Berita

TERKINI: 701 Pesakit Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Tertinggi Pernah Dilaporkan
Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari. Terima kasih petugas-petugas kesihatan. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes. Berita gembira ini dikongsikan menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar […]

TERKINI: 871 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Antara Paling Tinggi Pernah Dicatatkan
Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan […]
TERKINI: PKPD Penjara Alor Setar Dilanjutkan 14 Hari Lagi Sehingga 1 November 2020
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Penjara Alor Setar, Kedah yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 1 Nov. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan kes baharu yang masih direkodkan di penjara berkenaan, selain mengambil kira permohonan Majlis Keselamatan Negara negeri Kedah dan nasihat Kementerian […]

Covid-19: Kadar Nilai ‘R-naught’ Dari 2.2 Turun Kepada 1.5 Selepas 4 Minggu Gelombang Ketiga
Menerusi sidang Khas Perkembangan Terkini Nilai R, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) sewaktu permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept adalah 2.2, turun kepada 1.5 selepas empat minggu. Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini […]

Seorang Pegawai Penjara Seberang Perai Positif Covid-19
GEORGE TOWN, 18 Okt (Bernama) — Seorang pegawai penjara di Penjara Seberang Perai, di Jawi dekat sini disahkan positif COVID-19 semalam, kata Pengarah Penjara Pulau Pinang Roslan Mohamed. Tanpa mendedahkan umur dan jantina, Roslan berkata, pegawai itu merupakan antara 26 orang daripada Kluster Penjara Jawi yang ujian saringan COVID-19 disahkan positif semalam, dan beliau kini […]

20 Ekor Lembu Seludup Dan Lori, Bernilai RM230,000 Dirampas PGA9 Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 18 Okt- Sebanyak 20 ekor lembu yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran, dirampas sepasukan anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) di Kampung Kubang Kual dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, awal pagi semalam. Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata, rampasan dilakukan anggota ‘Strike Force’ PGA, yang membuat rondaan sempena Op […]

COVID-19: KKM Akan Mengadakan Sidang Khas Mengenai Penjelasan Nilai Rt Terkini Jam 5 Petang Ini
Susulan dengan peningkatan angka kes COVID-19 yang semakin hari semakin membimbangkan rakyat Malaysia. Dalam laman Muka Buku KKM memaklumkan akan mengadakan sidang media khas mengenai penjelasan nilai Rt terkini pada jam 5.00 petang ini. Manakala sidang media mengenai status terkini COVID-19 di Malaysia pula dijangka akan bersiaran langsung pada jam 5.30 petang yang akan disampaikan […]
Dua Penjara Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Pelitup Muka
GEORGE TOWN, 18 Okt – Dua penjara di Pulau Pinang yang kini berdepan pandemik COVID-19 memerlukan sumbangan pelitup muka bagi menampung keperluan mereka dengan penggunaan harian sekitar 4,500 keping, kata Pengarah Penjara Pulau Pinang Roslan Mohamed. Beliau berkata masalah itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara dan pihaknya sedang menunggu bekalan untuk disalurkan […]

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai Pagi Tadi
IPOH, 18 Okt (Bernama) — Dua maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai kira-kira 90 kilometer dari sini, pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, kedua-duanya beralamat di Rumah Awam […]

Air Laut Pasang Besar Di Selangor Rekod Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Tahun
SHAH ALAM, 18 Okt (Bernama) — Fenomena air laut pasang besar di Selangor setakat hari ini direkodkan tertinggi sejak 20 tahun lepas, apabila mencatat bacaan ketinggian paras air laut 5.8 meter, pada 6.50 pagi tadi. Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata fenomena lazim berlaku setiap tahun melanda lima daerah di […]

Polis Sahkan Objek Ditemukan Di Ayer Molek Bukan Bom
MELAKA, 18 Okt (Bernama) — Polis mengesahkan bahawa objek yang ditemukan di tanah lapang yang baru dibersihkan di Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek di sini, malam tadi, bukan bom seperti yang tular dan dilaporkan penduduk di situ. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) mendapati objek tersebut adalah mampatan simen dan besi […]

Tragedi Pilu, Bayi Berusia 20 Hari Maut Dipercayai Tersedak Susu
Satu insiden menyayat hati menimpa seorang bayi perempuan berusia 20 hari apabila dia maut dipercayai akibat tersedak susu. Kejadian tersebut dialporkan berlaku di rumah sewa bapa angkat bayi berkenaan di Forest City, Tanjung Kupang, semalam seperti memetik laporan Sinar Harian. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian […]

Hajiji, Isteri Pulih Covid-19, Dibenarkan Keluar Wad
KOTA KINABALU, 18 Okt (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, pada jam 10.30 pagi tadi. Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Juliah Salag. Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Sabah berkata, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya […]
Polis Johor Akan Gempur Pusat Fahaman Hizbut Tahrir
JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) — Polis Johor akan menggempur pusat-pusat kumpulan fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di negeri ini, dalam masa terdekat. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, justeru itu pihaknya akan berkolaborasi secara rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi tujuan itu. Katanya, pihaknya juga telah mengenal pasti 45 […]

Ucapan Dari Plaza Sungei Wang Buat ‘Shopping Mall’ Yang Ada Kes Covid-19 Jadi Perhatian Ramai
Tular beberapa hari lepas tentang perkongsian daripada salah satu pusat membeli belah terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Plaza Sungei Wang tarik perhatian ramai. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di negara kita, terutamanya beberapa minggu lepas banyak kes positif berlaku di pusat membeli belah di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor. Bukan […]

CPRC Sedia Data, Laporan Harian Covid-19 Dalam Tempoh 4 Jam Setiap Hari
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Menyediakan laporan harian dan maklumat terkini COVID-19 dalam masa kurang daripada empat jam setiap hari, adalah tempoh kritikal bagi pasukan data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC). Berkongsi cabaran aktiviti dan proses pengumpulan data COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta […]

Pihak Pengurusan SOGO KL Sahkan Seorang Staf Penyewa Mereka Positif Covid-19
Seorang kakitangan penyewa di pusat beli-belah di SOGO Kuala Lumpur didapati positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SOGO Malaysia semalam. ”Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di […]

Jumlah Mangsa Banjir Di Jasin Kekal 69 Orang
MELAKA, 18 Okt- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Jasin, dekat sini, kekal 69 orang daripada 19 keluarga setakat 8 pagi ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Lubuk Kasau, Hulu Duyung, Jasin Bestari, Bemban, Kampung Tehel, Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong. […]

Lembah Klang Merangkumi 20.3% Daripada Jumlah Keseluruhan Kes Covid-19, 5 Kawasan Ditanda Zon Merah
Dalam satu infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia mendpati, Lembah Klang merangkumi 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19. Ini termasuk Selangor yang mencatat 159 kes, manakala Kuala Lumpur mencatat 15 kes dan Putrajaya 2 kes. Lembah Klang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan kecuali kebenaran KKM […]

Bantah Perintah Darurat, Ribuan Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Bangkok
BANGKOK, 17 Okt (Bernama) — Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di Bangkok hari ini bagi membantah pengisytiharan perintah darurat. Meskipun kebanyakan perkhidmatan Transit Aliran Metropolitan (MRT) dan Skitren Sistem Transit Massa Bangkok (Skitren BTS) telah dihentikan seketika beberapa jam sebelum itu, beribu-ribu orang tetap hadir untuk menyertai tunjuk perasaan hari ini. Para penunjuk perasaan […]