Berita

PDRM Tahan 231 Individu Ingkar Arahan PKP – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 231 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 225 telah dikompaun manakala enam lagi direman. “Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (80), tidak memakai […]

Perisik China Warga Singapura Ditahan Sejurus Kembali Ke Tanah Air
SINGAPURA, 30 Dis – Dickson Yeo, rakyat Singapura yang mengaku di sebuah mahkamah persekutuan di Amerika Syarikat (AS) menjadi ejen perisikan China bagi mendapatkan ganjaran kewangan, telah kembali ke republik itu hari ini. Menurut kenyataan Kementian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA), beliau telah diberkas oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada hari […]

Sambutan Tahun Baharu Kali Ini Dijangka Paling Berbeza
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat Malaysia khususnya warga kota, adalah sambutan besar-besaran dan pertunjukan bunga api di kawasan tumpuan awam seperti Dataran Merdeka, perkarangan KLCC mahupun Dataran Putrajaya. Namun tahun ini, pandemik COVID-19 yang masih ‘bermaharajalela’ membantutkan perancangan sebarang sambutan ambang tahun baharu berskala besar, apatah lagi […]

TERKINI: 1,870 Kes Baharu Covid-19, Johor Catat Kes Paling Tinggi Hari Ini Dengan 607 Kes
Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,870 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,868 kes tempatan dan hanya 2 import. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,562 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 745 kes pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah […]

Lari Selepas Positif Covid-19, Polis Samarahan Minta Bantuan Jejaki Dua Warga Indonesia
KUCHING, 30 Dis (Bernama) — Polis Daerah Kota Samarahan kini giat menjejaki lima pekerja lelaki warga Indonesia, dua daripada mereka didapati positif COVID-19, yang melarikan diri di Jemukan Ulu, Asajaya kira-kira 40 kilometer dari sini sejak minggu lepas. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata dua yang positif COVID-19 dikenal pasti sebagai Harianto Safari, 41, dan […]

Kumpulan Pertama Disuntik Vaksin Covid-19, Singapura Mulakan Dengan 30 Pekerja Kesihatan Di NCID
SINGAPURA, 30 Dis (Bernama) — Singapura mula melaksanakan proses vaksinasi hari ini, dengan pekerja kesihatan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menjadi kumpulan pertama mendapat suntikan vaksin. Kementerian Kesihatan republik itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lebih daripada 30 kakitangan NCID akan menerima suntikan hari ini. “Ia termasuk kakitangan klinikal, kejururawatan, perkhidmatan berkaitan kesihatan, kakitangan sokongan dan […]

“Jika Habis, Kami Tambah Lagi,” Ustaz Ebit Lew Beli 150 Kerusi Roda, Nak Bagi Percuma Kepada Sesiapa Yang Memerlukan
Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun. Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu. Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini […]

Gelombang Sejuk, China Keluar Amaran Peringkat Kuning
BEIJING, 30 Dis (Bernama) — Pihak berkuasa meteorologi China pada Rabu mengeluarkan amaran peringkat kuning berikutan gelombang sejuk yang melanda sebahagian besar wilayah tengah dan timur China, lapor agensi berita Xinhua. Dari Rabu hingga Khamis, suhu di kebanyakan kawasan di selatan China dijangka mencatatkan penurunan sehingga 12 darjah Celsius, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC). Gelombang […]

LHDN Cawangan Tidak Bermastautin, Cawangan Duta (Perniagaan) Ditutup Selama Dua Hari
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Tidak Bermastautin dan Cawangan Duta (Perniagaan) di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur ditutup selama dua hari bermula hari ini bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi. LHDN dalam satu kenyataan menasihatkan pelanggan supaya melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian. Sebarang pertanyaan serta maklum balas […]

Mayat Mekanik Dihanyutkan Arus Deras Ditemukan Terdampar Di Atas Batu
KUANTAN, 30 Dis (Bernama) — Seorang mekanik yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai dua hari lepas, ditemukan maut, terdampar di atas batu di persisiran Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mayat Tan Kok Meng, 59, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.20 […]
Kartel Daging: Jangan Anggap Selesai, KPDNHEP Belum ‘Cuci Tangan’
KUALA BERANG, 30 Dis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kementerian belum ‘cuci tangan’ berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua […]
Dua Polis Ditahan Kerana Didakwa Lakukan Pemerasan RM5,000
Putrajaya, 30 Dis – Polis Daerah Petaling Jaya telah berjaya menahan dua anggota polis dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang penduduk tempatan pada minggu lalu. Menurut kenyataan IPD Petaling Jaya, pihaknya telah menerima satu laporan pada Rabu (23 Dis 2020) oleh seorang lelaki berusia 52 tahun yang mendakwa telah diperas dua anggota polis. Pengadu mendakwa […]

Majikan Perlu Bayar Caruman Wajib KWSP Pada 15 Hari Bulan, Setiap Bulan Mulai Januari 2021
KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan supaya mulai Januari ini, majikan perlu membayar caruman wajib KWSP pada 15 hari bulan setiap bulan. Dalam satu kenyataan hari ini KWSP berkata ia selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman yang ditetapkan oleh KWSP setiap bulan. Sebelum ini KWSP membenarkan lanjutan tarikh bayaran […]
Perkhidmatan Bas Henti-Henti RM 1 Di Perak Diperluas
IPOH, 30 Dis- Kerajaan negeri Perak akan memperluaskan perkhidmatan bas henti-henti dengan kadar bayaran RM1 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, Sungai Siput dan Chenderiang, Tapah selewat-lewatnya sebelum Ramadan tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Datuk Zolkafly Harun berkata perkhidmatan bas itu mampu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 40,000 penduduk, […]
Halang Tugas Anggota Polis, Penarik Kereta Dipenjara Sebulan
KUALA LUMPUR, 30 Dis – Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial selepas enggan memberhentikan kenderaannya apabila ditahan polis baru-baru ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas. Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fazreen Azmi, 26, yang merupakan seorang penarik kereta, selepas dia mengaku […]
Mari Sama-Sama Kembalikan Imej Mersing Yang Bersih – Penduduk
MERSING, 30 Dis — Daerah Mersing yang dikenali ramai, kerana keindahan pulau dan pantainya yang menawarkan pemandangan mempesona sehingga menarik ribuan pelancong terutama pelancong luar negara setiap masa, dilihat tercalar berikutan sikap segelintir penduduk dan pengunjung yang tidak menjaga kebersihan. Justeru, harapan rata-rata penduduk yang ditemui mahu imej bersih dan cantik kembali ke daerah berkenaan dan […]
Bangkai Badak Berbulu Sudah Pupus Dipercayai Berusia 50,000 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Hampir Sempurna
RUSIA – Para saintis menemukan bangkai seekor bangkai badak sumbu berbulu prasejarah yang dipercayai berusia 50,000 tahun dan dalam keadaan 80 peratus sempurna di daerah Abyisky Yakutia di Rusia. Menurut laporan, ia ditemui berhampiran kawasan bangkai seekor anak badak sumbu berbulu yang bernama Sasha yang dijumpai pada tahun 2014. Malah, bangkai dua ekor anak singa […]
“Banyak Kes Melanggar Privasi,” Ini Sebab Bunyi Kamera Telefon Bimbit Di Jepun Tidak Boleh Ditutup Ketika Ambil Gambar
Seperti yang diketahui, telefon pintar kini berkembang dengan pesatnya dengan pelbagai ciri yang menarik. Salah satu kehendak pasaran pada masa kini adalah ciri yang ada pada kamera, fungsinya pada telefon pintar sentiasa dipertingkatkan. Namun sehebat manapun kamera tersebut, jika bunyinya tidak boleh ditutup semasa mengambil gambar, ia mungkin akan sedikit menganggu. Ya, ia boleh ditutup. […]
Pilihan Sendiri Untuk Elak Makan Daging Import – Zulkifli
KUALA NERUS, 30 Dis (Bernama) — Umat Islam mempunyai pilihan sendiri untuk tidak memakan daging import khususnya lembu sekiranya mempunyai keraguan status halal daging tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Sepertimana yang disebut dalam hadis, tinggalkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi […]
India Lanjutkan Lagi Larangan Penerbangan Keluar, Masuk Dari Britain
NEW DELHI, 30 Dis (Bernama) — India pada Rabu memutuskan untuk melanjutkan larangan penerbangan keluar dan masuk dari Britain seminggu lagi bermula 1 Januari, berikutan 20 kes varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu. Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri berkata selepas 7 Januari, penerbangan akan dimulakan semula sepertia […]