Berita
Dukacita Dimaklumkan, 4 Lagi Kematian Akibat COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 14 Okt – Dukacita dimaklumkan bahawa empat lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian terkini meningkat ke 167 kes, bersamaan 0.96 peratus. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat kes kematian tersebut berlaku di Sabah. Kes kematian ke-164 (kes […]
TERKINI COVID-19: 660 Kes Baharu Dikesan Hari Ini Termasuk 654 Kes Tempatan
PUTRAJAYA, 14 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import. Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan […]
SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Kini Selaras Seluruh Selangor – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 14 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di mukim Klang, Selangor sebelum ini terbatal. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, SOP tersebut kini sudah diselaraskan dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor. SOP PKPB Mukim Klang sebelum ini batal selaras PKPB di Selangor, […]
Dr. Zul Hadiahkan Buku ‘Inilah Doaku’ Untuk Warga HTJ, Doakan Semua Dimurahkan Rezeki
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau telah pulih sepenuhnya dari jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari Hospital Tuanku Ja’far pada petang ini. Menerusi ciapan terbaru di Twitter miliknya, Dr. Zulkifli menitipkan penghargaan serta buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang telah menguruskan beliau […]
Orang Ramai Diminta Bertenang, Jangan Buat Pembelian Panik – KPDNHEP
PUTRAJAYA, 14 Okt – Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sejak tengah malam tadi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bekalan barang terutamanya makanan dan barang keperluan masih dijamin mencukupi pada harga yang stabil […]
Dr. Zulkifli Telah Disahkan Sembuh Sepenuhnya Dari Covid-19 & Dibenarkan Discaj Dari Wad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Berita itu disampaikan beliau sendiri menerusi akaun media sosial miliknya sebentar tadi. “Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19. “Segala puji bagi Allah […]
Abang Polis Tolong Hantar Lelaki Ini Pergi ‘Exam’ Walau Dah Habis Waktu Bertugas Raih Pujian Netizen
Satu perkongsian di Twitter berkenaan seorang anggota polis trafik menghantar sepupu pengguna Twitter bernama @aimadazfar pergi exam telah menjadi tular. Menurutnya, satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori membawa muatan tanah telah berlaku. Susulan daripada itu, jalan telah terhalang. Seorang anggota polis yang baik hati telah menghantar sepupunya untuk menjawab peperiksaan yang dijadualkan berlangsung pada pukul […]
Econsave Nafi Pesakit COVID-19 Hadir Ke Premis Taman Scientex
JOHOR BAHRU, 14 Okt — Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) hari ini menafikan bahawa ada pesakit positif COVID-19 datang ke cawangannya di Econsave Taman Scientex seperti yang tular dalam media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas. Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak mudah mempercayai dengan mesej palsu […]
Curi Lembu: Enam Lelaki Termasuk Ketua Kampung Direman
TAMPIN, 14 Okt – Enam lelaki termasuk seorang ketua kampung direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes kecurian lembu di Kampung Sungai Dua, Gemencheh di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin DSP Ahmad Pilus Zainal berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun itu ditahan Isnin lepas selepas polis menerima aduan daripada seorang lelaki pada hari yang sama. “Pengadu yang merupakan penternak lembu memaklumkan telah terlihat sebuah kenderaan […]
Tengku Razaleigh Dipanggil Menghadap Agong Untuk Beri Pandangan -Setiausaha Politik
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat. Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan […]
Rasuah: Bekas Setiausaha Politik Bekas Menteri Didakwa Esok
PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) — Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian. Lelaki dalam 40-an itu dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian dan menerima suapan daripada beberapa individu, menerusi beberapa transaksi. Sumber Suruhanjaya Pencegahan […]
JPJ ‘Ajar’ Orang Awam 12 Langkah Memotong Kenderaan Di Jalan Raya Dengan Selamat
Pernah tak alami bila mana korang terpaksa memetong kenderaan di hadapan kerana mereka memandu terlalu perlahan atau secara berbahaya? Ya, mesti pernah kan. Kita juga perlu memotong jika sesebuah kenderaan ingin menukar laluan. Tetapi, jika cara memotong salah atau secara dalam bahaya, mungkin kita akan jadi penyebab kemalangan berlaku. Korang tahu tak, memotong kenderaan di […]
Gambar Harimau Peluk Pokok Bawa Tuah, Menang Anugerah Fotografi Hidupan Liar 2020
Aksi seekor harimau betina Amur yang sedang memeluk pokok membawa tuah bagi jurugambar Rusia, Sergey Gorshkov yang menjadi pemenang anugerah Wildlife Photographer of the Year tahun ini. Kemenangan itu adalah hasil 11 bulan usaha Sergey menggunakan kamera tersembunyi untuk merakamkan gambar spesies tersebut yang hanya boleh ditemui di timur Rusia. “Ia adalah pemandangan yang berbeza […]
Susulan PKPB Lembah Klang, Berlaku Peningkatan Kenderaan Di 3 Pintu Masuk Kelantan Semalam – KP Kelantan
KOTA BHARU, 14 Okt- Susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 12 Oktober lalu di Lembah Klang, Negeri Kelantan telah mencatatkan peningkatan angka kenderaan di tiga pintu masuk,susulan Peningkatan trafik tersebut membabitkan pintu masuk di Jeli, Gua Musang dan Pasir Putih menurut laporan yang diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien […]
(Video) Kes Bunuh Bayi: Enggan Beri Kerjasama, Polis Terpaksa Angkat Suspek Bawa Masuk Dalam Mahkamah
BACHOK, 14 Okt — Suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Bachok, di sini hari ini, ‘menyaksikan’ seorang lelaki yang dipercayai suspek kes bunuh bayi berumur lapan bulan, terpaksa diangkat beberapa anggota polis apabila lelaki itu enggan memberi kerjasama bagi prosedur perintah tahanan reman terhadapnya. Lelaki berusia 40 tahun itu, dilihat enggan turun dari kenderaan polis yang membawanya […]
PKPB: Perkhidmatan Rel, Bas Kendalian Prasarana Masih Beroperasi Seperti Biasa
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Semua perkhidmatan rangkaian rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai hari ini sehingga 27 Okt. Tinjauan mendapati perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang, MRT laluan Kajang dan laluan monorel serta […]

Penunjuk Perasaan Berhimpun Di Bangkok Cetus Kebimbangan Berlaku Konfrontasi
BANGKOK, 14 Okt – Penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Monumen Demokrasi di Bangkok sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku konfrontasi dengan kumpulan penyokong kerajaan, lapor agensi berita Thailand (TNA). Kumpulan Khana Ratsadon, yang disertai rakyat dan mahasiswa prodemokrasi berkumpul untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran pada Rabu sempena ulang tahun ke-47 pemberontakan 1973. Mereka menuntut Perdana […]

PKPB: Rentas Daerah Perlu Kebenaran Pihak Polis, Poster PKPB Yang Lepas Tidak Terpakai
Hari ini merupakan hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada 12 Oktober lalu. Namun, masih ramai yang kongsi berita tidak sahih kepada orang ramai sehinggakan membuatkan ramai yang keliru dengan peraturan PKPB ini. […]

Sesi Guan Eng, Mat Sabu Menghadap Agong Ditangguh
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Sesi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohammad Sabu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang masing-masing dijadual pada hari ini dan Rabu depan, ditangguhkan. Dalam kenyataan kedua-dua pemimpin itu hari ini, mereka memberitahu mendapat makluman penangguhan tersebut daripada […]

(Video) Lelaki Selamba Suap Sekumpulan Buaya Besar Makan Secara Bergilir-gilir
Siapa yang tidak takut dengan reptilia berdarah sejuk yang ganas ini. Dikenali sebagai salah satu haiwan pembunuh yang kuat, kelibat sang buaya pastinya membuatkan kebanyakan orang berasa gerun untuk mendekati sesuatu tempat. Namun berbeza dengan seorang lelaki yang berani mendekati kumpulan haiwan ini di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti. Berdasarkan video dikongsikan LADbible, kelihatan lelaki […]