Berita

(Video) Hidayah Milik Allah, Pemuda Cacah Tatu Seawal Usia 12 Tahun Kini Jadi Bilal Di Masjid
Hidayah milik Allah dan Dia akan memberika kepada setiap hamba yang dikehendaki-Nya tanpa mengira sesiapa pun. Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda yang dahulunya hidup menyimpang daripada ajaran Islam, dipenuhi tatu di seluruh badan tetapi kini berubah setelah mendapat hidayah Allah. Memetik laporan Tribun News, kisah penghijrahan pemuda tersebut dimuatnaik oleh seorang individu di media […]

(Video) “Tak Takut, Selesa Dan Bersih,” Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19, Dikuarantin Di MAEPS
Kisah lelaki ini yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Beriko Rendah (PKRC) mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya sepanjang berada di situ. Menariknya, segala andaian yang dibuat orang ramai sebenarnya tidak betul. Keadaan di pusat tersebut sangat teratur dan tidak sesak seperti mana yang disangkakan. Ikuti kisah perjalanan seorang lelaki yang dikenali […]
Covid-19: Warga Malaysia Antara Tiga Kes Import Gejala Di Singapura
SINGAPURA, 9 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun adalah antara tiga kes import gejala yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu. Dilabelkan sebagai Kes 59085, beliau adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia, menurut MOH dalam data penuh yang dikeluarkan di sini hari ini. Dua lagi kes import […]

Lebih 43,000 Masih Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Banjir Di Lima Negeri
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Keadaan banjir di lima negeri menunjukkan sedikit tanda positif apabila jumlah operasi pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan, pagi ini. Setakat 8 pagi ini, sejumlah 43,791 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 47,038 mangsa petang semalam. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan iaitu 26,016 mangsa setakat 7 […]

Akaun 90 Juta ‘Follower’ Hilang, Donald Trump Kena ‘Banned’ Secara Kekal Di Twitter
Twitter mengumumkan telah menyekat akaun Donald Trump secara kekal menerusi satu pengumuman yang dibuat semalam. Menurut Twitter, akuan Donald Trump terpaksa diturunkan berikutan risiko ‘menghasut keganasan lebih jauh’, setelah penyokongnya melakukan rusuhan di bangunan Captiol, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu. “Setelah mengkaji semula Tweet baru-baru ini dari akaun @realDonaldTrump dan konteks di sekitarnya – khususnya […]

Beberapa Daerah Di Pahang Ibarat Lautan ‘Teh Tarik’
KUANTAN, 9 Jan – Ibarat lautan ‘teh tarik’ itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas. Banjir besar yang melanda negeri itu sejak minggu lepas telah menenggelamkan sebahagian besar penempatan penduduk dengan air naik melepasi paras bumbung bangunan. Tinjauan Bernama bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini […]
Teringin Zuriat Tapi Suami Gaji Rendah, Perlu Ke Rancang Keluarga? Ini Jawapan Mufti WPKL
Setiap orang yang berumah tangga pasti mengimpikan zuriat bagi melengkapkan kehidupan selepas berkahwin. Mungkin ada yang sudah ditetapkan rezeki oleh Allah SWT dikurniakan cahata mata lebih awal dan ada juga yang bertahun-tahun menunggu kehadiran zuriat mereka. Walaupun kehadiran cahaya mata adalah sumber rezeki yang diberi, perancangan keluarga amat penting demi kebaikan kesihatan ibu dan kandungan. […]

Polis Siasat Anggota Trafik Pukul Penunggang Motosikal
KUALA LUMPUR, 8 Jan – Polis sedang menyiasat seorang anggota polis trafik yang disyaki memukul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan, di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata insiden berkenaan berlaku sekitar 8 pagi hingga 9 pagi tadi di Kilometer (KM) 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala […]

SMART Selamatkan Tiga Remaja Nyaris Hanyut Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 8 Jan ) – Jeritan tiga remaja lelaki yang meminta pertolongan kerana nyaris hanyut dibawa arus deras ekoran banjir di Kampung Bakong, Pasir Mas, berjaya menyelamatkan mereka apabila diselamatkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), hari ini. Pegawai Operasi SMART Mejar Shahrul Nizam Jaafar berkata dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, jeritan […]
Sekatan Pergerakan Ketat Kedua Boleh Tumbangkan Ekonomi – EuroCham Malaysia
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran sekatan pergerakan kedua yang sama seperti dilaksanakan pada Mac dan April tahun lepas mungkin akan menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang kerana banyak perniagaan akan ditutup. Ketua Pegawai Eksekutifnya Sven Schneider berkata negeri-negeri paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 juga merupakan hab komersial dan perindustrian negara, yang mana […]
(Video) “Saya Tak Menyesalinya”, Kisah Shaykh Saad Al-Ghamidi Tolak Jawatan Imam Masjidil Haram Demi Nak Berbakti Pada Ibu Bapa
Tiada apa yang lebih bermakna selain berbakti kepada kedua ibu bapa dengan penuh kebaikan dan kasih sayang. Termasuk bila perlu berkorban dan menolak peluang keemasan yang datang. Sama seperti yang dilakukan oleh Shaykh Saad Al-Ghamidi ini yang sanggup menolak jawatan imam di Mekah sebanyak dua kali bagi menjaga ibu bapanya dan tetap berada di sisi […]
“Usaha Yang Kami Cadangkan Terus Buat,” Doktor Nasihatkan Orang Ramai Untuk Sedar Betapa Serius Keadaan COVID-19 Ketika Ini
Situasi COVID-19 di negara ini dilihat semakin meruncing dengan jumlah kes baharu yang tinggi setiap hari. Dalam keadaan ini, petugas barisan hadapan perlu bekerja lebih keras bagi membendung penularan jangkitan virus tersebut. Menerusi kiriman Doktor Zaid Rostam di laman Twitter, dia menasihatkan dan memberi ‘amaran’ kepada orang ramai untuk sedar mengenai betapa seriusnya jangkitan COVID-19 […]
Jadi Idaman Wanita, Keunikkan Suku Bodi Di Ethiopia Anggap Lelaki Buncit Sebagai Menawan
Bagi yang masih tidak tahu, lelaki buncit sebenarnya menjadi idaman dan sangat menawan bagi suku Bodi di sebuah kampung terpencil di Ethiopia Selatan. Malah, mereka juga bersaing dalam pertandingan kecantikan tahunan yang dipanggil sebagai Upacara Kael dengan tubuh yang paling dikehendaki adalah yang bersaiz besar. Menurut Daily Mail, setiap keluarga bagi suku itu diizinkan untuk […]
Nak Atasi Masalah Penurunan Populasi, Korea Selatan Dilapor Bagi Ganjaran Lebih RM 400k Untuk Pasangan Ada Lebih 3 Orang Anak
Korea Selaran dilaporkan menawarkan bantuan hampir USD 100,000 (RM 403,000) untuk pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak dalam setiap keluarga. Memetik laporan media tempatan, KNN, inisiatif kewangan yang dilaksanakan itu bagi mengatasi masalah populasi penduduk yang semakin menurun. Menurut laporan, sekiranya pasangan itu melahirkan seorang anak, maka tiada faedah pinjaman yang akan dikenakan. Bagi […]
“Ada Sesuatu Yang Memandangnya”, Pesakit Ketakutan Selepas ‘Sosok’ Menyeramkan Muncul Daripada Lubang Udara Siling Hospital
Seorang wanita yang berkongsikan foto berkenaan penampakan menyeramkan yang terdapat daripada saluran udara di bilik hospitalnya telah membuatkan internet menjadi kecoh. Wanita yang bernama Kitt Williams itu telah berkongsikan dua gambar yang diambil oleh ibu mertuanya di hospital Queensland yang terletak di Brisbane pada Ahad, 3 Januari lalu. Kitt menyatakan bahawa dia berasa seperti “ada […]
(Video) “Duit i-Sinar Kami Dahulukan Untuk Mak,” Enam Beradik Buat ‘Surprise’ Beli Gelang Emas Besar Untuk Ibu
Seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini sudah boleh mengeluarkan wang dari i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Masing-masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut. Namun, berbeza pula dengan adik-beradik ini yang mendahulukan ibu mereka dalam membelanjakan wang tersebut. Menerusi siri video dimuatnaik oleh Norsilawati Mohamad di TikTok, dia dan […]
Wanita Ditipu RM210,600 Kerana Mohon ‘Bantuan COVID-19 Dari PBB’
GEORGE TOWN, 8 Jan — Seorang suri rumah kerugian RM210,600 selepas ditipu sindiket penipuan yang kononnya menawarkan bantuan sara hidup melalui dana bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada mangsa COVID-19 di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata wanita warga Vietnam berusia 58 tahun yang merupakan penduduk tetap dan pesara […]
Remaja 15 Tahun Korban Ketujuh Banjir Pahang
KUANTAN, 8 Jan (Bernama) — Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban ketujuh banjir di Pahang selepas meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata remaja berkenaan Mohammad Zamarulhisyam Shaari dipercayai lemas semasa mandi bersama tiga rakannya di kawasan banjir di jalan Kampung Sangkoh, […]

Iran Dilapor Melarang Import Vaksin COVID-19 Dari Amerika Syarikat Dan UK
Pemimpin agung Iran pada Jumaat melarang kerajaannya daripada mengimport vaksin Covid-19 yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom serta melabel kuasa barat itu sebagai “tidak boleh dipercayai”. Iran ketika ini merupakan negara Timur Tengah yang paling terjejas dengan pandemik berkenaan. Dalam satu siaran langsung, Ayatollah Ali Khamenei turut mendakwa kedua-dua negara berkenaan, yang dianggap […]
Eksekutif Warga Malaysia Digantung Seumur Hidup Kerana Atur Perlawanan – BWF
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan. BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa Unit Integriti BWF telah menyiasat wakil eksekutif peralatan sukan yang menaja pemain antarabangsa itu sejak kejohanan Terbuka Jepun 2014. “Kami mendapati individu tersebut mendekati beberapa pemain antarabangsa dan menawarkan wang untuk memanipulasi perlawanan termasuk perlawanan melibatkan pemain […]