Berita
TERKINI: 3 Kematian & 147 Kes Baru COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 23 Sept- Sebanyak 3 kematian dengan 147 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kematian dilaporkan berlaku di Sabah manakala satu kematian di Kedah. Kes baru hari ini disumbang daripada 143 kes tempatan yang terdiri daripada 119 warganegara dan 24 bukan warganegara. Satu kluster […]

Indonesia Catat 4,465 Kes Positif Baharu Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 23 Sept (Bernama) — Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam […]
Agong Nasihat Seluruh Rakyat Malaysia Bertenang & Jaga Kesihatan Diri
PUTRAJAYA, 23 Sept – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan Insitut Jantung Negara (IJN). Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Tun Daim Zainuddin; jemaah […]
Enam Pelajar Sekolah Menengah Di Melaka Positif Dadah – AADK
MELAKA, 23 Sept (Bernama) — Enam pelajar sekolah menengah di Melaka dikesan positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Pengarah AADK Melaka Nazir Mohamad berkata jumlah itu dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan terhadap 554 pelajar dari 19 sekolah menengah iaitu 172 orang daripadanya disaring di daerah Melaka […]

Konkrit Hempap Kereta: CIDB Siasat Tiga Aspek Utama
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan menyiasat tiga aspek utama berhubung insiden panel konkrit atau parapet Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan, menghempap kereta Sabtu lepas. Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi […]

Bekas Pengasuh Didakwa Pukul Kanak-Kanak Perempuan Di Taska Sebuah Kementerian
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengasuh secara cuai terhadap seorang kanak-kanak perempuan sehingga mengalami kecederaan lebam di pipi kanan kerana dipukul olehnya. Bekas pengasuh Halimatun Hasri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Wanita itu didakwa […]
Kerajaan PN Masih Berdiri Teguh Dan Saya Adalah Perdana Menteri Yang Sah – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa beliau telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui kenyataan media sebentar tadi telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Menurutnya, dakwaan tersebut perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. “Tanpa melalui proses […]

Rompak Emas Di Lebuhraya Besraya Sama Seperti Di Ipoh Tahun Lepas – Ketua Polis KL
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Polis sedang meneliti kemungkinan kejadian rompak emas di Lebuhraya Besraya semalam dan rompakan serupa di Ipoh pada Ogos tahun lepas, dilakukan oleh kumpulan sama. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin pada sidang media di sini berkata pihak polis sedang berusaha untuk memastikan identiti dan menentukan modus operandi pelaku. “Rompakan yang berlaku semalam masih dalam siasatan…terdapat beberapa persamaan antara kedua-dua […]

Program Subsidi Upah 2.0 Dibuka Semua Bermula 1 Oktober Ini, Bantu Syarikat Yang Masih Terjejas
Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat dan pekerja yang masih terjejas berikutan wabak Covid-19. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ciri-ciri utama program ini adalah seperti berikut: Pertama: subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas, iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun […]

Flat Tongkang Yard Ditutup, 222 Penghuni Jalani Ujian Saringan
ALOR SETAR, 23 Sept (Bernama) — Flat Tongkang Yard dekat Jalan Seberang Perak, di sini ditutup selepas disyaki berlaku penularan kes COVID-19, membabitkan penghuni di situ. Laluan keluar dan masuk ke perumahan itu ditutup sejak pukul 6 pagi tadi. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Fikri Ujang berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihaknya membuat saringan ke […]
Lima Nelayan Vietnam Ditahan Disyaki Tangguk Gamat Secara Haram
PASIR PUTEH, 23 Sept — Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan lima nelayan warga Vietnam yang disyaki menangkap gamat secara haram di perairan Kelantan, semalam, dan merampas kira-kira 250 kilogram gamat yang ditemukan dalam bot mereka. Pengarahnya Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata kesemua mereka yang berumur antara 40 dan 49 tahun ditahan petugas Bot Kilat 28 yang sedang melaksanakan Ops Kuda […]
Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Lori
ALOR GAJAH, 23 Sept — Dua maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 221.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pemandu lori yang membawa muatan barangan plastik, Lai Wan Peng, 52, dan kelindannya, Muhammad Dehya’ Al Qalbi Sharuddin, 27, […]
Sebanyak 98% Permohonan Moratorium Lanjutan & Bantuan Bank Secara Bersasar Diluluskan
Orang ramai yang masih belum membuat permohonan lanjutan moratorium diseru untuk membuat permohonan segera sebelum moratorium automatik berakhir hujung September ini, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin, beliau meminta orang ramai yang masih belum memohon untuk berbuat demikian dengan menghubungi institusi perbankan masing-masing. ”Oleh itu, memandangkan moratorium […]

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3,000 Untuk Peniaga Mikro Dibuka Semula Mulai 1 Oktober 2020
Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) kepada peniaga mikro bagi membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi. Menurut Muhyiddin, permohonan GKP yang akan […]
Tiada Permohonan Yang Perlu Dibuat Untuk Mendapatkan Bantuan BPN 2.0 – PM
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada permohonan yang perlu dibuat bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0. Menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Selain dari itu juga, kepada penerima […]
Police Tero FC Masih Menanti Ketibaan Sumareh
BANGKOK, 23 Sept — Pasukan liga utama Thailand, Police Tero FC masih menanti ketibaan pemain baharunya, Mohamadou Sumareh, pemain naturalisasi pertama Malaysia. Pemain sayap pasukan Pahang berusia 26 tahun itu melengkapkan perpindahannya untuk menyertai pasukan di tangga keempat Liga 1 Thailand, pada 7 Sept lepas. Bagaimanapun Pengurus Police Tero FC Tanya Vongnark berkata ketibaan Sumareh ke Thailand tertangguh disebabkan […]
JAS Perak Siasat Dakwaan Air Najis Khinzir Dibuang Ke Sungai
IPOH, 23 Sept (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sedang menyiasat dakwaan berhubung pembuangan air najis khinzir ke Sungai Kuala Gepai, Bidor di Tapah dekat sini, petang semalam, sebagaimana yang tular di media sosial. Pengarahnya Rosli Zul berkata JAS menerima laporan mengenai perbuatan jijik hingga menyebabkan pencemaran sungai di Kampung Kuala Gepai itu, malam tadi. […]
TERKINI: Kerajaan Umum BPN 2.0 RM600 Isi Rumah, RM300 Bujang Untuk Golongan M40
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan kepada rakyat. Menurutnya, sebanyak 10.6 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini. “Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di […]

TERKINI: Kerajaan Umum BPN 2.0, RM1,000 Untuk Isi Rumah Kumpulan B40
Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM 1000 untuk isi rumah B40. Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin dalam satu sidang media Perutusan Khas Kita Prihatin yang bersiaran langsung pada hari ini. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan […]

TERKINI: Kerajaan Umum BPN 2.0, RM500 Kepada Individu Bujang Kumpulan B40
Kerajaan akan memberikan bantuan tambahan kepada rakyat iaitu melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi. Jumlah bantuan yang akan disalurkan […]