Berita

Berita
Terkini Covid-19: Satu Kes Kematian Direkodkan Dengan 6 Kes Positif Baharu Hari Ini
Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengeluarkan perkembangan terkini Covid-19 setakat 31 Ogos 2020. Hari ini dilaporkan enam kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 9,340 kes. KKM juga mengesahkan 6 kes dilaporkan telah discaj dan dibenarkan keluar dari wad. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) […]
Berita
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Libatkan 11 Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meterologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 negeri di Malaysia. Negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Amaran dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi dan dijangka berlarutan sehingga jam empat petang. Pengguna jalan raya terutama sekali penunggang motosikal, rancang perjalanan anda […]
Berita
LLM Lapor Lebuh Raya Sesak Sejauh 17km Selepas Plaza Tol Bentong ke Genting Sempah
Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63. Sudah tentu orang ramai membawa keluarga untuk keluar berjalan-jalan dan bersiar-siar. Lembaga Lebuh Raya Malaysia sebentar tadi melaporkan trafik sesak sejauh 17 kilometer selepas Plaza Tol Bentong ke Genting Sempah. Pengguna jalanraya diminta berhati-hati ketika memandu. Orang awam juga diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard […]
Berita
Hati-Hati Beli Barangan Perabot di Facebook, ‘Scammer’ Online Giat Iklankan Produk Untuk Menipu Mangsa – PDRM
Laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia yang menfokuskan jenayah siber iaitu Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police mengingatkan orang ramai berhati-hati membeli barangan perabot di Facebook. Scammer onlini kini sedang giat mengiklankan barangan perabot dan perkakasan elektrik untuk menipu mangsa. Apabila scammer telah memperoleh wang deposit, scammer akan menutup akaun facebook tersebut. Apabila mangsa menulis […]
Berita
Rakaman Kambing Diberi Minuman Dipercayai Beralkohol Undang Kemarahan Ramai
Penyeksaan yang dilakukan terhadap haiwan kini semakin membimbangkan. Haiwan tidak berdosa seperti kucing, anjing dan monyet sering menjadi mangsa kekasaran manusia. Terbaru, tular satu rakaman video yang menyaksikan seekor kambing diberi minuman dipercayai beralkohol oleh seorang lelaki. Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, perbuatan itu merupakan satu jenayah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai […]
Berita
Rakyat Malaysia Dinobat Juara International Aquatic Plants Layout Contest
Dua orang rakyat Malaysia telah memenangi International Aquatic Plants Layout Contest (IAPLC) yang diumumkan semalam. Menerusi kiriman Siak Wee Yeo di Facebook, beliau telah menyandang tempat pertama dengan karyanya ‘Eden’. Menurutnya, ‘Eden’ didedikasikan untuk menunjukkan hormat kepada aquascaper di seluruh dunia. 'EDEN', one of the paradise where the world and human begin. I am dedicate […]
Kesihatan
TERKINI: Dua Kluster Baharu Dikesan Di Selangor Dan Kedah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan di Selangor dan Kedah. Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster yang dikesan ialah Kluster MV Glen di Selangor dan Kluster Telaga di Kedah. Kluster MV Glen KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang […]
Berita
TERKINI COVID-19: Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat satu kematian telah dicatatkan hari ini di Kedah dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 126 kes. COVID-19, 30 Ogos 2020: Kes kematian ke-126 (kes 9290) lelaki WN 75 tahun & berpenyakit kencing manis, darah tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary […]
Kesihatan
TERKINI: 17 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 15 Kes Import Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 10 kes telah pulih. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,048 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Kementerian […]
Berita
Veteran Tentera Reda Cacat Akibat Jerangkap Samar Ketika Buru Komunis
KOTA BHARU, 30 Ogos — Walaupun kehilangan kaki kiri separas buku lali, pesara tentera dari Kampung Setek, Kok Lanas dekat sini reda dengan kecacatan yang dialami akibat terkena jerangkap samar ketika operasi memburu komunis 44 tahun lepas. Nekya Nor, 66, berkata dari satu segi, dia juga bersyukur kerana insiden itu menyelamatkan 14 lagi anggota kumpulannya yang […]
Berita
84 Ditahan Ingkar PKPP Termasuk 45 Di Kelab Malam
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Seramai 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan 45 daripada mereka ialah kerana aktiviti dalam pub atau kelab malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tangkapan itu, 55 individu dikompaun, 27 direman dan dua dijamin. Kesalahan lain dilakukan ialah […]
Berita
Penganggur Pukul Dan Tolak Isteri Dari Kereta Ditahan
GEORGE TOWN, 30 Ogos (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun […]
Berita
JPJ Sarawak Beroperasi Sabtu, Ahad Mudahkan Pembaharuan Lesen, Cukai
KUCHING, 30 Ogos (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan membuka kaunter pada Sabtu dan Ahad bagi memudahkan orang ramai memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mereka sebelum 30 Sept depan. Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata langkah itu seiring pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam bahawa orang ramai […]
Berita
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 13 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perlis, […]
Luar Negara
Guru-Guru Ini Kumpul Gaji Sendiri Dan Belikan Telefon Bimbit Untuk Pelajar Supaya Boleh Belajar Dalam Talian
Kebanyakan orang mungkin sedang bekerja dari rumah pada ketika ini namun tidak semua orang dilengkapi dengan kemewahan dan teknologi untuk melakukannya. Permasalahan ini juga dihadapi oleh pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Sesetengah dari mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian kerana tidak mempunyai telefon bimbit dan komputer riba. Mereka tidak mampu untuk membeli alatan yang […]
Berita
Hari Kebangsaan 2020: Sambutan Diadakan Dengan Norma Baharu
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Sambutan Hari Kebangsaan 2020 esok akan melakar sejarah tersendiri apabila ia diadakan dengan amalan norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dikuatkuasakan. Jika sambutan sebelum ini dimeriahkan dengan perbarisan dan perarakan pasukan beruniform serta agensi kerajaan dan swasta tetapi pada kali ini perarakan […]
Berita
(Video) Buat Hal Lagi, Oyen Kena Sepak Dengan ‘Member’ Lepas Kantoi Curi Paket Ikan Bilis
Kucing adalah sejenis haiwan yang terkenal dengan sifat manja dan comelnya. Pun begitu, setiap kucing mempunyai sifat-sifat dan telatahnya yang tersendiri. Seperti ramai yang ketahui antara kucing yang paling banyak buat hal sekali ialah kucing yang berwarna oren atau pun lebih dikenali dengan ‘si oyen’. Menerusi satu perkongsian video di Twitter, gelagat si oyen ini […]
Berita
Perarakan Berkuda Semarak Sambutan Hari Kebangsaan, Jubli Perak Putrajaya
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) — Perarakan 88 ekor kuda sejauh 6.7 kilometer di Putrajaya hari ini memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 dan Jubli Perak Putrajaya. Perarakan berkuda itu yang membawa Jalur Gemilang dan bendera Jubli Perak Putrajaya diketuai oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim, melibatkan unit berkuda daripada empat agensi iaitu PPj, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis […]
Luar Negara
29 Dilaporkan Maut Selepas Restoran 2 Tingkat Runtuh Dipercayai Ketika Sambutan Hari Jadi
Sekurang-kurangnya 29 orang dilaporkan maut selepas restoran dua tingkat runtuh semasa pesta sambutan hari jadi di China, lapor Sky News. Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata 28 orang lagi cedera termasuk tujuh daripadanya parah. Bangunan di bandar Linfen itu tiba-tiba runtuh pada hari Ahad dan puncanya masih belum diketahui. Ratusan penyelamat melakukan pencarian sepanjang hari dalam […]
Berita
APMM Kongsi Perbezaan Bot Nelayan Dan Bot Memancing, Kaki Pancing Wajib Tahu Perkara Ini
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai hobi memancing di tengah-tengah laut. Untuk ke tengah laut pula, pengusaha-pengusaha bot akan dihubungi bagi membawa kita menjalankan aktiviti tersebut. Pun begitu, kepada kaki pancing, anda perlu memastikan terlebih dahulu bahawa bot yang anda pilih atau naiki itu perlulah lengkap dari segi dokumentasi dan sebagainya. Justeru daripada itu, pihak […]