Berita
Lebuh Raya CSR, KBKK Dijangka Siap 2025 – Mustapa
KOTA BHARU, 29 Nov — Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata sehingga kini 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR siap dibina dan boleh digunakan orang ramai, yang […]
Bapa Dirikan Khemah Di Atas Bukit Untuk Anak Belajar, Hadiri Kelas Dalam Talian
TANAH MERAH, 29 Nov — Seorang bapa di Bukit Petai Tujuh dekat sini bertindak mendirikan sebuah khemah di atas bukit setinggi kira-kira 20 meter bagi membantu anaknya mengikuti pengajian dalam talian, berikutan capaian Internet dan kemudahan telekomunikasi yang tidak memuaskan di kawasan itu. Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20, pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata […]

Cemas, Kanak-Kanak Lelaki Usia Setahun Terkunci Dalam Kereta
GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dalam kejadian di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam, di sini hari ini. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Noor Zahidi […]
PKRC Pusat Tahanan Sementara Sandakan Dibuka
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) baharu berkapasiti 500 katil dibuka hari ini di Pusat Tahanan Sementara Sandakan yang menempatkan pendatang tanpa izin. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dengan pembukaan PKRC baharu untuk membendung penularan COVID-19 itu, PKRC seluruh Sabah kini mempunyai […]
Sarjan Norihan Dipindahkan Ke Wad Biasa
GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, yang cedera akibat ditembak penyeludup Selasa lalu, telah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini selepas keadaan kesihatannya semakin baik. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar […]
Polis Siasat Dakwaan Anggota Pukul Pekerja Warga Myanmar
SEREMBAN, 29 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata beliau telah dimaklumkan mengenai klip video […]
Main Air Banjir Berkumpulan Di Pasir Mas, Rantau Panjang Boleh Dikompaun RM1,000
PASIR MAS, 29 Nov (Bernama) — Orang ramai di Rantau Panjang dan Pasir Mas diingatkan bahawa mereka yang didapati suka ria bermain air secara berkumpulan di tempat yang dilanda banjir sekitar sini, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata surat pemakluman mengenai tindakan kompaun itu sudah […]
Lelaki Iraq Dan Bukan Bangladesh Ditahan Pukul Mangsa Dengan Batang Besi
JOHOR BAHRU, 29 Nov (Bernama) — Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 […]
Lelaki Bawa Pokok Pisang Guna Kereta Disaman
JOHOR BAHRU, 29 Nov (Bernama) — Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain semalam, membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman ‘non-compoundable’ terhadapnya yang masih belum selesai. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di […]

TERKINI: 1,309 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini, KL Catat Kes Tertinggi
Sebanyak 1,309 lagi kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 64,485 kes setakat Ahad (29 November 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kuala Lumpur mencatatkan kes baharu paling tinggi iaitu 493 kes diikuti Sabah 290 kes, Selangor 238 kes, Perak 77 kes, […]

Dalam Tempoh 24 Jam, Jangkitan Baharu Covid-19 Di Indonesia Lepasi Angka 6,000 Kes
JAKARTA, 29 Nov (Bernama) — Jangkitan COVID-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi, melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas. Sebanyak 6,267 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 534,226. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, […]

Penjenayah Tetak Pesara Dipercayai Guna Laluan Belakang – Saksi
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Perompak yang menetak mati pesara kerajaan dalam kejadian samun di Bukit Bandaraya, Bangsar, di sini awal pagi tadi dipercayai memasuki kawasan perumahan terbabit melalui laluan belakang bagi mengelak dikesan pengawal bertugas. Wakil pengurusan syarikat pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu Ranveer Singh, 32, berkata pengawal yang bertugas di kawasan perumahan […]

Jodoh Tak Kenal Usia, Pemuda 29 Tahun Sah Bergelar Suami Kepada Wanita 76 Tahun
Jodoh tidak mengenal usia. Begitulah pepatah yang boleh menggambarkan perkahwinan sepasang suami isteri di wilayah Ponorogo, Jawa Timur, baru-baru ini. Pasangan ini dipisahkan oleh jarak usia sebanyak 47 tahun di mana pengantin perempuan, Yainem, berusia 76 tahun dan pengantin lelaki, Jamhar Ali Nursyahid, berusia 29 tahun. Mereka melangsungkan akad nikah di rumah pengantin perempuan paada […]
Kes Campak Budak: “Saya Terdengar Mereka Meminta Tolong,” Saksi Dakwa Dengar Pertengkaran
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Saksi kejadian kanak-kanak maut dipercayai dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota di sini, mendakwa mendengar bunyi bising dan pertengkaran sebelum insiden tragis itu berlaku. Idayu Ismail, 24, berkata selepas mendengar bunyi bising pada kira-kira 8 pagi, beliau membuka pintu sedikit lantas mengintai dan terlihat dua wanita dipercayai ahli keluarga suspek […]

Syarikat Langgar SOP Akan Diarah Tutup Serta-Merta – Azmin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berdepan dengan tindakan pembatalan kebenaran beroperasi serta-merta selain dikenakan tindakan undang-undang. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata satu surat mengenai arahan pematuhan SOP telah dikeluarkan […]

Lumpur Tebal Sukarkan Penduduk Kampung Teladas Bersihkan Rumah Pasca Banjir
KEMAMAN, 29 Nov- Penat menyelamatkan barangan dari air banjir belum hilang, kini penduduk Kampung Teladas dekat Air Putih di sini terpaksa bekerja keras, untuk membersihkan barangan yang rosak kesan lumpur di rumah mereka. Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati penduduk pulang sebentar ke rumah setelah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan, bagi memulakan proses pembersihan […]

“Andai Saya Pergi, Saya Nak Minta Maaf Pada Semua,” Bob Lokman Menangis Ketika Diziarah Ustaz Ebit Lew
Susulan daripada kisah seorang pelakon, pelawak dan penulis lirik Tanah Air, Bob Luqman di mana merayu sumbangan orang ramai untuk rawatan kesihatannya hari ini dikunjungi oleh penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew. Kehadiran Ustaz Ebit Lew ke rumahnya sangat dialu-alukan. Seperti mana yang kita semua tahu, beliau sangat komited dalam membantu insan yang sedang dalam kesusahan […]

(Video) “Awak Akan Jadi Ayah..,” Ain Edruce Tak Sangka Dah Hamil Buat Muka Suami Teruja
Sebelum ini ramai peminat dan warganet berteka teki mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila selebriti tersebut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Youtubenya. Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce tidak asing lagi dengan lawak jenakannya apabila berlakon dalam sitkom JKK Kampung Kalut. Difahamkan menerusi rakaman video tersebut, belia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan […]
“Moga Syurga Buatmu Ayah Teh,” Sempat Jadi Imam Jemaah Subuh Semalam, Doktor Ini Maut Ditetak Penyamun
Kejadian tragis yang menimpa Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang maut ditetak penyamun di kediamannya di Bukit Bandaraya, Bangsar, awal pagi tadi, ternyata menyedihkan rakyat Malaysia. Arwah yang juga seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dikatakan cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap bahagian dapur rumah […]

Awas, Hujan Lebat Di Pantai Timur Semenanjung, Sabah Dan Sarawak Sehingga Esok
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung, kawasan pedalaman dan pantai Barat Sabah serta Labuan hingga esok. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan meliputi jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, […]