Berita
Dubai Lancar Sabun Paling Mahal Di Dunia, Ada Serbuk Emas & Berlian, Harga Lebih RM 11k
Sebuah syarikat pembuat sabun memberi kejutan di mana menjual salah satu sabun termahal di dunia yang bernilai $2800 (RM11451). Bahkan, syarikat berkenan juga menghasilkan pelbagai jenis sabun mewah dan produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak pati serta wangian semula jadi. Sabun tersebut dijual di beberapa kedai paling eksklusif di Dubai dan UAE tetapi produk yang […]

COVID-19: Selangor Jadi Negeri Kes Paling Tinggi Hari Ini, 1,623 Kes & Sebahagian Besar Dari Kluster Teratai
PUTRAJAYA, 24 Nov – Selangor mencatatkan rekod kes positif harian paling tinggi pada hari ini dengan 1,623 kes bersamaan 74.2 peratus daripada keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar daripada kes di negeri tersebut adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (bersamaan 5.1 peratus). […]
TERKINI: Dukacita Dimaklumkan, Empat Kematian Dicatatkan Hari Ini
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 341 kes bersamaan 0.6 peratus. Menurut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, satu kematian melibatkan negeri Pulau Pinang manakala tiga lagi melibatkan negeri Sabah. Berikut merupakan ringkasan kes kematian pada hari […]
TERKINI COVID-19: Kes Paling Tinggi Lepasi Angka 2 Ribu, Sebanyak 2,188 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 24 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 2,188 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan hari ini. Ini menjadikan angka keseluruhan kes turut meningkat ke 58,847. Dalam masa sama, angka sembuh juga turut mencatatkan jumlah tertinggi hari ini dengan 1,673 kes. Berita lanjut menyusul. #COVID19 Terkini. 24 Nov. Kes paling tinggi hari ini, 2,188 kes. […]
13 Penyeludup Dipercayai Terlibat Kes Tembak Di Sempadan Malaysia-Thailand Pagi Tadi- KP Perlis
KANGAR, 24 Nov – Polis Perlis dilaporkan telah menahan dua individu dipercayai penyeludup warganegara Thailand hari ini, umum Ketua Polis Perlis, YDH. SAC. Datuk Surina Saad. Dalam masa sama, empat individu lagi turut ditahan oleh pihak polis Thailand, jelasnya memetik laporan BERNAMA. Beliau juga turut mengesahkan sebanyak 13 individu dipercayai penyeludup yang terlibat dalam kejadian […]

(Video) Menyayat Hati, Burung Camar Dirakam Makan “Cips” Yang Keluar Dari Lehernya Yang Cedera Parah
Detik menyayat hati apabila rakaman video seekor burung camar yang cedera parah pada bahagian leher memakan cip sebelum melekat keluar dari luka di lehernya. Rakaman video tersebut diambil oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah di pinggir pantai di Hastings Point di utara New South Wales. “Saya memberi makan kepada burung-burung dan ketika burung camar berbalik, lehernya […]

Ini 3 Dokumen Yang Anda Perlukan Untuk Melancong Dari Zon Hijau Ke Zon Hijau Covid-19
Aktiviti pelancongan dari mukim, daerah, negeri zon hijau ke mukim, daerah dan negeri zon hijau adalah dibenarkan mengikut SOP Gelembung Perjalanan Domestik. SOP tersebut yang bertujuan untuk pelancongan di dalam negeri, memerlukan individu mengemukakan beberapa dokumen sebagai bukti merentas mukim, daerah, negeri bagi tujuan melancong. 1. Pengesahan pelancong berasal dari zon hijau perlu menunjukkan deklarasi […]

Inkues Nora Anne: Kesan Cakar Di Kaki, Gigitan Serangga Pada Mayat – Saksi
SEREMBAN, 24 Nov (Bernama) — Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas mayat Nora Anne Quoirin di lokasi remaja perempuan warga Ireland-Perancis ditemukan mendapati tiada kesan kecederaan serius pada tubuh badan mangsa. Pegawai Turus Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (D10) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ASP S. Udiasoorian, 59, berkata sebaliknya pemeriksaan yang dijalankan bersama pakar forensik patologi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban Dr […]

Perhilitan Sahkan Terdapat Buaya Di Sungai Lalang, Sungai Petani
ALOR SETAR, 24 Nov (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah mengesahkan terdapat beberapa ekor buaya di Sungai Lalang yang terletak berhampiran Taman Aman Suria, dekat Sungai Petani seperti tular di media sosial hari ini. Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata kelibat buaya berkenaan telah lama dikesan di situ kerana sungai tersebut adalah habitat haiwan […]

(Video) 14 Jam Misi Selamatkan Gajah Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 50 Kaki
Kira-kira lebih daripada 50 orang bekerjasama dalam misi selama 14 jam untuk menyelamatkan seekor gajah yang terjatuh ke dalam perigi, di Tamil Nadu, Selatan India. Gajah itu dikatakan telah berjalan ke Desa Dharmapuri ketika jatuh ke dalam perigi dengan kedalaman 50 kaki. Perigi itu juga tidak mempunyai penghadang dan hanya ditutup oleh semak. Parveen Kaswan, dari […]

Stesen Pemantauan Kualiti Alam Sekitar Kesan Pelbagai Pencemaran – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Tiga puluh stesen pemantauan yang akan diwujudkan di bawah peruntukan RM40 juta Belanjawan 2021 tidak hanya terhad kepada pengesanan pencemaran air tetapi juga berupaya mengesan pelbagai jenis pencemaran berkaitan alam sekitar, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata pembinaan stesen itu diharap dapat […]

(Video) Lelaki Ini Kongsi ‘Port’ Memancing Untuk Korang Asah Bakat Di Sepang
Kawasan unjam yang dikendalikan oleh pihak komuniti nelayan di Sepang menjadi lokasi popular dan tumpuan buat ‘kaki pancing’. Difahamkan, setiap kali para pemancing yang datang pastinya tidak pulang dengan tangan kosong. Bahkan tempat ini dijaga rapi oleh komuniti nelayan di Sepang atau MyKP Sepang di bawah Jabatan Perikanan Kuala Langat/Sepang. Seperti perkongsian menarik daripada pengguna […]
Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Lepas Hantar Pesakit Disahkan Negatif Covid-19 – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif. “Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam […]

Remaja 13 Tahun Ditemukan Lemas Di Tali Air
KOTA BHARU, 24 Nov – Seorang pelajar Tingkatan Satu ditemukan mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air di Kampung Telaga Bata, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa Mohd Fakri Mazlan berkata mangsa, Muhammad Alif Asyraf Parudin, 13, dikatakan berjalan kaki bersama beberapa rakannya sebelum tergelincir jatuh. Menurut beliau, […]
Zlatan Tanya FIFA EA Sport, Siapa Benarkan Guna Nama Dan Mukanya Dalam ‘Game’ FIFA ?
Sebut sahaja nama Zlatan Ibrahimovic, semua peminat bola sepak dunia sudah mengenali figura dari Sweden ini yang terkenal dengan sikap tegas dengan pendiriannya dalam berkata-kata. Terkini dalam ciapan terbaharu di laman Twitter beliau, Zlatan mempersoalkan kepada FIFA EA Sport yang menjadi pembangun permainan video bola sepak terkemuka di dunia. Zlatan bertanya, siapa yang memberi kebenaran […]
Dua Beradik Didakwa Pukul, Sepakan Kenalan
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan cedera parah ke atas kenalannya dengan memukul dan menyepak badan mangsa. Pemandu lori ais R. Raja Kumar ,37, dan operator kilang R. Uthaya Kumar ,35, didakwa bersama dua individu yang masih bebas dengan niat telah menyebabkan cedera parah kepada […]

Kanak-Kanak 10 Tahun Jatuh Sungai Ketika Bermain Dikhuatiri Lemas
IPOH, 24 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan air selepas terjatuh ke dalam Sungai Chepor Dalam, Meru di sini pagi tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 10.47 pagi sebelum 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru dikerahkan ke […]

Vaksin Covid-19 Akan Diberi percuma Kepada Rakyat Dan Penduduk Jordan
AMMAN, 24 Nov (Bernama) — Vaksin COVID-19 bakal diberi percuma kepada rakyat dan penduduk Jordan “berdasarkan keutamaan tertentu”, kata Menteri Kesihatan Nazir Obeidat. “Rancangan bersepadu kerajaan adalah untuk memberi vaksin kepada kumpulan yang memerlukan dan memastikan semua yang berhak akan diberi suntikan,” kata Obeidat dalam sidang media pada Isnin, lapor agensi berita Jordan (Petra). Obaidat […]

Dua Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Samun Wanita Dalam Farmasi
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun seorang wanita di sebuah farmasi di Jalan Gombak di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata kedua-dua lelaki berusia 31 dan 40 tahun itu ditahan di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, […]

Isu Dakwaan Daging Babi Dalam Mee Kari: Hanya Unsur DNA Ayam Dikesan, Tiada Unsur DNA Babi – KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bahawa tiada unsur DNA babi dijumpai di dalam mee kari di sebuah restoran. Menurut KPDNHEP, sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil ujian mendapati hanya unsur DNA ayam yang terdapat di dalam mee kari tersebut. KPDNHEP berkata, susulan itu pihak restoran yang […]