Berita

Secara Purata, Perokok Mati 10 Tahun Lebih Awal Dari Bukan Perokok – Jurnal
Gaya hidup merokok memberikan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan tetapi ramai yang tidak mampu menghilangkan ketagihannya. Kesan daripada merokok bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kanser paru-paru, tetapi boleh mengganggu kesuburan pasangan. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), secara purata, perokok mati 10 tahun lebih awal dari bukan perokok. Malah, berdasarkan statistik, 43% […]
Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di Tujuh Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di tujuh buah negeri sebentar tadi. Amaran tersebut merangkumi sebahagian kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Berikut merupakan kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 6 petang ini: Kedah (Langkawi) Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala […]

Amang Seksual: Guru Dipenjara Sembilan Tahun, Dua Sebatan
PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) — Seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah dihukum penjara sembilan tahun dengan dua sebatan, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun, dengan memegang kemaluan mangsa. Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahril Shaffie, 33, yang turut […]

98 Ditahan Ingkar PKPP Dengan Aktiviti Kelab Malam Kekal Kesalahan Tertinggi
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Masih ramai yang terus ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila seramai 98 individu ditahan semalam dengan 34 daripada mereka kerana aktiviti di dalam pub dan kelab malam. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain termasuk penjarakan fizikal sebanyak 24 kes, tidak memakai pelitup muka (22), gagal […]
Peneroka Felda Boleh Dilucutkan Hak Jika Terus Berdegil Tanam Ketum
PADANG BESAR, 30 Sept (Bernama) — Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh dilucutkan hak tanah sekiranya masih berdegil menanam pokok ketum. Ketua Unit Pewarisan, Jabatan Pengurusan Tanah Felda, Mohd Yassin Mohd Yusof berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika perkara ini berterusan. “Tindakan pelucutan hak menerusi mahkamah boleh diambil ke atas peneroka yang […]
Guna “Earphone” Atau “Headphone” Terlalu Lama Berisiko Jejaskan Deria Pendengaran- KKM
Ramai antara kita yang mempunyai sepasang fon telinga untuk mendengar lagu ataupun menonton video. Namun tahukah anda, penggunaan fon telinga dalam jangka masa yang lama dan berterusan boleh menjejaskan deria pendengaran. Kongsi Kementerian Kesihatan (KKM), kesan buruk penggunaan fon telinga secara berlebihan boleh berlaku dalam masa yang perlahan dan tidak menyakitkan, namun kesannya adalah kekal […]

Empat Anggota PPM Cedera, Bot Peronda Meletup
TAWAU, 30 Sept (Bernama) — Empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau melecur selepas bot peronda dinaiki meletup berhampiran Pangkalan PPM, pagi tadi. Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Ariffin yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu berlaku pada 7.35 pagi tadi. “Siasatan masih dijalankan,” katanya. Beliau berkata tiga anggota yang terlibat melecur ditahap sembilan peratus manakala seorang lagi 12 […]

Edar Dadah: Penjual Santan Dihukum Gantung
GEORGE TOWN, 30 Sept (Bernama) — Seorang penjual santan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari selepas didapati bersalah mengedar dadah, dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Radzi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Siva Raman, 48, selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata keterangan tertuduh tidak boleh dipercayai selain banyak […]
Pekebun Terlepas Hukuman Gantung Selepas Dituduh Membunuh Pencuri Pisang Di Kebunnya
KUALA TERENGGANU, 30 Sept (Bernama) — Seorang pekebun pisang yang menghadapi pertuduhan membunuh, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 3 Dis 2018 ke atas lelaki berusia 40 tahun itu setelah didapati bersalah menyebabkan […]

Mesej Tular Adalah Palsu, Pusat Beli-Belah One Utama Sahkan Tiada Kes Covid-19 Di Premisnya
Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu berita palsu yang tular di Whatsapp berkaitan kes Covid-19 yang didakwa berlaku di pusat membeli-belah tersebut. Berdasarkan kenyataan, pihak pengurusan sedia maklum akan kebimbangan orang ramai berhubung kes Covid-19 yang berlaku di Lembah Klang, namun setakat ini disahkan tiada kes yang berlaku di […]
Cantik Sangat, Pemuda Kongsi Rumah Berusia 120 Tahun Milik Opah, Siap Ada “Roundabout” Lagi
Ramai yang mengidamkan sebuah rumah di kampung halaman sebagai lokasi persaraan. Tenang, damai dan jauh dari kesibukan kota. Bila raya, pastinya meriah dengan suara saudara-mara dan cucu-cicit yang bersuka ria bermain di laman. Malah, halaman yang luas juga boleh digunakan untuk bercucuk tanam, sekaligus memberi ketenangan dan menyejukkan mata. Seperti sebuah rumah tradisional di Kg […]

Kemuka Dokumen Palsu Tender RM22 Juta, SPRM Tahan Pengarah Urusan
ALOR SETAR, 30 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang didakwa mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM22 juta di sebuah kementerian pada Julai 2018. Sumber SPRM Kedah memberitahu, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Kajang, Selangor pada pukul 12 tengah hari, […]

Budak Kreatif, Susun Penyangkut Baju Jadi Rintangan Nak Main Elak ‘Laser’ Dalam Rumah
Kreativiti penting bagi anak-anak seiring perkembangan intelektual yang lain. Dengan kecerdasan inilah mereka membina dunia imaginasi sendiri yang membantu mereka memahami kehidupan dan menyelesaikan masalah. Malah, melalui kreativitilah munculnya pelbagai teknologi yang pada awalnya kelihatan mustahil untuk dicipta namun akhirnya memberi manfaat untuk semua. Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi gambar anaknya yang berusia empat tahun […]

Pengasuh Indonesia Didakwa Cuai Jaga Kanak-Kanak Hingga Lebam Di Dahi
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Seorang pengasuh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan telah cuai menjaga seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan lebam di dahi kanan mangsa. Nurul Fithroh Maulidiyah, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid. Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap […]
Diperdaya Sindiket ‘Parcel Scam’, Kerani Bank Rugi RM65,700
KEPALA BATAS, 30 Sept (Bernama) — Seorang kerani bank wanita kerugian RM65,700 selepas ditipu sindiket parcel scam yang mendakwa mangsa menerima bungkusan mengandungi pelbagai barangan berharga dan wang tunai dalam kejadian di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita berusia 46 tahun itu memaklumkan menerima kiriman […]
LHDN Tawau Ditutup 14 Hari Mulai Hari Ini
TAWAU, 30 Sept – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Tawau ditutup 14 hari mulai hari ini, bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. Bahagian Komunikasi LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh sehingga 13 Okt itu, pembayar cukai disarankan melakukan urusan percukaian secara dalam talian. Menurut kenyataan itu juga sebarang pertanyaan serta maklum balas […]

Tular Rakaman Wanita Seakan Dirasuk, Mengamuk Dalam Pesawat Sampai Panjat Kerusi Penumpang
Kejadian ‘menyeramkan’ berlaku apabila seorang wanita berkelakuan luar biasa seperti dirasuk ketika menaiki sebuah pesawat menuju ke Michigan, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. Menerusi sebuah video yang sempat dirakamkan oleh seorang penumpang, wanita berkenaan dilihat menjerit-jerit seperti hilang akal sambil memanjat tempat duduk penumpang di barisan yang kosong. Kemudiannya, tiga orang lelaki yang menghampiri wanita […]
Tugas Guru ‘Jaga’ Pelajar Tamat Selepas Waktu Sekolah – NUTP
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyelar dakwaan pihak mempersoal keberadaan guru bagi memantau kepatuhan pelajar terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 selepas waktu sekolah. Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock menegaskan tugas guru menjaga pelajar tamat apabila semua urusan di sekolah selesai dilaksanakan. Justeru, beliau berkata adalah menjadi […]
Dapat Komen Menghina ‘Manusia Miskin Tinggal Atas Pokok’, Respon Veveonah Ini Memang “Win” Habis
Masihkah anda ingat dengan Veveonah Mosibin? Kisahnya yang sanggup bermalam seharian di atas pokok untuk menjawab peperiksaan online pernah menjadi isu viral di negara kita sebelum ini. Namun tidak kurang juga, semangat anak jati Kampung Pitas, Sabah ini turut pernah ‘dibawa’ ke parlimen hingga mencetuskan pelbagai respon berbeza daripada pihak-pihak berautoriti. Terbaharu, semalam beliau memuat […]
Kuwait Lantik Putera Mahkota Sheikh Nawaf Sebagai Emir Baharu
KUWAIT CITY, 30 Sept (Bernama) — Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilantik Emir Kuwait yang baharu, lapor agensi berita Xinhua, memetik kerajaan Kuwait pada Selasa. Timbalan Perdana Menteri Anas Al-Saleh dalam satu kenyataan berkata, kerajaan berharap emir baharu dapat menjalankan tugas dengan baik dalam usaha untuk memastikan keamanan dan pembangunan negara. Pelantikan itu bagi menggantikan […]