Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kluster Tawar Merupakan Kluster Kes Aktif Terbesar Ketika Ini Dengan 74 Kes Positif – KKM

Kluster Tawar merupakan kluster kes aktif terbesar ketika ini dengan 74 kes positif melibatkan daerah Kedah; Kuala Muda (26 kes) Baling (20 kes), Kulim (15 kes), Sik (1 kes), Sungai Petani (1 kes) dan daerah Pulau Pinang; Barat Daya (4 kes), Timur Laut (6 kes) dan Sungai Petani Utara (1 kes).

Perkara ini dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Twitter rasminya.

Kluster Tawar ini juga telah merekodkan satu kematian. Kluster ini kemungkinan besar ada kaitan dengan Kluster PUI Sivagangga kerana melibatkan strain mutasi yang sama, D614G.

Berdasarkan gambar rajah di bawah dari CPRC KKM menunjukkan tiga kluster yang masih aktif di Kedah.

Sumber: KKM