Berita
Lelaki Ini Kongsikan Cara Buat ‘Home Screen’ Telefon Android Jadi Macam “Launcher” iOS14
Telefon bimbit adalah suatu alat yang digunakan untuk berkomunikasi, melayari internet, menyelesaikan urusan seharian dan sebagainya. Ketiadaan telefon bimbit pastinya akan membebankan seseorang itu. Manakan tidak, bermacam-macam urusan boleh diselesaikan dengan hanya satu klik sahaja. Telefon bimbit juga perlulah sentiasa dikemaskan supaya sedap mata untuk memandang setiap kali ingin menggunakan telefon bimbit. Seperti yang diketahui, […]
Keputusan Ujian Saringan Kedua COVID-19 Ahmad Zahid Negatif
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Keputusan ujian saringan kedua Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 yang dijalani Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin lalu adalah negatif. Perkara itu dimaklumkan peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi WhatsApp […]
Urus Jenazah Secara Percuma, Tujuh Individu Tekad Bantu Orang Miskin
BESUT, 23 Sept (Bernama) — Bagi yang kurang berkemampuan, mereka tidak perlu gusar jika berdepan dengan kesukaran menguruskan jenazah ahli keluarga, sebaliknya hanya perlu menghubungi salah seorang daripada tujuh individu Tim Amal Jenazah Besut di sini. yang sedia menghulur khidmat pengurusan jenazah secara percuma. Pengurusan jenazah yang ditawarkan mereka secara sukarela bukan sekadar urusan mengambil mayat dari hospital sahaja, tetapi […]
Faizal Sedia Beri 100 Peratus Jika Diberi Kepercayaan Oleh Arul
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Bekas penyerang berbisa negara, Faizal Saari sedia memberikan komitmen 100 peratus sekiranya kembali dipanggil menyertai skuad hoki kebangsaan selepas ini. Walaupun tidak beraksi untuk tempoh hampir tujuh bulan, pemain berusia 29 tahun itu telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa di hadapan gol dan penyerang terbaik buat masa ini apabila berjaya meledak 14 gol […]

Anwar Ibrahim Dakwa Dapat Sokongan Kukuh Dan Menyakinkan Untuk Bentuk Kerajaan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media di sebuah hotel. Anwar Ibrahim dakwa mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan — BERNAMA (@bernamadotcom) September 23, 2020 Menerusi satu ciapan yang […]
Kerajaan Brazil Mungkin Benarkan Peminat Datang Stadium
RIO DE JANEIRO, 23 Sept — Peminat bola sepak Brazil tidak lama lagi kemungkinan berpeluang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, memetik Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua. Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan membenarkan stadium beroperasi semula dengan kapasiti penonton sehingga 30 peratus. “Kebenaran itu mesti dilakukan dengan […]
Malaysia Dapatkan Maklumat Rasmi Arab Saudi Mengenai Kebenaran Tunai Umrah
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah seperti yang dilaporkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. “Sebarang ketetapan mengenai kebenaran menunaikan ibadah itu perlu dibincangkan dengan teliti dengan kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu,” katanya berhubung […]

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Positif Covid-19, Mohon Maaf Pada Semua
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19 menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Menurut Shahril, beliau tidak menunjukkan sebarang gejala melainkan hanya merasa sedikit letih sebelum mengambil keputusan membuat ujian Covid-19 di Kuala Lumpur. Hasil ujian kemudiannya mendapati beliau positif dan kini sedang menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan […]
Identiti Mayat Dalam Kereta Terbakar Di Melaka, Dikenal Pasti
ALOR GAJAH, 23 Sept – Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata identiti […]

Perutusan Khas ‘Kita Prihatin’ Oleh Perdana Menteri Petang Ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas Kita Prihatin, pada petang ini. Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Radio Televisyen Malaysia, Bernama TV, Astro Awani dan TV3 pada 2.30 petang. Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Twitter rasminya hari ini. Sumber: Twitter Muhyiddin Yassin
Usia Senja Bukan Penghalang Hasilkan Ukiran Kayu
BUKIT MERTAJAM, 23 Sept — Biarpun telah melewati usia senja, Zainol Abidin Omar masih setia menghasilkan kraf ukiran bagi beberapa model ikonik Pulau Pinang seperti feri, jambatan Pulau Pinang dan kereta api Bukit Bendera. Uniknya, kraf tangan ukiran sentuhannya dibuat menggunakan papan lapis dan kayu jelutong itu, mengambil masa kira-kira dua hingga lima hari untuk disiapkan, bermula dengan proses memotong kayu, […]
Pelawat Dari Luar Negara Dibenarkan Semula Tunaikan Ibadah Umrah Mulai 1 November 2020
Arab Saudi dilaporkan akan membenarkan ibadah umrah sepanjang tahun untuk umat Islam bermula 4 Oktober ini secara berperingkat. Berita itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa selepas tujuh bulan ibadah tersebut ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, lapor Barrons. Negara itu telah menangguhkan umrah pada Mac lalu dan mengurangkan haji tahunan bagi mengelakkan jangkitan […]
Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya Tetap Dilarang – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 23 Sept – Aktiviti berbasikal hanya dilarang di lebuh raya tetapi masih dibenarkan di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Bandaran dan lain-lain jalan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Beliau berkata JSPT menasihatkan kepada penunggang basikal yang ingin menjalankan aktiviti berkenaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan demi menjamin keselamatan diri […]
Samun Di Lebuh Raya: Polis Ambil Keterangan Perakam Video, Tujuh Saksi
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Polis merekodkan lapan keterangan saksi berhubung kes samun kenderaan pacuan empat roda, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM3 juta yang berlaku di Lebuhraya Besraya berhampiran Sungai Besi di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata lapan saksi yang diambil keterangan […]
(Video) ‘Sporting’ Habis, Gadis Tercicir ‘Facemask’, Kawan Beri Topeng Kuda Sebagai Ganti
Tak kering gusi bila dapat kawan yang kaki sakat. Ada je idea nak kenakan orang setiap hari. Baru-baru ini, seorang wanita warga Singapura, Mia berkongsi video lucu ketika sedang meluangkan masa bersama rakan-rakannya. Kongsinya, dia kehilangan topeng muka dan telah meminta rakan-rakan untuk mendapatkan topeng baru buatnya. Namun apa yang diberi ternyata berbeza seperti diminta. […]
Keracunan Gas: Dakwaan Tidur Sambil Turunkan Cermin Kereta Lebih Selamat Adalah Tidak Tepat -KKM
Kepercayaan sebahagian masyarakat bahawa tindakan membuka sedikit tingkap ketika tidur dalam kereta mampu mengelakkan keracunan gas karbon monoksida (CO) adalah tidak tepat. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), tindakan sepatutnya adalah keluar daripada kenderaan untuk berehat di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Peringatan ini dikongsikan susulan kes tiga wanita yang terkorban akibat terhidu karbon monoksida selepas […]
(Video) Lelaki Ajar Cara Nak ‘Cuci’ Gambar Dari Filem Kodak Lama, Hanya Guna Aplikasi PicsArt Je
Anda ada filem negatif gambar-gambar lama? Yang umumnya menggunakan filem Kodak (zaman dulu-dulu). Kalau ada, jangan buang. Sebenarnya filem itu boleh digunakan semula dan anda boleh ‘mencucinya’ menjadi gambar versi digital dengan mudah tanpa sebarang kos. Mari ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Jh-Arland Pasion di bawah ini di mana dia berjaya ‘mencuci’ filem gambar pakciknya […]

Lelaki Dilapor Beli Tanah Di Bulan, Hadiahkan Untuk Isteri Sebagai Hadiah Perkahwinan
PAKISTAN: Seorang lelaki dilapor membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan. Lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun, membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI). Menurut Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di […]
Penunggang Y15 Maut, Tak Sempat Elak & Langgar Kereta Disyaki Dipandu Pemandu Mabuk Didakwa Ubah Laluan Secara Melintang
KUALA LUMPUR, 22 Sept – Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta disyaki di bawah pengaruh alkohol berlaku di Jalan Raja Laut, di sini hari ini. Memetik kenyataan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), berdasarkan siasatan, pemandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit yang keluar dari Jalan Sri Amar didakwa telah […]
Dera Anak Tiri Guna Pisau Panas Hingga Melecur, Wanita Ditahan
KUANTAN, 22 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang wanita kerana disyaki mendera anak perempuan tirinya berusia sembilan tahun dengan menggunakan pisau yang dipanaskan sehingga menyebabkan mangsa melecur di lengan kanan. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata kejadian dipercayai berlaku pada 3 petang Ahad lepas, di sebuah perumahan pekerja ladang di Muadzam Shah, kira-kira […]