Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Ditikam Bapa Selamat Jalani Pembedahan, Berada Dalam Keadaan Stabil

Kredit: Bernama

Putrajaya, 13 Disember – Bayi perempuan berusia 20 bulan yang cedera ditikam bapa seperti yang dilaporkan semalam berada dalam keadaan stabil.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), mangsa telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dan selamat menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah.

“Pihak Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan. Sama samalah kita mendoakan agar pesakit segera sembuh,” tulis Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hj Rohaizat Bin Hj Yon sebentar tadi.

Dalam kejadian semalam, suspek berusia 27 tahun telah ditahan selepas pihak polis menerima laporan orang awam pada petang semalam.

Suspek yang sedang mengamuk dipercayai telah menggunakan pisau pemotong roti untuk menikam perut mangsa, lapor Bernama.

Susulan itu, pihak polis telah menjalankan ujian saringan air kencing bagi mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah.

Sumber: KKM, Bernama