Berita
Semua Kakitangan, Penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan Negatif Ujian Saringan Kedua COVID-19
KEPALA BATAS, 23 Okt — Semua kakitangan dan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan dekat Pongsu Seribu, di sini, yang telah menjalani ujian saringan kedua COVID-19 dua hari lepas didapati negatif virus itu, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman. Ujian saringan kedua berkenaan dijalankan selepas lapan penghuni pusat jagaan warga […]
Cap Jari Mayat Tidak Sepadan Dengan Nora Anne – Saksi
SEREMBAN, 23 Okt (Bernama) — Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu sampel cap jari Nora Anne Quoirin yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada pihak berkuasa Perancis tidak sepadan dengan cap jari yang diambil daripada mayat yang ditemukan dan juga dalam pangkalan data PDRM. Penolong Pendaftar Penjenayah Malaysia, Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan […]

PM Menghadap Agong Di Istana Abdulaziz
KUANTAN, 23 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz di sini hari ini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang. Turut […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Turun 4 Sen, Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 24 Oktober sehingga 30 Oktober 2020. Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM1.94 seliter. Harga runcit bagi petrol RON95 juga turut […]
COVID-19: JKNK Akan Saring Pemandu Bas, Lori Dari Zon Merah
KOTA BHARU, 23 Okt (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan bekerjasama dengan syarikat pengangkutan bas dan lori di Kelantan, bagi menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pemandu mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata ini merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan. Beliau […]

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemukan Dalam Kotak Di Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR, 23 Okt (Bernama) — Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah gerai makanan berhadapan Maybank Kuala Kangsar di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang peniaga makanan pada kira-kira 9 pagi […]
Ambil Kira Kesihatan Awam, Mandat Baharu Sebelum Adakan PRN Sarawak – Abang Johari
KUCHING, 23 Okt (Bernama) — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan mempertimbangkan antara kesihatan awam dan keperluan untuk mendapatkan mandat baharu sebelum mengadakan pilihan raya negeri. Sebagai pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui kerajaan negeri, beliau berkata pandemik COVID-19 telah menimbulkan situasi yang sukar dan rumit untuk beliau memutuskan mengenai pilihan raya negeri kerana setiap faktor perlu […]
Pekerja Jalan Raya Lukis Garisan Putih Atas Bangkai Posum, Dikritik Warganet
Seorang pekerja jalan raya yang melukis garisan putih di atas posum yang telah mati di atas jalan dikritik kerana ‘tidak menghormati’ haiwan itu, lapor Evening Standard. Gambar yang diambil pada Isnin lalu di jalan Pukekohe, Auckland itu menunjukkan posum tersebut terbaring kaku dan mempunyai garisan putih di atasnya. Seorang wanita yang memuatnaik gambar tersebut di […]
Dua Insiden Pencemaran Sumber Air Diatasi Segera, Elak LRA Dihenti Tugas
SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) — Selangor berjaya mengatasi dua insiden pencemaran sumber air yang dikesan berlaku di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat semalam bagi mengelakkan loji rawatan air (LRA) dihenti tugas. Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli Selangor , Hee Loy Sian berkata dalam insiden pertama, pencemaran bau […]
Warga Bangladesh Dipenjara 5 Bulan Kerana Simpan Barangan Curi
KUALA LUMPUR: 23 Okt, padah menyimpan pelbagai barangan keperluan harian yang merupakan barangan curi berjumlah RM5,000, seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Jahidul Hasan Jundu, 27, selepas dia mengaku bersalah menyimpan pelbagai barangan termasuk empat paket pelitup muka, […]

Elak Kerap Tukar & ‘Log In’ Sosial Media Guna Nombor Telefon Atau Perkara Sebegini Mungkin Berlaku Kepada Anda
Ada segelintir dari kita yang gemar menukar number telefon setelah menggunakannya dalam satu jangka masa tertentu. Namun, sedar atau tidak terdapat bahaya yang menanti apabila nombor telefon yang digunakan terus ditukar tanpa memadam segala data terlebih dahulu. Menerusi perkongsian oleh seorang wanita di Twitter AdibahOj, dia memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak kerap menukar […]

Tiga Jam Operasi, Polis Lumpuhkan Kegiatan Sindiket Dadah
LANGKAWI, 23 Okt – Polis melumpuhkan kegiatan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki warga tempatan bersama heroin dan syabu bernilai RM594,200 dalam operasi selama tiga jam, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata hasil operasi bermula dari pukul 1 tengah hari hingga 4 petang itu, pihaknya menahan suspek pertama berusia 24 […]

Warga Bangladesh Dipenjara Lima Bulan Kerana Simpan Barangan Curi
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Padah menyimpan pelbagai barangan keperluan harian yang merupakan barangan curi berjumlah RM5,000, seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Nurfarahain Roslan menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Jahidul Hasan Jundu, 27, selepas dia mengaku bersalah menyimpan pelbagai barangan termasuk empat paket pelitup muka, 56 botol air minuman, 40 botol gel mandian, lima […]
Sikap Tidak Mudah Mengalah Binder Tarik Minat Petronas Sprinta Racing
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Semangat juang tinggi serta prinsip tidak mengenal putus asa pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder dalam beberapa perlumbaan kategori Moto3 Kejohanan Motosikal Grand Prix (GP) musim ini menjadi faktor utama Petronas Sprinta Racing menawarkan kontrak setahun kepadanya. Prinsipal Petronas Sprinta Racing Datuk Razlan Razali mendedahkan, pengurusan pasukan tertarik dengan sikap pelumba […]
32 Orang Maut Selepas Disuntik Vaksin Influenza, Perdana Menteri Korea Selatan Arah Siasatan Menyeluruh
SEOUL, 23 Okt- Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun pada Jumaat mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian 32 orang selepas menerima suntikan vaksin influenza,lapor Agensi Berita Yonhap. Jumlah korban itu dicatatkan sehingga tengah malam Khamis, tetapi pihak berkuasa kesihatan setakat ini tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin dengan kematian berkenaan. “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga […]
COVID-19: Sabah Terus Diamuk Badai COVID-19, Kes Aktif Lepasi Lapan Ribu
KUALA LUMPUR (Bernama) — Sabah terus menjadi mangsa amukan badai COVID-19 dengan 578 kes atau 68.2 peratus daripada keseluruhan 847 kes baharu positif yang dilaporkan, sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 22 Okt. Daripada 578 kes itu, 155 kes adalah dari Kluster Penjara Kepayan yang pertama kali diumumkan pada 18 Okt dengan 49 kes awal. […]
“Mereka Amat Memerlukan Bantuan,” Dr. Zulkifli Seru Orang Ramai Menyumbang Kepada ‘Frontliners’ Di Sabah
Situasi semasa COVID-19 di Sabah kini semakin membimbangkan dengan ratusan kes dicatatkan pada setiap hari. Keadaan tersebut juga pastinya turut memberi kesan kepada petugas barisan hadapan di negeri itu yang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 selain kekurangan alatan keperluan. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]
Penternak Kerugian, 11,000 Anak Ayam Rentung Selepas Reban Terbakar Di Sitiawan
LUMUT, 23 Okt (Bernama) — Seorang penternak ayam mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran di sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan di sini, awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.35 pagi, sebelum 34 anggota bersama dua jentera dan […]

PGA9 Rampas Pelbagai Pakaian Wanita, Beg, Selipar Bernilai Lebih RM200,000
OTA BHARU, 23 Okt- Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) telah merampas pelbagai pakaian wanita, selipar, kasut serta beg berjenama yang dianggarkan bernilai RM205,380, disyaki diseludup masuk ke negara ini dari Thailand. Supt Nor Azizan Yusof, Pegawai Pemrintah PGA9 berkata kesemua barangan itu dirampas dalam tiga serbuan melalui Op Benteng di Lubok Gong di Rantau […]
Setelah Tiga Minggu Ditutup, Taman Negara Pahang Dibuka Semula Hari Ini
Taman Negara Pahang akan dibuka semula kepada pelawat bermula hari ini (23 Oktober). Notis pembukaan itu telah dimaklumkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Facebook semalam. Pada 6 Oktober lalu, PERHILITAN telah menutup kesemua fasiliti awam di bawahnya termasuk di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau bagi mencegah penularan COVID-19. […]