Berita
Jaya Grocer KLIA2 Ditutup Sementara, 2 Pengawal Keselamatan Positif COVID-19
SEPANG, 21 Okt – Pasaraya Jaya Grocer cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini mengesahkan dua pengawal keselamatannya diuji positif COVID-19. Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan memaklumkan, pasaraya berkenaan ditutup mulai semalam sehingga satu notis baharu dikeluarkan kelak dan semua staf menjalani saringan swab. “(Bagaimanapun) semua pengawal keselamatan (outsourced) kami di cawangan […]
(Video) Letupan Bangunan Gegar Karachi Di Pakistan, Sekurang-kurangnya 3 Maut Dilaporkan Setakat Ini
Sekurang-kurangnya tiga orang telah dilaporkan terkorban dan 15 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di Maskan Chowrangi di kawasan Gulshan-i- Iqbal Karachi pada hari ini, lapor Times Of India. Semua mayat dan mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital Patel. Polis Mubina Town mengatakan punca letupan masih belum dapat dikenalpasti namun menjelaskan ia […]

“Susah Sangat Kita Jela Kahwin,” Mula-mula Bergurau Ajak Kahwin, Akhirnya Pasangan Ini Ke Jinjang Pelamin
Jodoh tidak mengenal siapa. Andai seseorang itu sudah ditentukan oleh Allah untuk kita, pasti akan bersatu juga walau kadang-kala ia hadir dengan cara yang tidak dijangka. Seperti perkongsian oleh seorang gadis yang tular di Twitter dan mendapat perhatian ribuan warganet. Nampaknya ramai yang tersenyum sendiri dengan kisah cinta pasangan ini. Manakan tidak, siapa sangka hanya […]

Cikgu Kreatif, Gigih Buat ‘Kolam Renang’ Guna Plastik Untuk Murid-Murid Di Pedalaman
Pelbagai cabaran terpaksa digalas oleh para guru dalam mendidik modal insan yang cemerlang. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam menyampaikan ilmu terutamanya apabila berdepan dengan murid-murid di bangku sekolah rendah. Cabaran itu ditambah pula sekiranya murid berada di kawasan pedalaman di mana guru berdepan kekangan dalam pembelajaran dari segi fasiliti dan peralatan. Jadi, mahu atau tidak, […]

PKPB: Lapan Warga Asing Didenda RM800, Berhimpun Di Pub Tanpa Penjarakan Fizikal
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal di sebuah pub semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapan warga asing masing-masing dijatuhi hukuman denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu terhadap Rajiv Ahuja, Al Mutawakel Zaid Yahya Zaid, Larbi Belbaraka, Hayat Iskandar, […]

Warga Emas Cedera Diserang Lebah Di Ladang Teh
LENGGONG, 21 Okt (Bernama) — Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di sini, pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata mangsa Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di beberapa bahagian muka akibat dihurungi kumpulan lebah berkenaan. “Kami menerima panggilan mengenai kejadian […]
(Video) Kes Menteri Didakwa Ingkar Kuarantin, Polis Sahkan Terima Arahan ‘Tiada Tindakan Lanjut’ Dari Jabatan Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan perkembangan siasatan terhadap seorang menteri yang didakwa melanggar perintah kuarantin sebelum ini. Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat peguam negara dan arahan untuk kes tersebut adalah ‘No Further […]

“Dah Tawan Lebih 30 Gunung Termasuk 7 Gunung Paling Tinggi Di Malaysia,” Ini Kisah ‘Jibek’ Peminat Sukan Lasak
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pada awalnya, niat Azhan Dziaruddin, 39, membawa kucing kesayangannya Jibek yang berbaka kacukan Maine Coon dan domestik mendaki gunung disebabkan ketiadaan orang untuk menjaga “anak bulusnya” itu sewaktu peninggalannya. Namun siapa sangka, Jibek, nama yang terhasil gara-gara kegemaran haiwan itu menjilat beg, kini menjadi “buddy” atau peneman setia Azhan yang merupakan penggiat sukan lasak […]

APMM Tahan Empat Lelaki Termasuk Tekong Warga Indonesia
ALOR GAJAH, 21 Okt — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan empat lelaki termasuk seorang tekong warga Indonesia ketika cuba memasuki negara ini secara haram di perairan Tanjung Sepat, Selangor pada pukul 9.55 malam semalam dalam Op Benteng. Pengarahnya Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan […]

Penganggur Didakwa Bunuh Seorang Lelaki
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai runcit, 8 Okt lalu. V.Yuvandran, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. […]

Hanya 30% Di Pejabat, Bekerja Dari Rumah Mulai Esok Hingga Tamat PKPB – KPPA
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Semua ketua jabatan perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah perlu memastikan kehadiran pegawai ke pejabat hanya pada kadar maksimum 30 peratus bagi memastikan perkhidmatan asas berterusan, mulai esok sehingga tamat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata arahan kehadiran bertugas itu adalah terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan […]
Polis Nafi Jalan Masuk Ke Petaling Jaya Ditutup
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Polis menafikan laluan keluar dan masuk ke Petaling Jaya, Selangor di beberapa lokasi ditutup kepada lalu lintas seperti yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata polis hanya melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di tiga lokasi di daerah berkenaan […]
Covid-19: 28 Sekolah Agama Rakyat Dan Tadika Islam Di Perak Ditutup
IPOH, 21 Okt (Bernama) — Sebanyak 28 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Islam di Perak ditutup mulai 14 hingga 25 Okt akibat jangkitan COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan berkata jumlah itu membabitkan 21 SAR dan tujuh tadika […]

ESKL Tangguh Perkenal E-Sukan Di Sekolah Menengah Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Usaha Persatuan Sukan Elektronik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (ESKL) dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) memperkenalkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai kokurikulum di semua sekolah menengah di Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke tahun depan. Ini susulan perbincangan di antara ESKL dan MSWP bersama Jabatan Pendidikan Wilayah dalam menentukan silibus e-sukan di sekolah […]
Bekas Setiausaha Koperasi Didakwa Salah Guna Kuasa Untuk Projek RM 360,250
SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) — Seorang bekas setiausaha syarikat koperasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan tiga projek bernilai keseluruhan RM360,250, lima tahun lepas. Tertuduh, M. Santhi, 55, membuat pengakuan berkenaan setelah semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. Mengikut pertuduhan pertama hingga […]
MITI Benarkan Maksimum 10 Peratus Pekerja Berada Di Pejabat, Dihadkan Dari 10 Pagi – 2 Petang & 3 Hari Seminggu
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan mengenai sektor ekonomi disaran untuk mempertingkatkan amalan bekerja dari rumah bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan. Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Bernama TV, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memandang serius gesaan KKM yang menasihati orang ramai untuk terus berada di rumah supaya dapat […]
Penagih Tinggal Motosikal, Pura-Pura Cari Telefon Ditahan AADK Manjung
LUMUT, 21 Okt (Bernama) — Taktik seorang lelaki yang berpura-pura mencari telefon bimbitnya ketika Op Perdana di sebuah ladang kelapa sawit di Pantai Remis di sini, semalam tidak menjadi setelah ditahan bersama 48 individu oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ketua Pegawai AADK Manjung Asnida Ahmad berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi semalam, lelaki berumur 42 […]
Operasi Hospital Medan Malaysia Di Cox’s Bazar Ditamatkan, Fokus Khidmat Bantu Negara Tangani COVID-19
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di kem pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh sejak November 2017 lalu sudah ditamatkan operasi. Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan berkata, ia berikutan mahu menfokuskan bantuan untuk negara dalam menghadapi wabak COVID-19 kini. “Kepulangan petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke tanah air membolehkan pengoperasian penuh […]

Agong Berkenan Terima Menghadap Perdana Menteri Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi. “Mesyuarat Pra-Kabinet adalah […]

Ilham Masjid Nabawi Ceriakan Surau Pos Balar
Wartawan Bernama, Shanika Abdullatib baru-baru ini menyertai misi Team X4 Adventures ke Perkampungan Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan. Ikuti kisah bakti masyarakat mereka membaik pulih Surai Pos Balar di perkampungan tersebut. GUA MUSANG (Bernama) — Perjalanan melalui laluan balak sejauh 60 kilometer sememangnya mencabar, ditambah beberapa adegan ‘drama’ kenderaan pacuan empat roda yang tersangkut […]