Berita

Berita
Prasarana: Pas Perjalanan Tanpa Had MY30 Diperluas Ke Pulau Pinang, Kuantan mulai 1 Jan 2021
KUALA LUMPUR, 14 Dis- Selepas digunakan secara meluas di Lembah Klang dan Selangor, pas perjalanan tanpa had My30 kini diperkenal dan akan digunakan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan, mulai 1 Jan 2021. Prasarana memaklumkan Pas Mutiara My30 adalah untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai, manakala Pas Lestari My30 untuk […]
Berita
15 Keluarga Orang Asli Lari Ke Hutan Kembali Ke Kediaman
JOHOR BAHRU, 14 Dis (Bernama) — Kesemua 15 keluarga Orang Asli Seletar dari Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri, dekat sini, yang melarikan diri ke hutan bakau berhampiran kerana takut dijangkiti COVID-19 pada 8 Dis lepas, kembali ke kediaman masing-masing sejak semalam. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar Pandak […]
Berita
Pemandu Lori Didenda RM4,000 Lakukan Ugutan Jenayah
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Gara-gara mengugut seorang lelaki menggunakan parang semalam, seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Sritheran, 39, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah. ”Anda didenda RM4,000 untuk kesalahan ini dan jika gagal membayar denda, anda boleh […]
Berita
(Gambar) Suhu Sejuk Ekstrem Hingga Cecah -43ºC Landa Inner Mongolia, Hingga Bekukan Stesen Air
Penduduk di Hulunbuir, Wilayah Autonomi, Inner Mongolia, berdepan cuaca sejuk melampau apabila suhu turun -43.6 darjah Celsius pada Isnin (13 Disember), di mana menjadi hari paling dingin sejak musim sejuk melanda negara itu. Menurut Jabatan Meteorologi Wilayah Autonomi Inner Mongolia, kesemua 13 stesen pemantau di Hulunbuir mengalami cuaca yang sangat sejuk di bawah -40 darjah […]
Berita
Ahli Parlimen Jalani Kuarantin Perlu Pakai PPE Ke Dewan Rakyat – SPEAKER
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) boleh hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE). Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan […]
Berita
Pegawai Polis Berpangkat DCP Antara Disiasat Disyaki Bersekongkol Dengan Addy Kana
SHAH ALAM, 14 Dis – Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta, antara 29 warga pasukan keselamatan itu yang sedang disiasat kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh. Pengarah Jabatan […]
Berita
Sayu, Kucing Mati Kepala Tersepit Pada ‘Roller Shutter’ Sebuah Bank, Dipercayai Ada Unsur Khianat
Menyayat hati, seekor kucing ditemui mati tersepit angkara perbuatan kianat di hadapan sebuah bank di Taman Tampoi Utama awal pagi tadi. Menerusi laman Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut disedari orang awam pada pukul 3 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak persatuan ini. Dalam kenyataan ini memaklumkan bahawa kucing tersebut mati akibat […]
Berita
333 Pelajar Hilang Selepas Sebuah Sekolah Diserang Lelaki Bersenjata
LAGOS, 14 Dis (Bernama) — Seramai 333 pelajar hilang selepas sebuah sekolah menengah di Katsina, negeri di barat laut Nigeria diserang lelaki bersenjata pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Xinhua. Gabenor negeri Aminu Masari, memaklumkan kejadian itu ketika menerima kunjungan yang diketuai Penasihat Keselamatan Negara Babagana Monguno di Katsina pada Ahad. Menurut beliau, Sekolah Menengah Sains kerajaan di daerah Kankara itu mempunyai kemudahan asrama, menempatkan 839 […]
Berita
Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari, Denda RM4,000 Terima Rasuah
BUTTERWORTH, 14 Dis (Bernama) — Seorang pegawai imigresen hari ini dikenakan hukuman penjara 30 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM3,060 pada 2018. Hakim Norhayati Mohamad Yunus memerintahkan Akashah Roslan, 38, menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. Mengikut kertas pertuduhan, […]
Berita
Warga Bangladesh Didenda RM10,000 Rasuah Pegawai Imigresen
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM8,500 kepada pegawai Imigresen sebagai upah membantu melepaskan lapan rakyat senegaranya pulang ke negara asal tanpa diambil tindakan undang-undang, bulan lepas. Hakim Azura Alwi memerintahkan Ahmmed Md Rana, 37, menjalani hukuman […]
Berita
Jalan Raya Tiga Ditutup 16 Hari Mulai Rabu
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Jalan Raya Tiga, Sri Serdang (arah Sri Serdang) sepanjang 200 meter akan ditutup sepenuhnya dan laluan kontra diaktifkan selama 16 hari bermula 16 Dis (Rabu) sehingga 31 Dis ini. MMC-Gamuda dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja utiliti dan sebarang kerja berkaitan dari pukul 11.00 […]
Berita
(Video) Aksi Anggota APM Tarik Ular Sawa Batik Gergasi ‘Lepak’ Di Tingkap Rumah
Sebuah video memaparkan aksi Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menangkap seekor ular sawa bersaiz besar, mendebarkan ramai warga net. Menerusi video berdurasi 40 saat yang dimuatnaik oleh seorang individu di Twitter, ular sawa berkenaan dilihat ditarik daripada tingkap bilik oleh dua orang anggota APM. Anggota yang bergelut menarik reptilia berkenaan, berjaya mengeluarkan ular […]
Berita
Tiga Pendaki Ditemukan Selamat Selepas Sesat Dua Hari
SEREMBAN, 14 Dis (Bernama) — Tiga pendaki yang sesat selama dua hari selepas mendaki Gunung Berembun, Jalan Pantai dekat sini ditemukan selamat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dijumpai pada 3.45 petang semalam di puncak gunung sebelum dibawa keluar dari hutan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi. Menurutnya, maklumat awal diterima menerusi panggilan telefon yang dibuat […]
Berita
Ini Lima Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Ahli Keluarga Nazak Dan Meninggal Dunia
Tidak akan terlambat walau sesaat, kematian itu akan dilalui oleh setiap makhluk yang bernyawa tanpa mengira masa dan tempat. Yang menjadi persoalan bila, di mana dan bagaimana kematian itu berlaku, ia kekal menjadi rahsia Allah. Namun, sebagai hamba-Nya, menjadi satu keperluan untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu sekiranya terdapat ahli keluarga sedang berhadapan dengan saat-saat […]
Berita
Bekalan Air Mula Disalurkan Ke Enam Kawasan Di Klang, Shah Alam – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam, mula disalurkan kepada pengguna, kira-kira 7 pagi tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan àir mula disalurkan […]
Berita
Dijangka 100 Hingga Ke 150 Meteor Geminids Sinari Langit Malam Ini Setiap Jam
PORT DICKSON, 13 Dis (Bernama) — Pancaran tahi bintang (meteor) ‘geminids’ menyinari ruang angkasa malam ini dan memberi peluang keemasan kepada peminat astronomi melihatnya dengan mata kasar. Ketua Unit Baitul Hilal Teluk Kemang Port Dickson Muzamir Mazlan berkata fenomena kejadian alam yang berlaku sekali setahun pada Disember itu, boleh dilihat bermula pukul 10.30 malam tadi […]
Berita
Polis Buru Dua Suspek Cubaan Ragut Di Bandar Sri Damansara
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes cubaan ragut bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta. “Suspek telah memecahkan tingkap kereta di […]
Berita
Bapa Tikam Bayi Umur 20 Bulan Disahkan Positif Dadah
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Ujian air kencing seorang suspek lelaki yang menikam anak perempuan kandungnya berusia setahun lapan bulan disahkan positif dadah jenis Metamfetamin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat. Beliau berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan reman selama lima hari sehingga Khamis ini dan disiasat mengikut Seksyen 326 […]
Berita
Bayi Ditikam Bapa Selamat Jalani Pembedahan, Berada Dalam Keadaan Stabil
Putrajaya, 13 Disember – Bayi perempuan berusia 20 bulan yang cedera ditikam bapa seperti yang dilaporkan semalam berada dalam keadaan stabil. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), mangsa telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dan selamat menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah. “Pihak Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan. […]
Luar Negara
Pernah Membesar Di Malaysia, Wanita 25 Tahun Ini Jadi Datuk Bandar Termuda Di California
Wanita kacukan Vietnam-Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar bukan berkulit putih yang termuda di California, lapor CBS Los Angeles. Menurut laman rasmi Norco College, ibu muda berusia 25 tahun itu telah dilahirkan di San Jose dan sempat menamatkan pembelajaran peringkat menengah di Malaysia sebelum berpindah ke Eastvale sejak 2011. Beilau kemudiannya telah dipilih sebagai datuk […]