Berita
Tahun Baharu 2021: Agong, Permasuri Doa Negara Pulih Daripada Musibah COVID-19
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil […]
Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Larikan Gelang Emas Bernilai RM40,000
MARANG, 31 Dis (Bernama) — Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai melarikan dua utas gelang tangan emas bernilai RM40,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata suspek utama berusia 32 tahun dan rakannya berumur 30 tahun ditahan dalam dua serbuan di dua buah […]
Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga Petang Ini
Putrajaya, 31 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga 7 petang ini. Negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor dan Sarawak. Berikut merupakan daerah yang dijangka bakal menerima hujan petang ini: Seluruh Perlis Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, […]
“Kolesterol Dalam Badan Banyak Dihasilkan Badan Sendiri”, Doktor Kongsi Fakta Mengenai Kolesterol
Ramai yang sedia maklum bahawa kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh meningkatkan risiko serangan jantung mahupun strok. Bagaimanapun, anda tidak akan tahu kandungan kolesterol di dalam badan anda melainkan dengan ujian darah. Jadi, kurus pun belum tentu selamat ya. Baru-baru ini, seorang doktor, Dr Abdul Latif Saad telah berkongsi beberapa fakta mengenai kandungan […]
(Video) Mengada-ngada, Perangai Si Bulu Nak Makan Bersuap Buat Ramai Geram
Bila dah memiliki kucing, banyak ragam haiwan tersebut yang perlu dihadapi oleh setiap orang. Belum kira lagi bab berhabiskan duit untuk perubatan dan makanannya. Itu semua tidak menjadi masalah bagi orang yang betul-betul menganggap kucing seperti ahli keluarga sendiri. Tapi, jaga-jaga ya. Haiwan comel itu juga sangat manja dan pastinya pandai membuatkan pemiliknya ‘patuh’ kepadanya. […]
Kerjasama Dengan Kazakhstan Bakal Lonjakkan Industri Pelancongan T’ganu – Exco Negeri
KUALA TERENGGANU, 31 Dis — Terengganu bakal menjadi lokasi pelancongan pilihan rakyat Kazakhstan berikutan promosi secara besar-besaran yang akan dilaksanakan di negara itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata promosi pelancongan itu adalah hasil kunjungan Konsul Kehormat Republik Kazakhstan di Malaysia, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahbuddin ke beberapa lokasi […]
KWSP Kota Kinabalu Akan Ditutup Sementara Bermula 31 Disember 2020
Pejabat KWSP Kota Kinabalu akan ditutup sementara, bermula 31 Disember 2020 sehingga dimaklumkan kelak. Makluman penutupsan yang dikongsikan menerusi akaun twitter KWSP itu adalah untuk proses disinfeksi dan sanitasi kepada pihak pengurusan premis atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala urusan yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan ini adalah dibatalkan. Ahli dinasihatkan untuk menjadualkan semula segala […]
Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Sempena Tahun Baru 2021 Pada 9 Malam Ini
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat perutusan khas sempena Tahun Baru 2021. Makluman yang dikongsikan melalui Facebook Muhyiddin Yassin itu dijangka berlansung pada jam 9 malam. Perutusan khas itu juga akan ditayangkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan termasuklah Bernama. Sumber : Muhyiddin Yassin
Tahun Baharu: Polis Langkawi Tidak Benarkan Sebarang Aktiviti Di Pantai
LANGKAWI, 31 Dis — Polis Langkawi tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan dan aktiviti di kawasan pantai bermula 5 petang ini. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata arahan tersebut dikeluarkan bagi memastikan larangan sambutan ambang tahun baharu 2021 secara perhimpunan dipatuhi. Beliau berkata larangan itu juga selari dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis […]
2 Maut, 7 Hilang Kapal Kargo Karam Di Timur China
HANGZHOU, 31 Dis (Bernama) — Dua terbunuh manakala tujuh yang lain hilang selepas sebuah kapal kargo membawa 13 anak kapal karam pada Rabu di wilayah Zhejiang timur China. Agensi berita Xinhua melaporkan pusat mencari dan menyelamat maritim wilayah itu menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.40 petang Rabu. Kapal dengan muatan 4,700 tan simen dalam perjalanan dari […]

Jalan Universiti Bakal Dikenali Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
SHAH ALAM, 31 Dis – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dekat sini dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda berkenan untuk mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air itu bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz […]
Stres Sebabkan Rambut Mudah Gugur ? Ini 15 Punca Rambut Gugur Yang Lelaki Dan Perempuan Mesti Tahu
Rambut merupakan mahkota baik bagi lelaki mahupun wanita. Masalah rambut boleh menjadi mimpi ngeri yang mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang. Keadaan ini sering dikaitkan dengan individu hamil, stress melampau dan juga masalah hormon. Namun sebenarnya, terdapat pelbagai lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini. Mari baca perkongsian oleh Hello Doktor mengenai 15 punca keguguran […]
(Video) “Tekad Nak Kurus Sebab Pening, Sukar Bernafas,” Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Berjaya Turun Berat Badan 70kg
Umum telah mengetahui bahawa untuk menurunkan berat badan, bukanlah suatu perkara yang senang. Tiada jalan pintas untuknya. Hanya keazaman, disiplin yang tinggi serta amalan gaya hidup sihat sahaja yang boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan. Seperti seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Nazri ini, dia berjaya menurunkan berat badannya daripada 163kg ke 93kg dengan mengamalkan […]
(Video) Viral Rakaman Lelaki Terlentang Selepas Ditendang Kangaroo
Satu rakaman yang telah tular menyaksikan detik-detik ‘pertarungan’ yang ‘mendebarkan’ di antara seorang lelaki dan seekor kangaroo yang berlaku di Australia. Menurut Metro.co, haiwan itu dipercayai telah menggali lubang di kebun depan rumah Mitchell Robinson di South West Rocks di New South Wales pada Khamis. Lelaki itu mengambil keputusan untuk menggerakkan kangaroo besar itu sambil […]
Usia Gabungan 12 Adik-beradik Ini Cecah 1,042 Tahun, Cipta Rekod Dunia
KANADA – Sebuah keluarga yang terdiri daripada 12 adik-beradik didakwa mencatat rekod dunia, Guiness World Records apabila usia gabungan mereka berjumlah 1,042 tahun. Dilaporkan, adik-beradik dari keluarga D’Cruz masih hidup dan rata-ratanya berumur antara 75 hingga 97 tahun. Mereka dianugerahkan rekod dunia kerana usia gabungan tertinggi yang berjumlah 1,042 dan 315 hari. Berikutan itu, Genia […]
Perang COVID-19 Belum Tamat, Kian Sengit – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 31 Dis — Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan. “Peperangan masih belum tamat dan semakin […]
Pakai Pelitup Muka, Memasuki 2021 Dengan Norma Baharu
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Melindungi diri dengan memakai pelitup muka, dilengkapi dengan pembasmi kuman tangan, dan mungkin dengan latar belakang muzik “Menyayangimu Dari Jauh”, kita menuju ke arah 365 hari yang baharu. Perang melawan virus masih belum selesai walaupun pengeluaran vaksin memberi sedikit kelegaan. Oleh itu, kita memasuki tahun 2021 dengan norma baharu. Justeru, […]
Penipuan Dalam Talian: Pengalaman Yang Menghantui
KUALA LUMPUR, 31 Dis — “Pesanan SMS yang saya terima pada 9.50 pagi, 28 Dis, mengejutkan saya,” kata Albert (bukan nama sebenar) apabila menceritakan pengalaman yang beliau anggap sebagai suatu yang menghantuinya. Pesanan itu merupakan makluman bahawa kad kredit yang berakhir dengan nombor XXXX telah digunakan untuk mengeluarkan wang tunai RM3,000 pada 28 Dis dan […]
(Video) Taknak Terima Beg ‘Frozen’, Telatah Kanak-Kanak Ketika Hari Graduasi Buat Ramai Terhibur
Tiada apa yang lebih gembira bagi setiap ibu bapa selain melihat anak-anak semakin membesar. Segala momen penting dalam tempoh pembesaran itu akan dirakam dan disemat dalam ingatan menjadi memori yang indah. Detik yang tentu sekali tidak akan dapat dilupakan adalah ketika anak-anak sudah tamat persekolahan tadika. Ia merupakan saat-saat yang paling teruja dan ‘ditakuti’ oleh […]

Amaran Cuaca Peringkat Waspada Di Pantai Timur, Johor
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) — Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada untuk beberapa kawasan di pantai timur dan Johor bermula hari ini hingga Sabtu. Menurut kenyataan MetMalaysia, sepanjang tempoh itu, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang Mersing dan Kota Tinggi). — BERNAMA