Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Dilapor Melarang Import Vaksin COVID-19 Dari Amerika Syarikat Dan UK

Pemimpin agung Iran pada Jumaat melarang kerajaannya daripada mengimport vaksin Covid-19 yang dihasilkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom serta melabel kuasa barat itu sebagai “tidak boleh dipercayai”.

Iran ketika ini merupakan negara Timur Tengah yang paling terjejas dengan pandemik berkenaan.

Dalam satu siaran langsung, Ayatollah Ali Khamenei turut mendakwa kedua-dua negara berkenaan, yang dianggap sebagai musuh Iran, berkemungkinan cuba menyebarkan virus itu ke negara-negara lain.

Beliau turut berkata, tanpa kedua-dua negara tersebut, Iran masih berupaya untuk mendapatkan vaksin Covid-19 daripada negara-negara lain yang lebih dipercayai.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana negara, pemerhati berpendapat ia merujuk kepada Rusia dan China, yang merupakan sekutu kepada negara republik itu.

Iran juga sebelum ini dilaporkan telah menjalankan ujian ke atas manusia buat kali pertama bagi vaksin Covid-19 yang dihasilkan secara domestik.

Sumber: Reuters