Berita

Berita
Tindakan Mahkamah, Batal Lesen Menanti Pemilik Kelab Malam, Pub Ingkar PKPP
PUTRAJAYA, 1 Sept – Pemilik kelab malam dan pub yang beroperasi tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dihadapkan ke mahkamah dan pembatalan lesen operasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata subsektor itu masih dikategorikan sebagai aktiviti yang dilarang sepanjang PKPP dan tindakan […]
Berita
Gajah Betina Mengamuk Selepas Anaknya Mati Dilanggar Kereta Di Kota Tinggi
Susulan daripada video yang tular mengenai seekor gajah betina mengamuk selepas anaknya mati dilanggar oleh sebuah kereta di Batu 10, Jalan Kota Tinggi – Mersing, Kota Tinggi, Johor. Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah mengambil tindakan segera mengawal lokasi kejadian. Buat masa ini, gajah betina yang mengamuk telah masuk semula ke dalam Hutan Simpan Kekal Panti […]
Berita
Sekatan Kemasukan Pemegang Pas Jangka Panjang Warga India, Indonesia dan Filipina Ke Malaysia Mulai 7 September Ini
Kerajaan memutuskan bahawa sekatan kemasukan pemegang pas jangka panjang libatkan warga India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia akan dikuatkuasa mulai 7 September 2020 ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) […]
Berita
Tak Semudah Beli Dan Pakai, Ketahui 9 Cara Penjagaan Kanta Lekap Dengan Betul
Kanta lekap atau ‘contact lens’ merupakan kepingan plastik nipis melengkung yang dilekapkan ke kornea. Tujuan pemakaiannya untuk baiki masalah rabun atau terapeutik. Ramai juga memakainya untuk kelihatan lebih cantik. Ya, jika untuk kelihatan cantik, korang seharusnya kena tahu fakta penting tentang kanta lekap yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka. Penggunaan […]
Berita
Inkues Nora Anne: Tiada DNA Asing Ditemukan Pada Mayat Nora Anne – Ahli Kimia
SEREMBAN, 1 Sept – Mahkamah Koroner Seremban hari ini diberitahu tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing ditemukan pada mayat remaja Perancis-Ireland Nora Anne Quoirin termasuk di bahagian alat sulitnya. Pengarah DNA Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Nor Aidora Saedon berkata keputusan itu adalah berdasarkan eksibit yang diberikan oleh pihak berkuasa. Saksi keenam dalam prosiding inkues bagi mencari punca […]
Berita
Semalam Catat Jumlah Ingkar PKPP Dikompaun Tertinggi Setakat Ini – Ismail Sabri
Putrajaya: Jumlah mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14). “Ini […]
Berita
Lelaki Myanmar Dalang Utama Kes Culik Warga Asing Maut Ditembak
Nibong Tebal: Seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dalang utama kes penculikan warga asing di Pulau Pinang ditembak mati ketika dia menyerang polis semasa serbuan di sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit Paya Keladi, Kepala Batas dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata sepasukan polis menjalankan serbuan di pondok […]
Berita
Isteri Maut, Tiga Cedera Dua Motosikal Langgar Pokok Tumbang
Kuantan: Seorang isteri maut manakala suaminya dan dua lagi remaja lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan dua motosikal yang ditunggangi mereka melanggar pokok tumbang di Jalan Belimbing, Maran dekat sini, tengah malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian pada 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Nor Farisnazira Mohd Zulnorisham, 21, […]
Berita
Elak Rekod Kredit Buruk, Orang Ramai Digesa Kemas Kini Status Moratorium Dengan Pihak Bank Segera
Seperti sedia maklum, kerajaan telah melanjutkan lagi tempoh moratorium dan bantuan bank selama tiga bulan sebagai usaha membantu rakyat yang benar-benar memerlukan akibat penularan wabak Covid-19. Susulan itu, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah dalam satu kenyataan, menggesa orang ramai untuk mengemas kini status moratorium mereka secepat mungkin. Ianya bagi mengelakkan […]
Berita
Kluster Tawar Merupakan Kluster Kes Aktif Terbesar Ketika Ini Dengan 74 Kes Positif – KKM
Kluster Tawar merupakan kluster kes aktif terbesar ketika ini dengan 74 kes positif melibatkan daerah Kedah; Kuala Muda (26 kes) Baling (20 kes), Kulim (15 kes), Sik (1 kes), Sungai Petani (1 kes) dan daerah Pulau Pinang; Barat Daya (4 kes), Timur Laut (6 kes) dan Sungai Petani Utara (1 kes). Perkara ini dijelaskan oleh […]
Berita
Jalan Susur Masuk Bangi Ke Kajang Ditutup – PLUS
Kuala Lumpur: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup kepada lalu lintas mulai 10 malam hingga 5 pagi bermula hari ini hingga 8 Sept ini bagi kerja-kerja memotong pokok besar di sepanjang laluan itu. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan pengguna dari arah selatan/Bangi yang menuju ke […]
Berita
Boleh Memancing & Teroka Gua, Ramai Tak Tahu Ada Taman Negara Di Terengganu Yang Wajib Anda Pergi
Taman Negara yang terletak di Pahang adalah hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan menjadi tarikan ramai terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui selain negeri Pahang terdapat satu pintu masuk lain ke Taman Negara yang unik dan hanya terletak di negeri Terengganu sahaja. Terletak di sekitar Tasik Kenyir, pasti […]
Berita
Peniaga Didenda RM2,000 Miliki 361 Kg Karkas Lembu Yang Disembelih Tanpa Lesen
Kuala Lumpur: Seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, kerana memiliki 361 kilogram (kg) karkas lembu yang disembelih di rumah penyembelihan yang tidak dilesenkan Oktober tahun lalu. Majistret Nik Mohd Fadil Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Azzamuddin Ishak, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas […]
Berita
Trumph Pertahan Remaja Dituduh Tembak Tiga Individu Di Kenosha
Bogota: Presiden Donald Trump pada Isnin membela suspek lelaki bersenjata berusia 17 tahun Kyle Rittenhouse, yang didakwa menembak tiga penunjuk perasaan di Kenosha, Wisconsin minggu lalu, termasuk dua cedera parah. Trump ketika ditanya dalam sidang media di Rumah Putih adakah beliau mempertahankan Rittenhouse, kerana mengambil tindakan sendiri, katanya remaja itu telah ‘’diserang dengan ganas,” dia […]
Berita
Taufan Maysak Diramal ‘Membadai’ Beberapa Kawasan di Korea Selatan Minggu Hadapan
Taufan Maysak, ribut tropika yang terbentuk di Lautan Pasifik sebelah timur Filipina, dijangka membandai Semenanjung Korea minggu hadapan, menurut laporan agensi cuaca kebangsaan pada Sabtu. Jabatan Meteorologi Korea berkata, ribut kesembilan pada musim taufan tahun ini terletak kira-kira 970 kilometer di timur laut Manila, Filipina. Ianya sedang melakukan perjalanan sekitar 3 kiloter per jam ke […]
Berita
Mayat Nelayan Ditemukan Di Bawah Bangsal Ikan
DUNGUN, 1 Sept – Mayat seorang nelayan ditemukan terbaring di bawah bangsal ikan di Kuala Paka, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata Ramli Abdul Rahim, 44, dilaporkan tinggal bersendirian di bangsal berkenaan dan kali terakhir dilihat kira-kira pukul 9 pagi semalam di sekitar kawasan sama. “Mayat Ramli dijumpai kira-kira pukul 10.50 malam oleh enam rakannya, sebelum […]
Berita
Hanya Kerana Tak Nak Halau Tikus Dalam Bilik, Isteri Didakwa Berang Dan Gigit Kemaluan Suaminya
Akibat berang, seorang wanita bertindak mengigit kemaluan suaminya yang enggan menghalau seekor tikus di dalam bilik tidurnya. Kejadian ini berlaku di sebuah kediaman di Kitwe Wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika. Memetik daripada laporan Daily Star UK memaklumkan bahawa wanita tersebut di bawah pengaruh alkohol semasa pulang ke kediamannya dan terserempak dengan seekor tikus di dalam […]
Berita
Vietnam Sambung Semula Penerbangan Ke Korea Selatan, Jepun Mulai 15 September
Hanoi: Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) merancang menyambung semula laluan udara dengan Korea Selatan dan Jepun pada 15 September, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). Pengarah CAAV Dinh Viet Thang berkata pada Isnin rundingan mengenai perkata itu sudahpun selesai. Terdapat lapan penerbangan setiap minggu, masing-masing empat dengan Jepun dan Korea Selatan. Semua penumpang akan dikenakan kuarantin […]
Berita
Pengurangan Saman Kompaun JPJ Sebanyak 70% Dilanjutkan Sehingga 30 September 2020
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam mengumumkan pengurangan saman kompaun JPJ seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini dilanjutkan sehingga 30 September. JPJ menyeru orang ramai yang memiliki saman JPJ yang tertunggak untuk membuat pembayaran sekarang dan sebelum 30 September 2020. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPJ seluruh Malaysia. Seperti […]
Gaya hidup
Wanita Bersyukur Dapat ‘Durian Runtuh’, Menang Myvi Lepas Beli Baucar RM90
Benar kata pepatah, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’ Itulah pengalaman kepada Puan Rashidah yang memenangi sebuah kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 selepas menyertai peraduan beli dan menang MYDIN dengan hanya bermodalkan RM90. Siapa sangka dengan belian e-baucar tunai MYDIN di Shopee melayakkan dirinya menjadi pemenang hadiah utama. “Alhamdulilah, rezeki dari […]