Berita
Kuala Lumpur Dan Putrajaya Kini Berada Dalam Zon Merah – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa W.P Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya kini telah berada dalam zon merah. Menerusi perkongsian yang dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi KKM, W.P Kuala Lumpur sahaja telah merekodkan 243 kes positif COVID-19 sementara W.P Putrajaya pula sebanyak 42 kes. Jumlah kes positif di daerah Kuala Lumpur didahului dengan Lembah Pantai sebanyak […]
Mayat Tanpa Pakaian, Hilang Organ Dalaman Ditemukan Di Bukit Dugang
SEPANG, 12 Nov (Bernama) — Polis menemukan satu mayat tanpa pakaian serta hilang organ dalaman dipercayai telah dimakan haiwan liar, terapung di kawasan lombong di Kampung Orang Asli, Bukit Dugang, Dengkil di sini, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mayat itu ditemui tanpa kad pengenalan diri atau sebarang […]
PKPD: PDRM Kesan 400 Penduduk Medan 88 Tidak Pulang Ke Kediaman – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan kira-kira 400 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, yang tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan itu diumumkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara berkenaan (mengesan […]
TERKINI: 919 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Lebih Rendah Berbanding Kes Sembuh Iaitu 996
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 919 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 919 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 43,791 kes secara keseluruhan. Terkini. 12 Nov. Kes baharu #COVID19 hari ini ialah […]
(Video) Pelumba Basikal ‘Menderita’, Ribuan Duri Kaktus ‘Melekat’ Pada Badan, Dipercayai Akibat Terbabas Rempuh Semak
Seorang penunggang basikal amatur telah dikejarkan ke hospital bagi mengeluarkan ribuan duri yang tercucuk pada badannya selepas terjatuh ke dalam semak yang dipenuhi pokok kaktus dalam satu perlumbaan yang berlangsung di Argentina. Penunggang basikal tersebut, Diego Moreno, yang dilaporkan terlanggar sebuah lubang ketika sedang mengekori rapat satu kumpulan pelumba di kawasan City Park di Buenos […]
(Video) Tular Video Lelaki Ajar Cara Mandikan Bayi, ‘Si Oyen’ Pula Jadi Model
Satu video berkenaan seekor kucing yang menjadi ‘sukarelawan’ untuk demonstrasi cara memandikan bayi telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan ‘si oyen’ yang tampak bersahaja dan tenang semasa lelaki tersebut menjelaskan cara-cara memandikan bayi dengan betul. Video mencuit hati yang berdurasi selama 2 minit dan 16 saat itu telah menjadi tular di media […]
Himpunan Buku Bernilai RM10 Juta Yang Dirompak Ditemui, Dikembalikan Kepada Pemilik Asal
Sebanyak 200 buku bernilai USD 2.5 juta (RM10.3 juta) telah dijumpai ditanam di bawah sebuah rumah di Romania pada September lalu iaitu lebih dari tiga tahun setelah ia dicuri dari sebuah gudang di London, lapor Evening Express. Buku-buku itu yang merangkumi karya-karya Galileo dan Sir Isaac Newton itu dicuri di Feltham, London barat pada Januari […]
Majikan Perlukan Pembantu Rumah Boleh Memohon Melalui My Travel Pass, Tetapi Kelulusan Tertakluk Kepada Jabatan Imigresen- Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pembantu rumah yang terkandas di luar negara boleh memohon untuk masuk ke Malaysia namun perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Imigresen. “Pembantu rumah yang terkandas boleh memohon tapi kebenaran masih tertakluk kepada Jabatan Imigresen. “Yang disebut mempunyai kes-kes kecemasan, seperti ada […]

Taska Awam & Swasta Boleh Beroperasi Semasa PKPB – Rina
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) — Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) awam dan swasta dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun. Bagaimanapun menurutnya pembukaan taska berkenaan perlu mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada PKPB sebelum […]

Anggota Polis IPD Ampang Jaya Maut Motosikal Terbabas
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang lampu di Jalan Taman Cempaka, Ampang di sini malam semalam. Dalam insiden pada 11.10 malam itu, Koperal Tuan Mahmud Tuan Mamat, 38, yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas mengalami kecederaan serius […]

Ibu Muda Antara Ditahan, Tergamak Bawa Bayi Dua Bulan Menagih Dadah
BUKIT MERTAJAM, 12 Nov (Bernama) — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan empat individu, termasuk seorang remaja perempuan dan seorang ibu muda bersama bayinya yang baru berumur dua bulan, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di sini yang dijadikan sebagai tempat menagih dadah, semalam. Pengarahnya Elmariah Chung berkata serbuan pada pukul 3.30 petang itu dilaksanakan hasil […]
Kerajaan Perlu Wujud Dana Kecemasan Hadapi Gelombang COVID-19 – Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan kerajaan mewujudkan dana kecemasan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang COVID-19 pada masa hadapan. Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkata dana kecemasan itu perlu sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan atau gelombang keempat dan seterusnya COVID-19. “Kita baru-baru ini tercungap-cungap bila hadapi ledakan gelombang ketiga […]

Viral Iklan ‘Bos Mau Kahwin Tak Ada Duit, Peralatan Muzik Jual Murah’, Tarik Perhatian Ramai
Sekiranya lelaki sudah sayang kepada pasangannya, mereka sanggup berkorban apa sahaja dan berusaha bersungguh-sungguh asalkan dapat mengumpul wang demi menghalalkan kekasih hati. Pengorbanan itu kadang-kala terpaksa menuntut lelaki untuk membuang rasa malu dan melakukan apa yang termampu seperti usaha seorang lelaki ini yang tular di media sosial. Menerusi perkongsian Sarikei Virals, lelaki berkenaan yang merupakan […]
Penganjuran Anugerah Hiburan Dibenarkan, Bukan Dalam Senarai Aktiviti Larangan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 12 Nov – Penganjuran anugerah hiburan dibenarkan kerana bukan berada dalam senarai negatif (aktiviti larangan). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara tersebut adalah di bawah industri kreatif dan termasuk dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lepas. “Sebab itulah tiada rayuan dibuat oleh penganjur hiburan […]
Urusan Permohonan Kewarganegaraan Tidak Boleh Dibuat Secara Dalam Talian
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Urusan permohonan kewarganegaraan tidak boleh dibuat secara dalam talian walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, selaras dengan ketetapan kaedah kewarganegaraan (Citizenship 1964), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin. Beliau berkata pemohon dikehendaki hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengemukakan permohonan seterusnya menandatangani borang permohonan di hadapan […]
Tindakan Pertikai Kredibiliti Dr Noor Hisham Tidak Masuk Akal – Dr Noor Azmi
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Tindakan pihak tertentu mempertikaikan tanggungjawab dan amanah yang telah dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah tidak bertanggungjawab serta tidak masuk akal, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. Katanya, beliau terkejut apabila terdapat pihak tertentu sama ada orang awam mahupun ahli politik yang mempertikaikan […]
“Patik Mohon Ampun Tuanku,” UMANY Mohon Maaf, Tarik Semula Kenyataan Didakwa Berbaur Hasutan Terhadap Agong
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) telah menarik semula kenyataan didakwa berbaur hasutan terhadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) pada 30 Oktober lalu. Persatuan itu menerusi satu kenyataan berkata, tujuan kenyataan ‘YDPA Should Not Interfere in National Affairs’ yang dipaparkan di halaman Facebook Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris UMANY itu bukanlah […]
Kenali Pasangan Suami Isteri, Saintis Asal Turki Yang Temui Vaksin COVID-19 Dengan 90 Peratus Keberkesanan
Baru-baru ini, media melaporkan bahawa vaksin COVID-19 dengan keberkesanan 90 peratus berjaya dihasilkan. Berita berkenaan pantas mendapat perhatian banyak dan disifatkan sebagai harapan dunia ketika ini. Bagaimanapun, ramai yang tak tahu bahawa pembangunan vaksin yang dikenali sebagai Vaccine. Pfizer and BioNTech itu hasil jasa daripada dua orang saintis yang juga pasangan suami isteri berasal dari […]

Korea Selatan Beri Amaran Kemunculan Virus H5N8, Dikesan Dalam Kawanan Burung Liar
Korea Selatan mengeluarkan amaran penularan virus H5N8 selepas mendapati strain selesema burung tersebut didapati berada di dalam sampel dari burung liar di barat tengah negara itu. Menurut laporan, virus itu dijumpai di dalam sampel yang dikumpulkan dari burung liar minggu lalu di Cheonan-si, Chungcheongnam-do, kira-kira 84km barat daya ibu kota Seoul, kata Kementerian Pertanian dalam […]

Lebih 8,000 Pekerja Kilang Kluster Berendam Jalani Saringan Covid-19
MELAKA, 12 Nov (Bernama) — Lebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam di sini, akan menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh terdekat berikutan terdapat kakitangan mereka dikesan positif wabak itu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata langkah itu diambil kerana berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang sehingga […]