Berita
(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Langkah Mudah ‘Side Parking’ Supaya Kereta Masuk ‘Ngam-ngam’ Dalam Kotak
Pasti ada diantara kita yang sudah bertahun-tahun memandu kereta mempunyai cara parkir yang digunakan secara kebiasaan kerana kurang mahir parkir kereta dalam kedudukan yang tertentu. Seperti yang diketahui, parkir sisi mempunyai sedikit cabaran kepada pemandu yang kurang mahir tambahan lagi sekiranya terdapat kenderaan di kotak hadapan dan belakang. Disamping untuk memastikan bahagian kereta tidak bergesel, […]
Polis Kejar Dua KM Sebelum Tahan Peniaga Cuba Lari Dari SJR
KUALA KANGSAR, 13 Nov (Bernama) — Polis terpaksa mengejar sejauh kira-kira dua kilometer sebelum berjaya menahan seorang lelaki yang memandu secara melulu untuk mengelak sekatan jalan raya (SJR) sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan kepada pengguna jalan raya lain di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata kejadian berlaku semasa […]
MINDEF, KDN Perlu Tumpu Op Benteng, Bendung COVID-19 – Penganalisis
KUALA LUMPUR 13 Nov — Sebahagian daripada peruntukan RM16 bilion untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam Belanjawan 2021 dijangka digunakan untuk menampung kos Op Benteng termasuk bagi perolehan dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menurut penganalisis keselamatan dan pertahanan. Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Madya Dr […]
KPDNHEP Selangor Serbu Restoran Terkenal Didakwa Hidang Mi Kari Mengandungi Daging Babi
SHAH ALAM, 13 Nov — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi. Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati […]
Bintang Liverpool, Mohamed Salah Dilapor Positif COVID-19
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah disahkan positif COVID-19, lapor Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA). Satu kenyataan yang dikeluarkan EFA telah mengesahkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu sedang mengasingkan diri selepas diuji positif COVID-19, menjelang kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Togo. “Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan semasa ketibaan pasukan bola sepak kebangsaan kami mendapati bahawa […]
COVID-19: Uncle Kentang Terus Gigih Menyumbang
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) sejak Mac lepas, sering menganggu akal fikiran Kuan Chee Heng. Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan, atau dikenali ramai dengan panggilan “Uncle Kentang”, sehingga beliau pernah […]
Mayat Lelaki Reput Ditemukan Dalam Pacuan Empat Roda
KUALA BERANG, 13 Nov — Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga minggu lepas ditemukan dalam sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Nibong, Ajil di sini lewat petang tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat itu […]
Dakwaan Mengenai Keadaan Petugas Kesihatan Di Sabah Perlu Disiasat
KOTA KINABALU, 13 Nov — Dakwaan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berhubung keadaan petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19 di Sabah perlu disiasat terlebih dahulu sebelum dakwaan itu disanggah begitu sahaja, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah Ajulahin Japin. Beliau yang juga Setiausaha Cuepacs Sabah berkata sebarang dakwaan dari mana-mana pihak yang melibatkan […]
“Kakinya Bengkak Sampai Lutut,” Anak Mengadu Sakit Kaki, Bila Periksa Ada Ular Dalam Penutup Rantai Basikal
Pertembungan dengan ular merupakan mimpi ngeri buat kebanyakan orang, apatah lagi jika bertembung dengan spesies berbahaya dan berbisa. Jika silap percaturan, boleh melayang nyawa. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah anaknya yang dipatuk ular ketika sedang berbasikal di luar rumah mereka di Gelang Patah, Johor. Kongsi Puan Aida Dalila Damia, kejadian tersebut berlaku terhadap anaknya […]
(Video) Detik-Detik Cemas Sekumpulan Lelaki Nyaris ‘Disapu’ Tanah Runtuh Tular Di Media Sosial
Satu video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @makassar_iinfo berkenaan kejadian tanah runtuh telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki hampir menempah ajal apabila tanah yang berada di lereng bukit kawasan itu secara tiba-tiba tergelongsor. Ketika kejadian, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa lelaki yang berdiri betul-betul di kawasan tanah runtuh itu. Mujur, […]
Deepavali: Sesi Perjumpaan Keluarga Dengan Penghuni Penjara Dibatalkan
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Sesi perjumpaan secara fizikal antara penghuni di institusi penjara dan keluarga sempena sambutan Hari Deepavali dibatalkan, selaras dengan usaha menyekat penularan COVID-19. Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sesi perjumpaan tersebut akan digantikan dengan penggunaan aplikasi Skype dan perkhidmatan telefon prabayar yang disediakan di seluruh […]
India Import Setengah Juta Tan Minyak Masak Malaysia Pada Oktober
NEW DELHI, 13 Nov — India mengimport sejumlah 518,370 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober, hampir 32 peratus lebih banyak daripada jumlah bulan sebelumnya. Import India dari Malaysia merangkumi 511,672 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 6,698 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO). Import minyak makan negara itu pada bulan lepas mencecah lebih daripada 1.22 […]
Lipas Tak Boleh Terbang? Ini Antara Fakta Menarik Mengenai Lipas Yang Mungkin Ramai Belum Tahu
Siapa je yang tak kenal lipas. Mungkin ada yang berani dengan serangga ini, tapi sekali ia buka ‘mod terbang’, hampir semua orang akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sering dikaitkan dengan serangga kotor pastinya membuatkan ramai orang tidak mahu terpalit dengan serangga ini. Apatah lagi dengan keadaan kakinya yang ‘bergerigi’ dan sedikit tajam, pasti menggelupur kalau […]
COVID-19: 65 Daripada 158 Kluster Berkaitan Tempat Kerja – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus daripada 158 kluster aktif COVID-19 adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata sebanyak 5,681 kes positif yang berkaitan kluster tempat kerja ini adalah melibatkan 3,369 atau 59.3 peratus warganegara manakala 2,312 atau 40.7 peratus bukan warganegara. “Ini adalah […]
Cuti Deepavali: Aliran Trafik Lancar, Tiada Kesesakan Luar Biasa
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Tiada kesesakan luar biasa berlaku di kebanyakan lebuh raya dan laluan keluar dari ibu negara sama ada menuju ke utara, timur atau selatan tanah air, sempena cuti umum Hari Deepavali, esok. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata aliran trafik lancar setakat 7.30 malam tadi dan tiada jumlah […]
Indonesia Catat Kes Baharu Harian COVID-19 Tertinggi, Lepasi Angka 5,000
JAKARTA, 13 Nov (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu melepasi angka 5,000, sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini. Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan. […]
Tikam Di Bahagian Leher Dan Perut, Lelaki Mati Dibunuh Ketika Minta Hutang Daripada Rakan
LUMUT, 13 Nov (Bernama) — Seorang peniaga buah-buahan maut ditikam rakan sendiri dipercayai ketika menuntut hutangnya, dalam kejadian di sebuah bengkel kereta di Jalan Kampung Selamat, Sitiawan dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa berumur 42 tahun dikatakan datang ke […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 12 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 12 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 5:10 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 12 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 8:00 malam, 13 November 2020. […]
Sindiket Dadah Tumpas, Polis Tahan Usahawan Kosmetik Dan Rampas Syabu Bernilai RM5 Juta
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan penahanan ketuanya yang juga seorang usahawan kosmetik bersama adiknya dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM5 juta pada Selasa lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata usahawan dari Kelantan dan adiknya yang juga seorang anggota tentera masing-masing berumur 31 […]
Diskaun 15 Peratus Bil Elektrik Antara Saranan Rancakkan Sektor Pelancongan Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 13 Nov — Melanjutkan diskaun bil elektrik sebanyak 15 peratus bagi enam sektor adalah antara saranan kerajaan Pulau Pinang bagi membantu merancakkan kembali ekonomi sektor pelancongannya yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin berkata pihaknya telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan bagi mengetengahkan beberapa cadangan untuk meringankan beban […]