Berita

(Video) Rakaman Buaya “Test Power”, Berlumba Dengan Bot Laju Jadi Viral
Bayangkan, apa perasaan anda jika sedang asyik menikmati keindahan sungai di atas bot, tetapi muncul seekor buaya di tepi anda? Dalam jarak dekat, haiwan karnivor itu menyaingi bot anda dari sisi ke arah yang sama anda tujui. Malah dengan libasan ekor yang kuat dan bertenaga, renangan buaya itu hampir menandingi kelajuan bot yang anda naiki. […]
(Video) Gudang Tentera Di Jordan Dilapor Meletup, Bunyi Kedengaran Sejauh 30km
ZARQA, 11 Sept – Sebuah gudang tentera di Bandar Zarqa, Jordan di sini dilapor meletup, disyaki akibat berlaku litar pintas pada pagi Jumaat. Menteri Media, Amjad Adaileh berkata, gudang di timur bandar itu menyimpan bom-bom mortar terbiar milik tentera. Dalam masa sama, pihak tentera turut menyatakan, letupan tersebut berlaku di salah sebuah depot simpanan peluru […]

(Video) Dapat Lebih 500,000 Tontonan, Aksi Perodua Kelisa Berjaya Redah Banjir Disorak Orang Ramai
Video memaparkan lagak selamba sebuah kereta Perodua Kelisa yang meredah banjir di Kuala Lumpur semalam menjadi tular di media sosial dengan meraih lebih setengah juta tontonan oleh warganet. Menerusi video tersebut berdurasi 40 saat yang dimuatnaik oleh pheezothman di Twitter, Kelisa berkenaan dilihat melalui kawasan banjir yang agak dalam di hadapan deretan kedai di Kuala […]
(Video) “Dulu Saya Pakai Saiz XXXXXXL…”, Transformasi Lelaki Turun Berat 140kg Dalam Masa Setengah Tahun
Usaha menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan konsistensi, cara yang betul dan keinginan yang kuat untuk mengubah bentuk badan menjadi lebih sihat. Di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, individu yang menginginkan bentuk badan ideal perlu menjalani sesi senaman yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan. Senaman secara konsisten ini akan membantu membakar […]

Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan “Link” Jika Terima SMS Seperti Ini
Pelbagai kaedah sindiket penipuan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sindiket penipuan yang juga dikenali sebagai scammer ini terjadi kepada insan yang terdesak memerlukan wang. Ya, benar sesetengah masyarakat boleh berfikir waras dan bijak sudah pasti dapat mengenali penipu tersebut tetapi bagi orang yang terdesak sama sekali tidak. Terkini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank […]
Peserta Big Stage 3, Sandra Dianne Meninggal Dunia
PUTRAJAYA, 11 Sept – Penyanyi dan juga peserta rancangan program realiti Big Stage Musim 3, Sandra Dianne musim ketiga dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya. Maklumat tersebut diumumkan rakan artis, Sufie Rashid menerusi akaun Instagramnya malam tadi. “Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk @sandradianneofficial yang telah meninggalkan kita. “Selamat pulang ke Rahmatullah […]
(Video) Padah Sepahkan Air, Tak Pasal-Pasal Anjing Ini Kena ‘Marah’ Dengan Kucing Sampai Sorok Kepala
Anjing adalah haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifat setia, teruja dan ada juga yang garang. Kebanyakan pemilik anjing bertujuan membelanya untuk melindungi rumah daripada ancaman rompakan dan sebagainya. Pun begitu, dalam satu video yang lucu tular di media sosial menunjukkan bahawa sifat garang seekor anjing itu boleh ‘dikawal’ seekor kucing. Video tersebut memaparkan telatah seekor […]
Banjir Kilat, Kementerian Wilayah Akan Kaji Punca Dan Penyelesaian Jangka Panjang
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji punca berlakunya banjir kilat di ibu negara petang tadi, serta mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan kejadian itu daripada berulang. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan meminta laporan daripada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan keupayaan […]
(Video) Rakaman Didakwa Papar ‘Kelibat Putih’ Bikin Bulu Roma Meremang
Satu rakaman yang memaparkan kemunculan kelibat putih telah menarik perhatian warganet. Menurut pengguna Reddit yang memuat naik video berkenaan, kamera pengawasan yang dikatakan berada di rumah rakannya yang terletak di Mansfield, England didakwa berjaya merakam kemunculan sosok kelibat putih itu. Sosok putih itu didakwa muncul secara tiba-tiba di sebuah sudut yang gelap dan terus hilang […]
Lelaki Pulangkan Kembali Telefon Bimbit Dicurinya Gara-Gara Tak Tahu Nak Guna
Seorang lelaki yang kehilangan telefon bimbitnya di sebuah kedai berjaya menemui kembali beberapa hari kemudian selepas orang yang mencurinya itu memulangkan semula telefon bimbit berkenaan kerana tidak tahu cara menggunakannya, lapor Hindustan Times. Polis menyatakan pada Isnin bahawa lelaki itu telah meninggalkan telefon bimbitnya secara tidak sengaja di sebuah kedai manisan yang terletak di Jamalpur […]
Laluan Masuk Di Plaza Tol Alor Setar Utara & Laluan Keluar Di Plaza Tol Alor Setar Selatan Ditutup Sementara – PLUS
Melalui sidang media semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah bermula hari ini sehingga 25 September. Susulan daripada itu, pihak PLUS melalui Facebook memaklumkan bahawa mereka akan membuat penutupan sementara laluan masuk di Plaza Tol Alor Setar (Utara) dan juga di […]
(Video) Rakaman Labah-Labah Besar ‘Baham’ Seekor Burung Bikin Meremang Bulu Roma
Satu rakaman video yang menyaksikan seekor labah-labah besar ‘membaham’ seekor burung telah tular dan menjadi perhatian ramai. Menurut laporan Daily Mail, video yang dimuatnaik di Reddit pada minggu lalu itu memaparkan labah-labah besar dilihat bertenggek di atas kayu sambil ‘memegang’ seekor burung dengan menggunakan kakinya yang berbulu. Pengguna Reddit yang memuatnaik video itu pada awalnya […]
Khairy Bertemu Veveonah Dan Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pelajar Veveonah Mosibin, yang tular pada Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah. Menerusi hantaran di Facebooknya, Khairy berkata dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah itu, beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada […]
(Video) Asap Penuhi Ruangan Wad, Detik Cemas Dipercayai Mesin Ventilator Terbakar Di Dalam Wad Covid-19
Sebuah alat bantuan pernafasan dalam wad Covid-19 hospital di Vadodara, India dilaporkan telah meletup, lapor Daily Mail. Kamera CCTV di hospital berkenaan berjaya merakamkan detik-detik alat bantuan pernafasan itu berasap sebelum meletup. Rakaman tersebut memaparkan insiden cemas di mana petugas kesihatan yang lengkap memakai sut hazmat bertungkus lumus memindahkan pesakit di wad Covid-19. Seorang lelaki […]
(Video) Tular Rakaman Ular Sawa ‘Melawat’ Di Kawasan Parkir Ketika Hujan
Ketika musim banjir yang melanda, manusia terjejas kepada pelbagai bahaya dan risiko terutamanya dari segi keselamatan dan kesihatan. Disebabkan itu, penduduk di kawasan yang mengalami banjir perlulah sentiasa berjaga-jaga supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan. Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS, seekor ular sawa dilihat sedang menyusur di bawah hujan lebat sambil […]
COVID-19: Asingkan Tahanan Baharu Dan Lama, Elak Jangkitan-KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 10 Sept — Berikutan kemunculan Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah yang berpunca daripada tahanan positif COVID-19 di lokap polis dan penjara, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar pihak berkuasa mengasingkan tahanan lama dan baharu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini penting bagi mengelak penularan COVID-19 pada skala besar dalam kalangan tahanan. Meskipun tahanan baharu tidak […]
(Video)“Langit Bertukar Gelap Lagi,” Detik Cemas Kebakaran Besar Dipercayai Di Pelabuhan Beirut
Satu kebakaran besar dilaporkan telah meletus di pelabuhan Beirut selepas 37 hari bandar tersebut ditimpa tragedi letupan yang meragut banyak nyawa. Kepulan asap hitam dan gumpalan api merah jelas kelihatan di sebalik runtuhan-runtuhan besi di pelabuhan tersebut. Masih belum dapat dijelaskan punca yang menyebabkan kebakaran itu terjadi. Agensi Berita Nasional yang dikendalikan oleh kerajaan Lubnan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Beberapa Negeri Termasuk WP Kuala Lumpur Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • PulauPinang • Perak • Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) • Selangor (Sabak Bernam, […]
Pencemaran Sungai Ichat Pulih, Air Kini Selamat
CAMERON HIGHLANDS, 10 Sept (Bernama) — Sungai Ichat di Kuala Terla di sini yang sebelum ini tercemar akibat pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram, telah berjaya dibersihkan dan selamat untuk kegunaan harian. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata air Sungai Ichat yang merupakan satu daripada sumber air bagi Loji Air Kuala Terla […]
(Video) Hujan Lebat Sejak 1 Tengah Hari, Sekitar Keadaan Banjir Di Beberapa Kawasan Di KL
Seperti yang diketahui, hampir setiap hari hujan akan turun membasahi kawasan lembah Klang. Terbaru, ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak pukul 1 tengah hari tadi, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan mengalami banjir. Menurut laporan Bernama, banjir tersebut menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama di bandar raya. Hujan lebat sejak pukul 1 tengah hari […]