Berita
TERKINI: 374 Kes Baharu COVID-19 Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan. Terkini #COVID19Malaysia 10 Okt 2020 Kes sembuh=73Jumlah kes sembuh= […]
KLIA Antara 10 Lapangan Terbang Terkemuka Dunia – Tinjauan global
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersenarai antara 10 lapangan terbang terkemuka di dunia, demikian menurut hasil tinjauan global terbaharu Airport Service Quality (ASQ) yang menjadi penanda aras bagi segmen berkenaan. Malah, KLIA telah melonjak ke kedudukan ke-9 bagi separuh pertama 2020 berbanding tempat ke-17 pada tahun lepas bagi lapangan terbang yang mempunyai kapasiti serupa meskipun […]
Polis Tangkap Semula Empat Tahanan Lari, Kesan Baki Tiga Lagi
TAWAU, 10 Okt — Polis berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata tiga daripada mereka ditahan semalam, manakala seorang lagi pada 8.15 pagi tadi. “Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini, […]
Pusat Beli Belah 1 Utama Di PJ Akan Ditutup Seminggu Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pusat membeli-belah 1 Utama akan ditutup selama tujuh hari bermula 12 Oktober. “Hari ini sidang khas MKN juga mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan telah bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama ini selama tujuh hari bermula 12 Oktober […]
PKPD Akan Dilaksana Di Asrama Pekerja Kelab Golf Tropicana Di Petaling Jaya Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya. “Setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, sidang khas yang bersidang hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya […]
Rezeki Peralihan Monsun, Siput Kabung Terdampar Di Pantai Chenang
LANGKAWI, 10 Okt — Ribut serta ombak kuat sejak dua hari lalu berikutan fasa peralihan monsun membawa limpahan rezeki kepada penduduk sekitar pulau ini apabila pelbagai jenis kerang-kerangan seperti siput kabung dan siput paha ayam ditemukan terdampar di Pantai Chenang. Suasanan di pantai itu bagaikan pesta apabila puluhan penduduk datang bersama-sama ahli keluarga masing-masing membawa bakul, baldi […]
Aktiviti Sukan Di Zon Kuning Dan Hijau Masih Dibenarkan Dengan Mematuhi SOP – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa di zon merah kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPD semua bentuk aktiviti sukan adalah tidak dibenarkan. Menurutnya, larangan yang pernah dikeluarkan pada sebelum ini masih diguna pakai oleh kawasan yang diisytiharkan PKPB dan PKPD. Beliau turut mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan zon […]

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Lori Selepas Dipercayai Jatuh Basikal
KLUANG, 10 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2, Simpang Renggam dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada kira-kira 4 petang dan mangsa, Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone […]
Antara Kontak Rapat Dan HSO, Ini Penjelasan KKM Yang Anda Perlu Tahu
Pandemik COVID-19 di negara ini telah memasuki gelombang ketiga dengan peningkatan jumlah kes sehingga tiga angka. Dalam pada itu, anda juga pasti setiap hari mendengar mengenai kontak rapat dan perintah Home Surveillance Order (HSO). Mungkin masih ramai yang keliru dan tidak tahu mengenai kedua-dua perkara tersebut. Disebabkan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kenyataan Akhbar […]
(Video)”Super Save,” Warganet Puji Hafizh Syahrin Berjaya Kawal Jentera Daripada Terbabas Dengan Penuh ’Skill’
Hujung minggu ini peminat sukan permotoran akan disajikan dengan perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Bugatti Circuit, Perancis, menurut portal Auto Sport. Biar pun acara utama pada tahun ini dijadualkan bermula awal sejam pada Ahad akan dijadualkan berlangsung sejam awal daripada waktu biasa pada Ahad ini, namun setiap pasukan serta pelumba telah pun selesai melakukan […]
Hampir Setengah Juta Rakyat Malaysia Alami Simptom Depresi – Kajian
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019. Penaung Befrienders Kuala Lumpur Tan Sri Lee Lam Thye berkata kajian NHSM 2019 itu juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental. “Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia […]
Tujuh Lagi Positif COVID-19 Kluster Penjara Reman Adalah Banduan
GEORGE TOWN, 10 Okt — Tujuh lagi individu positif COVID-19 yang disahkan semalam membabitkan Kluster Penjara Reman di Penjara Reman Pulau Pinang adalah banduan yang tinggal di dalam sel sama dengan lapan orang yang turut positif sebelum ini. Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau […]
Empat Orang Dilaporkan Maut, Letupan Tangki Bahan Bakar ‘Gegarkan’ Beirut
Sebuah tangki bahan bakar dilaporkan telah meletup di sebuah daerah di Beirut, Lubnan sehingga membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 20 orang, lapor BBC. Letupan itu berlaku selepas tangki terbakar di daerah Tariq-al-Jdide. Rakaman TV menunjukkan api menjulang tinggi meliputi bangunan di situ. Punca kebakaran itu masih lagi tidak diketahui dan usaha menyelamat sedang dijalankan. […]
Polis KK Jejaki Lelaki Positif COVID-19 Larikan Diri Dari Klinik
KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) — Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 yang melarikan diri dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok itu melarikan diri selepas diminta menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis […]
Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Rembau
SEREMBAN, 10 Okt (Bernama) — Seorang maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris dan sebuah lori jenis Isuzu di kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian pada pukul […]
“Dia Asyik Duk Kecil-kecilkan Mata,” Doktor Kongsi Kisah Budak 2 Tahun Rosak Mata Akibat Hadap ’Handphone’ Terlalu Lama
Tak dapat dinafikan bahawa teknologi dan gajet-gajet pada masa kini memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna. Pun begitu, ia terkadang memberikan kesan yang tidak baik jika digunakan secara tidak terkawal terutama kepada kanak-kanak. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari, penggunaan telefon pintar dalam jangka waktu yang lama sememangnya boleh memberi kesan kepada mata kanak-kanak. […]
Solat Jemaah, Aktiviti Di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang Ditangguh – JAIS
SHAH ALAM, 9 Okt (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam sehingga diberitahu kelak. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu susulan seorang jemaah yang hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat […]
Waspada E-mel, Mesej Tuntut Hadiah Berupa Wang Tunai-MCMC
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej untuk menuntut hadiah berupa wang tunai yang kembali tular dalam laman sosial. Menurut MCMC, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah […]
Bayi Dilapor Maut Ditinggalkan Dalam Kereta Oleh Ibunya Dipercayai Sedang ‘Berseronok’ Dalam Bilik
Seorang ibu dilaporkan sanggup meninggalkan bayinya di dalam kereta hingga menyebabkan kematian. Memetik laporan Metro.co.uk, wanita itu dikatakan berada dalam pengaruh dadah sebelum memasuki rumah dan meninggalkan anaknya di dalam kereta dalam tempoh yang lama. Ibu berusia 30 tahun itu disyaki telah melakukan ‘sesuatu’ di dalam biliknya sebelum teringat akan bayinya yang berada di dalam […]
‘Spider-woman’ Cuba Bunuh Diri, Panjat Sel Penjara Dan Ingin Terjun Selepas Tertekan Dirinya Ditangkap Polis
Seorang tahanan wanita yang ditahan atas kesalahan memiliki senjata tanpa permit sah bertindak menjadi ‘spider-woman’ dengan memanjat sel penjara setinggi 3 meter untuk membunuh diri, lapor portal Asia One. Sebuah foto yang memaparkan tindakan wanita berusia 37 tahun itu telah menjadi tular di internet semalam kerana posturnya mengingatkan netizen berkenaan satu watak adiwira buku komik […]