Berita
“Memang Suka Buat Hal,” Foto Si Oyen ‘Melekat’ Di Bumbung Tarik Perhatian Ramai
Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa kucing adalah haiwan peliharaan yang memiliki sifatnya yang tersendiri. Ada yang nakal, ada yang aktif, manja dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, antara kucing yang selalu mencuri tumpuan sudah pastinya kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali sebagai ‘oyen’ oleh sebilangan warganet. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Seorang Kakitangan Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 27 Okt- Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak susulan terdapat satu kes positif COVID-19 yang telah dikesan melibatkan warga kerja di bahagian kaunter pejabat berkenaan. Menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini, warga kerja berkenaan telah menjalani kuarantin sejak 22 Okt lepas dan telah disahkan positif pada 4.30 petang tadi. […]
Pembangkang Thailand Kelar Lengan Semasa Sesi Khas Parlimen
BANGKOK, 27 Okt – Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara itu, semasa sesi khas Parlimen di sini hari ini. Visarn Techatheerawat adalah Ahli Parlimen Chiang Rai dari Parti Pheu Thai, mengelar lengannya pada akhir sesi perbahasannya untuk memberi penjelasan mengenai ketegangan politik semasa kerajaan itu selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berarak di jalanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini menuntut perubahan politik dilakukan termasuk peletakan jawatan […]
Mayat Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ditemukan Lemas Di Tali Air
BACHOK, 27 Okt – Seorang kanak-kanak Muhammad Danish Aidil Mohd Hasrol, 6, ditemukan lemas di dalam tali air di Taman Bator Harmoni, Seneng, Jelawat, Bachok, pukul 3.20 petang tadi. Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, sebeum itu mangsa dilaporkan sedang bermain bersama dua rakan sebaya berhampiran tali air berkenaan. “Mangsa dipercayai terjatuh ke […]
Covid-19: SK Haji Hasan, Tapah Road Diarah Tutup
IPOH, 27 Okt – Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Changkat Petai, Tapah Road kira-kira 80 kilometer dari sini, diarah tutup selama tujuh hari mulai esok sehingga 3 Nov depan, selepas terdapat kes jangkitan wabak COVID-19 di sekolah berkenaan. Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak […]

LHDN UTC Selangor, PKH Hulu Langat Masih Ditutup
SHAH ALAM, 27 Okt — Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor di Shah Alam dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat masih ditutup hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. LHDN memaklumkan bagi PKH Nilai, Negeri Sembilan pula, waktu operasi pejabat itu dihadkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan […]

Mungkin Ramai Yang Keliru, Ini Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Anda
Semua pastinya sudah sedia maklum bahawa KWSP ini dibahagikan kepada dua akaun. Caruman yang anda dapat setiap bulan daripada majikan akan dibahagikan kepada 70:30. Sebanyak 70% akan disalurkan ke Akaun 1 manakala baki 30% itu akan dimasukkan ke dalam Akaun 2. Mengikut kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja : dimana 11% adalah caruman […]
Ibu Tak Mampu Sediakan Internet, Budak 9 Tahun Ini Gigih Ke Sekolah Yang Ditutup Supaya Dapat Belajar ‘Online’
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun terpaksa pergi ke sekolah ketika sekolah ditutup bagi mendapatkan sambungan internet supaya dia dapat belajar dalam talian, lapor NYPost Sekolahnya di Roswell ditutup dan beralih ke pembelajaran dalam talian, tetapi ibunya, Angel Endecott, tidak dapat membayar bil internet setelah dia kehilangan kedua-dua pekerjaannya. “Ya, saya perlu kembali ke sekolah, dan […]

KKM Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Pada Masa Ini
PUTRAJAYA, 27 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak dapat dielakkan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya. “(Pertama) tidak […]
Sila Duduk Di Rumah Dalam Tempoh 2 Minggu Ini Jika Tiada Keperluan Untuk Keluar – KKM
Sekiranya seluruh rakyat negara ini tidak keluar rumah kecuali bila perlu sahaja selama tempoh dua minggu ini, rantaian Covid-19 dapat diputuskan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter, memohon kerjasama semua rakyat untuk berbuat demikian demi mengawal penularan wabak Covid-19. ”Sila duduk di rumah dalam tempoh dua minggu ini (jika tiada keperluan untuk keluar). […]

Dua Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Di Sabah Dan Labuan Hari Ini – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan dua lagi kluster baharu COVID-19 hari ini, masing-masing satu di Sabah dan Labuan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster ketika ini adalah sebanyak 230. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Lintas di daerah Kota Kinabalu dengan enam kes telah disahkan positif hasil ujian […]

62 Daripada 230 Kluster Covid-19 Adalah Berkaitan Tempat Kerja – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) — Sebanyak 30 peratus atau 62 kluster COVID-19 daripada 230 kluster yang dilaporkan di Malaysia sejak permulaan pandemik itu adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sebanyak 70 peratus pula adalah susulan pengesanan aktif dan kontak dalam kalangan komuniti yang berada di […]
Makanan Percuma Untuk Asnaf, Pelajar Dan Abang-Abang Penghantar Makanan Di Bandar Baru Bangi
Kerajaan telah mengumumkan beberapa buah negeri dilanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat termasuklah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagaimanapun masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Namun, seperti mana yang kita tahu, ramai di antara kita terpaksa ‘survive’ dalam tempoh PKPB ini. Jadi, bagi meringankan beban mereka […]

Semua Anak Kapal MV Dayang Topaz Selamat Tiba Di Pelabuhan Miri
MIRI, 27 Okt- Semua mangsa kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal padi tadi, selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Agensi itu berkata kapal tersebut, yang hampir karam sebelum kapten dan […]

TERKINI: 835 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 830 Adalah Kes Tempatan Dan 2 Kes Kematian
Sebanyak 835 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 setakat Selasa (27 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 9,903 kes dan […]

Doktor Rugi Lebih RM20,000 Ditipu Sindiket Macau Scam
GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) — Seorang doktor sebuah klinik swasta kerugian RM20,168.60 selepas dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai perniagaan, dalam kejadian di Persiaran Bayan Indah, di Bayan Baru, dekat sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 27 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang […]

Anak Kapal MV Dayang Topaz Selamat Tiba Di Pelabuhan Miri
MIRI, 27 Okt (Bernama) — Semua mangsa kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal padi tadi, selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Agensi itu berkata kapal tersebut, yang hampir karam […]
Isu Karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli Utus Surat, Hadiahkan Kitab Biografi Nabi Muhammad Buat Duta Perancis
Berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo, Menteri Hal Ehwal Agama di Malaysia juga tampil dengan langkah tersendiri mendekati duta Perancis di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Frédéric Laplanche bagi menzahirkan pandangannya berkenaan itu tersebut. Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kirimannya berkongsi isi kandungan surat khas buat Duta Perancis di […]
Mayat Lelaki Warga Asing Ditemukan Dalam Longkang
SHAH ALAM, 27 Okt (Bernama) — Mayat seorang lelaki warga asing disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam longkang di Jalan Bestari 2A/KU 7, Sungai Kapar, Klang pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mayat lelaki yang dipercayai berumur lingkungan 50an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sempurna, kira-kira pukul 1.19 […]
SOP PKPB Mengenai ‘Weekend Husband’ Memang Asalnya Dahulu Dibenarkan, Tapi Perlu Dapat Kebenaran Polis -Ismail Sabri
Putrajaya, 27 Oktober – Kerajaan membenarkan pasangan jarak jauh merentas negeri atau daerah memasuki daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas kebenaran pihak polis. Ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, individu yang terlibat hendaklah membuat permohonan kebenaran daripada pihak polis sepertimana yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) PKPB Mei lalu. […]