Berita
Bapa Harap Pembunuh Siti Nur Surya Terima Balasan Setimpal
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Bernama) — Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal, kata bapa kepada Allahyarhamah Siti Nur Surya, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam. Ismail Muda, 58, berkata beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan […]
KKM Lebih Bersedia Tangani Gelombang Ketiga COVID-19 – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 2 Nov — Walaupun usaha menangani gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar berbanding gelombang pertama sebelum ini yang bermula Mac lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) kini lebih bersedia dalam menangani wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu, dakwaan yang wabak COVID-19 di Sabah bertambah buruk selain berlaku pelbagai kekurangan […]
Hampir Terjunam, Kereta Api Metro Terlajak Trek ‘Diselamatkan’ Karya Seni Ikan Paus
Sebuah kereta api metro yang hancur pada hujung platform dilaporkan ‘diselamatkan’ oleh sebuah karya seni daripada terjunam ke bawah. Memetik laporan Mirror, kejadian yang berlaku di stesen De Akkers di Spijkenisse, Belanda itu merempuh satu penghadang. Kereta api tersebut akan meluncur kira-kira 10 meter ke bawah jika ia tidak ‘ditangkap’ oleh patung besar yang dinamakan […]
Bukan Punca Kematian, Penggunaan Vaksin Vaxigrip Tetra & SKYCellflu Quadrivalent Boleh Diteruskan Semula – KKM
PUTRAJAYA, 2 Nov – Penggunaan dua produk vaksin influenza, iaitu Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent kini boleh diteruskan kembali, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, penilaian risiko terperinci, laporan keselamatan tempatan dan global, maklumat keselamatan, maklumat daripada pemegang pendaftaran produk yang terlibat serta badan regulatori antarabangsa lain telah […]
Seorang Staf 7-Eleven Di M City Ampang Dilapor Positif COVID-19
Pihak pengurusan 7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan media di laman facebooknya sebentar tadi memaklumkan seorang pekerjanya di cawangan M City Ampang dilapor positif COVID-19 hari ini. ”Pekerja terbabit kali terakhir melaporkan diri untuk bertugas pada 30 Oktober 2020 dan kini menerima rawatan di hospital. ”Semua individu yang berkontak rapat dengan pekerja terbabit telah diarahkan untuk […]
(Video) Kereta Terbang Belanda, Pal-V Liberty Kini Diiktiraf Kenderaan Sah Untuk Jalan Raya Di Eropah
Kereta terbang, Pal-V Liberty buatan Belanda kini diiktiraf sebagai kenderaan yang sah untuk digunakan di atas jalan raya di Eropah. Menurut laporan New Atlas, bagaimanapun penentuan sama ada kenderaan berkenaan akan didaftarkan sebagai sebuah kereta ataupun sebagai sebuah pesawat masih menjadi topik perbincangan bakal pemilik. Pal-V Liberty adalah sebuah kereta terbang dengan konsep 3 tayar, […]
Tak Berperikemanusiaan, Wanita Dilapor Maut Dibelasah Suami Gara-gara Kemalangan Kecil Skuter Elektrik
Bukan sahaja diherdik, seorang wanita maut setelah dipukul oleh suaminya di tengah-tengah kesibukan di sebuah jalan di China, lapor Independent. Video kejadian itu telah tular dan mengundang kemarahan ramai. Menurut media negara itu, kejadian tersebut bermula dengan kemalangan kecil di bandar Shuozhou setelah pasangan suami isteri itu berlanggar dengan kenderaan lain secara tidak sengaja semasa […]
Empat Ditahan Terlibat Kemalangan Maut Anggota Polis
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) — Polis menahan seorang wanita dan tiga lelaki di Kulai serta bandar raya ini, yang dipercayai terlibat dengan kenderaan yang menyebabkan kemalangan pada awal pagi semalam sehingga menyebabkan seorang anggota polis terbunuh. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua rakyat tempatan berumur antara 23 dan 27 tahun […]
Pegawai Bomba Sabah Korban COVID-19, Kehilangan Besar JBPM Negeri – Pengarah
KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) — Pemergian Ketua Cawangan Operasi Kebombaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Sabah Alias Abu, yang meninggal dunia pagi tadi selepas didapati positif COVID-19, merupakan satu kehilangan besar, kata Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah. Menurutnya, Allahyarham Alias, 56, yang difahamkan mempunyai masalah jantung dan asma dan merupakan antara 15 […]
Lelaki Lemas Ketika Memancing Ditemukan Tersangkut Di Paya Bakau
PORT DICKSON, 2 Nov (Bernama) — Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas sejak petang semalam, ditemukan di pantai Kampung Balak, Pasir Panjang dekat sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa, Muhammad Azri Abdullah, 25, ditemukan tersangkut di kawasan pokok bakau oleh penduduk kampung yang […]
Kes Bunuh Remaja Perempuan Di Hulu Terengganu, Rakan Sebaya Arwah Ditahan
KUALA BERANG, 2 Nov (Bernama) — Polis menahan seorang pelajar perempuan tingkatan enam hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubuk Batu, Telemong, petang semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata suspek yang merupakan rakan sebaya arwah, ditahan di Balai Polis Telemong pada […]
“Duduk Di Rumah Dua Minggu Sahaja,” Pesan Dr. Hisham, Minta Semua Fokus Putuskan Jangkitan COVID-19
PUTRAJAYA, 2 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berpesan kepada orang awam untuk terus kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. “Kalau tiada urusan penting di luar, biarlah kita duduk di rumah untuk tempoh dua minggu sahaja. “Kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua […]
TERKINI COVID-19: Lima Lagi Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Termasuk Di Labuan Dan Putrajaya
Menerusi sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat lima kluster baharu dicatatkan pada hari ini iaitu Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau, Kluster Tenaga, Kluster Gedong, Kluster Wisma Saberkas, dan Kluster Seridana. Kluster-kluster baharu itu dikesan di daerah di Sabah, WP Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Wp […]
TERKINI COVID-19: 834 Kes Baharu Dilaporkan, Labuan Catat Peningkatan Hampir 6 Kali Ganda & 900 Kes Sembuh Hari Ini
PUTRAJAYA, 2 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 834 kes positif baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini. Daripada angka tersebut, hanya tiga daripadanya merupakan kes import, manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan. Sabah mencatatkan sebanyak 503 kes, Selangor 129 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan 105 kes, Pulau Pinang 21 kes, WP Kuala Lumpur 2o […]
Wanita Warga Emas Maut Ditetak, Dua Lagi Cedera Diserang Lelaki Bersenjatakan Parang
NILAI, 2 Nov (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut akibat ditetak manakala dua rakannya cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Putra Point, Bandar Baru Nilai, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi semasa warga emas berumur 63 […]
Khas Buat Rakyat Johor Beli Barang Di Shopee Dapat Diskaun Sehingga RM20
Baru-baru ini, kerajaan negeri Johor telah melancarkan Jualan Makmur Johor khususnya kepada warganegara Johor golongan B40 dan M40. Pelancaran ini dilakukan dengan kerjasama syarikat terkenal iaitu Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri serta Ehwal Pengguna Johor. Dengan pengunaan baucer Jualan Makmur Johor tersebut, Shopee menawarkan pembelian barang keperluan minimum RM60 dalam satu resit malah mendapat […]
Demi Sahabat, Wanita Sanggup Berhenti Kerja Jaga Rakan Sakit Buah Pinggang
BATU PAHAT, 2 Nov — Demi persahabatan lebih 20 tahun, seorang wanita sanggup berkorban wang, masa dan tenaganya untuk menjaga sahabat baiknya yang terlantar akibat sakit buah pinggang. Biarpun tanpa pertalian darah, Rozani Abd Kadir, 58, meninggalkan kerjanya sebagai pekerja kilang kira-kira 10 tahun lepas dan sanggup susah dan senang bersama sahabatnya, Sharifah Mohd Yatim, […]

Pelawak Terkenal Korea, Park Ji Sun Ditemui Maut Bersama Ibu Di Kediamannya
Pelawak terkenal dan popular Korea, Park Ji Sun ditemui tidak bernyawa bersama ibunya di rumah mereka yang terletak di Mapo-Gu. Menurut Polis Daerah Mapo, kedua-dua mayat tersebut ditemui di dalam kediaman mereka pada 1.44 tengah hari pada 2 November 2020 lalu. Kejadian tersebut disedari oleh ayahnya kerana dia berasa curiga dengan anaknya yang tidak menjawab […]

TERKINI: PKPD Dilaksana Di Institut Latihan KKM Johor Bahru Bermula Esok
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru bermula esok (3 November 2020) sehingga 16 November 2020. Perkara tersebut diumukan oleh PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam sidang media perkembangan PKPP sebentar tadi. ”Atas nasihat KKM bagi menyekat penularan […]
Kanak-Kanak Berusia 3 tahun Masih Hidup Berjaya Diselamatkan Selepas 65 Jam Gempa Bumi Di Turki
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh berjaya diselamatkan selepas 65 jam di daerah Bayrakli, Wilayah Izmir. Mangsa merupakan antara 106 yang berjaya diselamatkan dari runtuhan tersebut. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dalam ciapan Twitter, Mehmet Gulluoglu iaitu Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki menyatakan anggotanya gembira dapat […]