Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ada segelintir dari kita yang gemar menukar number telefon setelah menggunakannya dalam satu jangka masa tertentu. Namun, sedar atau tidak terdapat bahaya yang menanti apabila nombor telefon yang digunakan terus ditukar tanpa memadam segala data terlebih dahulu.
Menerusi perkongsian oleh seorang wanita di Twitter AdibahOj, dia memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak kerap menukar nombor telefon mereka berdasarkan kejadian yang menimpa seorang rakannya.
Jelas Adibah, rakannya yang membeli nombor telefon baharu dapat mengakses data peribadi pengguna sebelum itu termasuk gambar. Ianya kemungkinan disebabkan sebilangan individu yang gemar menggunakan nombor telefon untuk mendaftar masuk ke dalam aplikasi.
So jangan lah kerap-kerap tukar nombor sebabnya korang punya nombor lama tu kadang-kadang ada backup cloud dekat telegram or other apps.
So when new person beli your number dia akan dapat your data.. Termasuk gambar korang. Kalau ada gambar private kat telegram lagi bahaya! Ni kawan i share apa dia kena.


Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman apabila membeli number telefon baru. Mereka dapat mengakses aplikasi yang tidak dipadam oleh pengguna sebelum ini seperti Whatsapp, Telegram dan Facebook.
Malah, akaun Shoppe, Lazada, TouchNGo dan sebegainya juga boleh diakses oleh pemilik baru. Lebih mengejutkan, ada yang boleh mengetahui baki akaun di dalam bank pengguna sebelum ini atas kecuaian mereka yang tidak mengemaskini number telefon kepada pihak bank. Nampak remeh, tetapi sangat membahayakan!






Sumber: Twitter @AdibahOj