Berita
Tiada Rakyat Malaysia Tinggal Di Kawasan Pusat Gempa Bumi Di Petrinja
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Tiada rakyat Malaysia yang berdaftar tinggal di pusat gempa bumi di Petrinja, sebuah bandar kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Croatia, Zagreb. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb dan tiada yang dilaporkan […]
SPRM Diminta Siasat Isu Pencemaran Sungai Kereh
TASEK GELUGOR (Pulau Pinang) (Bernama) — “Derita yang masih berlarutan dan tiada kesudahan” . Mungkin itu ungkapan paling sesuai buat penduduk Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor (Pulau Pinang) berhubung isu pencemaran najis babi di Sungai Kereh akibat longgokan najis babi yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini. […]
Individu Dari Zon Merah Pulang Ke Perlis Diminta Hubungi Pejabat Kesihatan
KANGAR, 30 Dis (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Perlis meminta individu dari zon merah yang pulang ke negeri ini agar segera menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kangar untuk melakukan pemakluman, deklarasi kesihatan serta penilaian risiko terhadap mereka. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata individu yang bergejala perlu segera ke klinik kesihatan berhampiran […]
Gempa Bermagnitud 6.4 Gegar Croatia
ZAGREB, 30 Dis (Bernama) — Gempa berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan Petrinja, sebuah kota kecil kira-kira 50 kilometer sebelah tenggara Zagreb, ibu negara Croatia, pada 12.19 tengah hari waktu tempatan (1119 GMT) pada Selasa, kata Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC). Agensi berita Xinhua melaporkan polis tempatan mengesahkan lima orang terbunuh dalam kejadian itu. Sekurang-kurangnya 20 […]
(Video) Cuba Senyum Sebelum Masuk Kelas, Aksi Cikgu Ini Cuba Bawa ‘Positive Energy’ Kepada Pelajar Raih Pujian
Video seorang guru di bandar Qinhuangdao, China yang cuba membuatkan dirinya untuk senyum sebelum masuk mengajar sebuah kelas berjaya raih perhatian. Video tersebut memaparkan seorang guru lelaki sedang berjalan di kaki lima sebuah sekolah di China sebelum berhenti seketika di hadapan pintu kelasnya. Guru tersebut kemudiannya dilihat menarik nafas terlebih dahulu dan cuba untuk mengubah […]
“Aku Akan Dipinang Malaikat Maut…”, Ibu Wanita Indonesia Mati Dipercayai Dibunuh Di Klang Dedah “Update” Media Sosial Terakhir Anaknya
Dibunuh dalam satu kejadian di Klang, Selangor pada 23 Disember yang lalu, pemergian gadis warga Indonesia meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya. Menurut Tribun News, ibu mangsa yang tinggal di Desa Simpang Empat, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara itu mengatakan bahawa anak kelimanya tersebut tidak dapat dihubungi kerana mengganti nombor di aplikasi WhatsApp miliknya sebelum […]
Kerjasama Awam-Swasta Perkasa Zon Pelaburan Pelancongan – Nancy
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Kerjasama sektor awam dan swasta memainkan peranan penting, dalam memperkasakan zon pelaburan pelancongan kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata libat urus antara kerajaan Persekutuan, negeri dan penggiat pelancongan, dapat memastikan lokasi pelancongan tumpuan di sesebuah negeri diperluaskan secara global dan memberikan impak besar kepada ekonomi negara, setelah sempadan dibuka semula […]
Colorado Kesan Kes Pertama Babitkan Varian Baharu COVID-19
WASHINGTON, 30 Dis — Colorado, Amerika Syarikat (AS) mengesan kes pertama membabitkan varian baharu virus COVID-19 yang awalnya dikesan di United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik, memetik Gabenor Jared Polis. “Hari ini kami mengesan kes pertama varian COVID-19 B.1.1.7 di Colorado, varian yang sama ditemui di UK,” kata Polis dalam satu kenyataan pada Selasa. […]
American Airlines Mulakan Semula Penerbangan Komersial Boeing 737 Max
SAN FRANCISCO, 30 Dis (Bernama) — American Airlines pada Selasa memulakan semula penerbangan Boeing 737 Max membabitkan perjalanan dari Miami ke New York, penerbangan komersial pertama selepas hampir dua tahun perkhidmatan pesawat itu digantung di seluruh dunia. Pesawat 718 membawa kira-kira 100 penumpang dan mendarat pada Selasa petang di Lapangan Terbang LaGuardia, lapor agensi berita […]
‘Bebas’ Dari Garisan Dan Tiada Cap Jari, Lelaki Ini Alami Kondisi Jarang Berlaku ‘Adermatoglyphia’
Cap jari merupakan salah satu cara pengenalan identiti seseorang selain ujian deoxyribonucleic acid (DNA). Malah, dikatakan pasangan kembar turut mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain. Namun, berbeza dengan sebuah keluarga di Bangladesh yang tidak mempunyai cap jari disebabkan mutasi genetik yang mereka alami. Lapor Daily Mail, Apu Sarker, 22 dan lelaki di […]
UK Pertama Kali Catat Lebih 50,000 Kes COVID-19 Semalaman
LONDON, 30 Dis (Bernama) — Britain buat pertama kali merekodkan lebih 50,000 kes COVID-19 semalaman sejak wabak itu merebak di seluruh dunia, menurut angka rasmi dikeluarkan pada Selasa. Seramai 53,135 lagi penduduk Britain diuji positif virus itu, menunjukkan peningkatan baharu setiap hari. Jumlah kes di negara ini kini sebanyak 2,382,865, lapor agensi berita Xinhua. Sementara […]
Hukum Memakan Daging Yang Disangkakan Halal Kemudian Berlaku Syubhah – Pejabat Mufti WP
Isu berkaitan daging halal sejak kebelakangan ini telah menjadi perbincangan pelbagai pihak. Isu tersebut juga telah menjadi kecoh dan secara tidak langsungnya telah menimbulkan rasa curiga untuk memakan daging yang di import dari luar negara. Ada juga yang tertanya-tanya apakah hukum memakan daging yang pada awalnya diingatkan halal itu namun kemudiannya berlaku syubhah. Bagi menyelesaikan […]
Menyayat Hati, Tiga Kanak-kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah, Dipercayai Ditinggal Ibu Yang Keluar Ke Parti Mabuk
BRAZIL – Tiga anak kecil dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran ngeri di sebuah rumah di Rio Branco kerana dikurung oleh ibu mereka yang mahu pergi ke pesta minuman keras. Dikatakan, kanak-kanak yang terlibat dalam kebakaran tersebut berusia empat tahun, dua tahun dan juga lapan bulan. Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 19 Disember yang lalu […]
Betul Ke Kekal Lama Dan ‘Effect’ Buah Pinggang? KKM Bongkar Mitos Dan Fakta Kesan Paracetamol Dalam Badan
Paracetamol merupakan salah satu ubat yang sering digunakan oleh kebanyakan kita ketika demam. Bagaimanapun, wujud dakwaan kekerapan mengambil ubat ini boleh memberi kesan sampingan yang buruk kepada buah pinggang. Bagi menjawab persoalan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan tersebut. “Benarkah paracetamol yang diambil boleh kekal dalam badan bertahun-tahun lamanya?” […]
Melaka Alami Kerugian Lebih RM65 Juta Akibat Kebakaran Tahun Ini
MELAKA, 30 Dis (Bernama) — Melaka mengalami kerugian sebanyak RM65,403,328 juta akibat kebakaran sehingga 28 Dis lepas, peningkatan sebanyak RM55,179,096.60 juta berbanding RM10,224,231.40 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Obaidat Mohamad berkata bagaimanapun sejumlah RM828,768,039 juta harta benda berjaya diselamatkan pada tahun ini, menunjukkan peningkatan […]
Ketengahkan Kaedah Masak Yang ‘Simple’, Nenek 70 Tahun Ini Jadi ‘YouTuber’ Terkenal, Raih 8 Juta Tontonan Bulanan
Seorang nenek yang berusia 70 tahun di India telah mendapat pengiktirafan dari YouTube apabila video-video masakannya dilaporkan ditonton berjuta kali dalam sebulan. Menurut India Times, wanita yang bernama Suman Dhane itu mempunyai seramai lebih daripada 580,000 subscribers di channel Youtube miliknya yang bernama ‘Aapli Aaji’. Tambahan lagi, setiap video yang dimuat naiknya ditonton lebih 8 juta […]
“Bezanya Saya Cipta Masa…”, Doktor Rasa ‘Terpukul’ Bila Tahu Rahsia Isterinya Sibuk Bekerja Tapi Masih Ada Masa Main Dengan Anak-anak
Bukan mudah menjadi ibu bapa, banyak yang perlu dititikberatkan apabila memikirkan soal anak terutama apabila mereka sedang membesar. Bagi ibu bapa yang bekerja, walau sesibuk mana pun anda, ambil sedikit masa untuk berinteraksi atau melakukan aktiviti dengan anak-anak agar mereka tidak merasa ‘jauh’ dari anda. Menerusi kiriman Dr Redza Zainol di Twitter, beliau berkongsi mengenai […]
Remaja 14 Tahun Gigih Jual Burger Jadi Mangsa Kecurian, Ketua Polis Petaling Jaya ‘Turun Padang’ Hadiahkan Telefon Bimbit Baharu
Sesuatu yang menjentik hati kita semua apabila remaja belasan tahun yang mungkin bukan daripada keluarga berada sudah merasai penat lelah mencari rezeki. Begitulah yang dirasai oleh remaja berusia 14 tahun ini, adik Muhammad Faisal Nor Faizal Nordin yang mengambil inisiatif berniaga burger di tepi jalan di Petaling Jaya untuk mencari duit poket sendiri. Namun malang […]

“Siap Pakai Tudung, Baju Kurung..,” Wanita India Ini Kongsi Pernah ‘Join’ Nasyid, Imbau Kembali Kehidupan Muhibah Ketika Dahulu
Tanpa perkauman, hidup dalam komuniti pelbagai bangsa pasti lebih harmoni. Seperti kisah dikongsikan seorang wanita, VR Meena Kumari dalam group Malaysiaku Dulu-dulu yang menceritakan kenangannya membesar dalam masyarakat majmuk di Palong kira-kira 34 tahun lalu. Menurut Meena yang berkongsi pengalaman di tempatnya, masyarakat pada ketika itu bersatu hati dan tidak pernah bertelingkah kerana berbeza agama. […]
Malaysia Berhasrat Tingkat Usaha Dengan UAE Bangunkan Vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM) Seri Paduka bertitah UAE telah menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada […]