di Indonesia Lepasi Angka 11,000 Dua Hari Berturut-Turut
JAKARTA, 14 Jan (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 11,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 869,600 kes. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 di republik itu direkodkan tertinggi setakat ini iaitu 11,557 kes, […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Kes Baharu Tertinggi Direkodkan Hari ini 3,337 Kes Dengan 15 Kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,337 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes yang dicatatkan pada hari ini adalah paling tinggi pernah direkodkan. Terkini. Kes baharu tertinggi dlrekodkan hari ini 3,337 kes dengan 15 kematian. Lima negeri tertinggi, Selangor (1,036), Johor (460), Sabah (389), KL (257) dan P.Pinang (234). […]
Berita
Kedai Dobi Layan Diri Dibenar Beroperasi Dengan Syarat Pemilik Kedai Kawal Pematuhan SOP – Ismail Sabri
Putrajaya, 14 Jan – Perkhidmatan dobi layan diri dibenarkan beroperasi mengikut syarat-syarat tertentu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini. Menurutnya, operasi kedai dobi tertakluk di bawah pemantauan pemilik kedai bagi memastikan pengunjung menjalani saringan kesihatan sebelum memasuki premis. “Setelah meneliti permohonan rakyat, kita bersetuju untuk membenarkan dobi […]
Berita
Fenomena Air Pasang Besar: Penduduk Rumah Atas Air Dinasihat Berpindah
KOTA KINABALU, 14 Jan — Penduduk di kawasan Kampung Tanjung Aru Tengah di sini dinasihatkan untuk berpindah, akibat fenomena air pasang besar yang membahayakan rumah mereka berlaku sekitar malam tadi. Seorang penduduk Abu Bakar Jamian, 68, berkata laut bergelora dan angin kencang membuatkan ombak semakin besar serta paras air semakin tinggi, menyebabkan rumah mereka yang dibina di atas air itu tidak selamat untuk […]
Berita
Selepas Gagal Sebanyak 157 Kali, Lelaki ini Akhirnya Lulus Ujian Teori Pemanduan
Seorang lelaki dari UK dilaporkan berjaya lulus ujian pengetahuan memandu selepas gagal dalam ujian tersebut selama 157 kali. Agensi Piawaian Memandu dan Kenderaan di Britain (DVSA) baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat satu rekod baru berkaitan percubaan melepasi ujian pengetahuan memandu telah dipecahkan oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut dilaporkan berjaya lulus ujian teori itu selepas gagal […]
Berita
“Boleh Jadi Rabun Jauh,” Doktor Ini Ingatkan Ibu Bapa Jangan Biarkan Anak Terlalu Lama Dengan Gajet, Terdedah Pada ‘Blue Light’
Dalam kecanggihan teknologi pada masa kini, setiap orang pastinya mempunyai gajet sendiri termasuk bagi anak-anak kecil. Mungkin ia dianggap biasa, namun tahukah anda bahawa penggunaan gajet yang terlalu kerap dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan mata. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Doktor Redza Zainol, beliau berkata bahawa saraf mata anak-anak kecil berisiko untuk rosak kerana […]
Gaya hidup
Keliru Siapa Bapa Kepada Anaknya, Wanita Ini Kahwini 3 Lelaki Dan Tinggal Bersama Beberapa Kekasihnya
Seorang wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Ann Grace Aguti menjadi topik yang sangat diperkatakan di media sosial yang mendakwa dirinya mempunyai tiga suami dan mereka semua dilaporkan duduk bersama dengan beberapa lelaki lain yang dianggap kekasihnya. Menurut laporan, tindakan Aguti menimbulkan kemarahan ayahnya, Pastor Peter Ogwang di mana ia mengatakan perbuatan dirinya itu […]
Sukan
Tunggakan Gaji Pemain: Kelantan FC Berdepan Tindakan Pemotongan Mata
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC) akan dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Premier musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa […]
Berita
Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Yang Masih Panas, Ini Sebabnya
Apabila telah siap memasak, kebiasaannya kuali atau periuk yang digunakan akan terus diletakkan di dalam sinki dan dicurah dengan air paip bagi ‘menyejukkan’ alatan itu dan terus dibasuh. Pun begitu, tindakan tersebut sebenarnya memberi kesan yang tidak elok pada kuali. Menurut Huff Post, mencurah air sejuk ke kuali yang panas akan menyebabkan berlakunya thermal shock […]
Berita
Dalam Kereta Nak Pergi Kerja, Pagi-Pagi Tunang ‘WhatsApp’ Beritahu Lepas Zohor Kita Nikah
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitulah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap pasangan. Dia telah merancang dengan sebaik-baiknya jalan hidup kita, walau kadang-kala ‘kejutan’ datang dengan tidak terduga. Begitulah yang berlaku kepada pasangan ini yang selamat disatukan pada Selasa (12 Januari), hari terakhir sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua pada Rabu […]
Luar Negara
Perincian Penyelidikan Asal Usul COVID-19 Di China Akan Didedahkan Kepada Umum: WHO
BEIJING, 14 Jan (Bernama) — Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri pakar dari 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama pakar tempatan bagi menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul COVID-19 bermula hari ini (Khamis). Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Harris ketika diwawancara wartawan CGTN telah memberikan butiran terperinci mengenai kandungan dan skala […]
Kesihatan
China Mencatat Kematian Pertama COVID-19 Selepas 8 Bulan
BEIJING – Pada hari Khamis yang lalu, China telah melaporkan kematian pertama COVID-19 dalam tempoh lapan bulan ketika negara berkenaan berusaha untuk mengawal penularan virus tersebut. Pasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di negara berkenaan bagi melakukan penyelidikan mengenai asal usul virus tersebut. Menurut laporan, sebahagian besar China didakwa telah mengendalikan wabak virus […]
Berita
Pasukan Forensik Bomba Mula Siasat Punca Kebakaran Di The Andaman
LANGKAWI, 14 Jan (Bernama) — Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, terbakar dua kali, pada petang Selasa dan awal pagi Rabu. Pengarah […]
Berita
Gempa Bumi Bermagnitud 5.9 Dilapor Gegar Sulawesi, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter dilaporkan telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada jam 2.35 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.8° Selatan dan 118.9° Timur dengan kedalaman 47 km, 145km Barat dari Palopo, Indonesia. Walau bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa […]
Berita
Suami Berkeras Tak Percaya Pandemik & Arah Isteri Telan Vitamin C ‘Bergelen-gelen’, Doktor Dedah Kini Dua-dua Nazak & Koma Kerana COVID-19
Sudah lebih setahun sejak kes pertama COVID-19 dilaporkan, kini seluruh dunia sedang bergelut dengan virus yang berbahaya ini. Dengan peningkatan kes positif dan kematian setiap hari, langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 perlulah diamalkan. Pun begitu, ada sesetengah individu yang masih tidak percaya mengenai jangkitan virus ini, bahkan mengganggap bahawa ia hanya rekaan semata-mata. Sedar […]