Berita

Dalam Tempoh 24 Jam, Indonesia Catat 3,141 Kes Baharu Covid-19 Dan 118 Kematian
JAKARTA, 14 Sept (Bernama) — Indonesia mencatatkan 3,141 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 221,523 kes. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 98,842 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah […]
Kebenaran Masuk Bagi Pasangan Dan Anak Kepada Warganegara Yang Tiada Pas Lawatan Jangka Panjang Ke Malaysia – Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membenarkan kemasukan kepada pasangan dan anak kepada warganegara yang tidak mempunyai pas lawatan jangka panjang untuk masuk ke Malaysia. Menerusi kenyataan media tersebut, kemudahan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 25 Ogos 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan untuk terus memohon Pas […]

Inkues Nora Anne: Anjing Bomba Kesan Bau Nora Anne
SEREMBAN, 14 Sept – Mahkamah Koroner hari ini, dimaklumkan dua ekor anjing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengesan bau remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, yang hilang pada 4 Ogos 2019, di beberapa lokasi berhampiran The Dusun Resort. Saksi ke-16 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian gadis itu, penyelia operasi Unit Anjing Pengesan […]
Covid-19: Radzi Ingatkan Guru, Pentadbir Sekolah Lebih Berhati-Hati, Laksana SOP
KUDAT, 14 Sept – Guru, pengetua dan pentadbir sekolah di Sabah diingatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 di sekolah susulan peningkatan jumlah kes baharu di beberapa kawasan di negeri itu. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata ini termasuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan baik. “Kita kena pastikan SOP sentiasa digunakan dengan […]
Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Dibentang Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Sebagai langkah meningkatkan kadar denda maksimum bagi kes pencemaran air di samping memastikan pendekatan itu bersifat pencegahan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) akan dibentang untuk dipinda di Dewan Negara pada tahun depan. Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata jumlah denda maksimum dan minimum masih […]
TERKINI: 31 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 25 Kes Di Sabah Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7 kes telah pulih dan discaj dengan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9,203 kes bersamaan 92.53%. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter, Datuk Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 31 kes baharu Covid-19 termasuk 28 kes tempatan dan 3 kes import. Ini menjadikan […]
‘Haochi”, Gambaran Keenakan Durian Raja Kunyit Yang Ditularkan Pelajar China
RAUB, 14 Sept — ‘Haochi’ atau sedap, perkataan yang terpacul keluar dari mulut sekumpulan pelajar warga China di Malaysia sebaik sahaja merasai durian, raja buah pada program Durio Tour @Raub 2020 yang diadakan di sini, baru-baru ini. Rombongan dari Kuala Lumpur itu dihidangkan durian “Musang King”, spesies durian yang asalnya dikenali sebagai “Raja Kunyit”. Tidak dinafikan, keenakan […]
JPJ Pandang Serius Isu Berbasikal Atas Jalan Raya
IPOH, 14 Sept (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.15 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, […]
Arab Saudi Tarik Balik Larangan Perjalanan Mulai Januari 2021
RIYADH, 14 Sept (Bernama) — Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Ahad. Kementerian Dalam Negeri mengumumkan mulai 1 Januari 2021, semua larangan keluar dan masuk untuk rakyat negara itu akan ditarik balik, ia juga tertakluk kepada semua pengangkutan darat, laut dan […]
PKPP:Tangkapan Di Kelab Malam Dan Pub Meningkat, 608 Ditahan Semalam
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Aktiviti dalam pub dan kelab malam masih menjadi kesalahan tertinggi dicatatkan apabila 608 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu merekodkan sebahagian besar jumlah keseluruhan 763 individu yang ditahan kerana melanggar arahan PKPP, semalam. Kesalahan lain […]
Hafizh Syahrin Terkilan Gagal Tamatkan Perlumbaan Angkara Masalah Tayar
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang membuat penampilan semula selepas terlibat dalam kemalangan mengerikan kira-kira sebulan yang lepas, agak terkilan kerana masalah cengkaman tayar menghalangnya daripada menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) San Marino, semalam. Pelumba berusia 26 tahun itu berada di landasan untuk mendapatkan kedudukan 10 terbaik dalam usaha mengumpul […]
Siap ‘Selfie’ Dan Rakam Video, Lelaki Dedah ‘Bukti Kukuh’ ‘Handphone’ Miliknya Dicuri Monyet
Dalam keadaan dunia yang dikuasai oleh teknologi pada masa kini, telefon pintar menjadi barangan paling berharga yang ada pada setiap orang. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ia menjadi sasaran bagi sesetengah pencuri. Situasi tersebut dialami oleh Zackrydz Rodzi yang buntu setelah mendapati telefon pintar miliknya telah dicuri. Menyangkakan bahawa ia dicuri oleh pencuri atau toyol, […]
Penumpang Dihalang Naik Pesawat Kerana Tidak Mohon Kebenaran Imigresen
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Kes sekumpulan penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lepas (12 Sept), kerana tidak membuat permohonan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata penumpang terlibat didapati mempunyai rekod pergerakan masuk ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]
(Video) Lima Sekawan Bertaranum, Lantunan Azan Merdu Dengan Lima ‘Lagu’ Buat Ramai Terpegun
Setiap hari, laungan azan akan dikumandangkan di corong-corong speaker surau ataupun masjid untuk mengajak orang Islam menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Azan yang dikumandangkan juga sebenarnya boleh menambat hati sesiapa yang mendengarkan. Tambahan lagi, laungan azan mempunyai pelbagai ‘lagu’ yang boleh dilaungkan mengikut seseorang bilal yang melaungkannya. Seorang pengguna Twitter bernama @ammar_mukhlis ada berkongsikan satu […]
Kerajaan Tegas Pertahan Hak Kedaulatan Di Laut China Selatan
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Kerajaan tegas dalam soal mempertahankan keutuhan wilayah, kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara termasuk di kawasan di Laut China Selatan dengan melakukan rondaan dan pemantauan oleh agensi penguat kuasa berkaitan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata bagaimanapun pada masa sama kerajaan turut mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang tindakan yang […]
Tentera Wanita Didakwa Cederakan Anak Berusia 8 Tahun
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Seorang anggota tentera wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan merotan kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa berusia lapan tahun, Julai lalu. Tertuduh berusia 31 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib. Ibu dua anak itu […]
Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Milik Khalid Jamlus
SHAH ALAM, 14 Sept (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus, pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Menurut akaun media sosial rasmi Selangor Royal Official hari ini, majlis penyerahan ringkas tersebut berlangsung di Istana Alam Shah, Klang. Baginda juga berkenan agar trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada tahun 2002 itu […]
“Insya-Allah Ada Hikmah Yang Tersembunyi,” Dr Zulkifli Titip Pesan Buat Syukor Sekeluarga
Dilaporkan pada awal pagi ini bahawa 25 ekor kerbau milik Syukor dan ayahnya dipercayai mati secara mengejut. Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al -Bakri menitipkan pesan buat Syukor sekeluarga. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Datuk Dr Zulkifli juga berharap agar Syukor dan keluarga diberikan kesabaran. Saya […]
AS Bakal Lihat Presiden Wanita Satu Hari Nanti, Kata Trump
WASHINGTON, 14 Sept (Bernama) — Presiden Donald Trump berkata akan ada presiden wanita di Amerika Syarikat (AS), tetapi bukan Senator California, Kamala Harris, merangkap calon naib presiden Demokrat, menurut Agensi Berita Sputnik. “Kita akan mempunyai presiden wanita satu hari nanti – bukan (Harris),” kata Trump kepada penyokongnya di Nevada pada Ahad. Harris, 55, wanita kulit […]