Berita

Berita
COVID-19: 68 Kes Baharu Di Singapura, Tiada Kes Dalam Komuniti
Sebanyak 68 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,099. Menurut data ringkas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini, dua kes import berkenaan telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura. Berdasarkan siasatan setakat ini, kementerian berkenaan berkata […]
Kesihatan
Warga Perancis Bergelang Merah Jambu Di LTAB Langkawi Negatif COVID-19 – Polis
LANGKAWI, 20 Ogos (Bernama) — Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19. Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berusia 64 tahun itu telah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) […]
Berita
(Video) Wanita 85 Tahun ‘Tumbang’ Akibat Disiku Di Muka, Dipercayai Sedang Pertahankan Diri Daripada Dirompak
Seorang pencuri secara ganas dilaporkan telah memukul seorang wanita warga emas menggunakan siku sehingga tercedera gara-gara wanita itu menghalangnya daripada mencuri beg tangannya di sebuah lobi apartment di Valencia, Sepanyol. Detik kejadian itu berjaya dirakam kamera CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan. Video CCTV tersebut memaparkan seorang wanita berusia 85 tahun sedang memasuki bangunan apartment […]
Kesihatan
Indonesia Catat 2,266 Kes Positif Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 20 Ogos (Bernama) — Indonesia melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 lagi […]
Berita
Lelaki Memandu Bawah Pengaruh Dadah Langgar Enam Kereta
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar enam kenderaan termasuk sebuah Ford Mustang di lokasi berbeza di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini semalam. Ketua Polis Daerah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata suspek berusia 28 tahun terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada […]
Gaya hidup
Belia Cekal Ternak Ikan, Jana Pendapatan Bantu Keluarga
KUNAK, 20 Ogos (Bernama) — Menternak ikan di dalam sangkar bukan satu pekerjaan yang mudah, namun minat yang mendalam mendorong seorang pemuda untuk terus cekal dalam bidang itu yang diceburinya sejak 2015 dan kini menikmati hasil yang lumayan. Mohamad Adzlan Abdullah, 25, dari Kampung Pangi Hujung di sini, berkata beliau mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan ikan […]
Berita
Awas, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Beberapa Kawasan Di 8 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 9 malam ini adalah Kedah, […]
Berita
Tengkorak Dan Tulang Manusia Ditemukan Dalam Plastik
GEORGE TOWN, 20 Ogos (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan dua tengkorak dan sejumlah tulang manusia dalam bungkusan plastik di tempat pembuangan sampah di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata bungkusan plastik itu dijumpai orang awam pada jam 7.34 malam tadi sebelum menghubungi polis. […]
Berita
COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Alam, Libatkan 4 Anak Kapal
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Alam yang melibatkan kes import. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 4 kes import telah direkodkan di dalam kluster ini dengan 2 daripadanya adalah warganegara dan 2 lagi bukan warganegara. Menerusi ciapan KKM, kluster baharu ini melibatkan […]
Luar Negara
Isteri Dilapor Sanggup Redah Banjir & Pecahkan Tingkap Demi Selamatkan Koleksi Gundam Suami
Seorang isteri di Yudong, wilayah Chongqing, China sanggup memecahkan tingkap rumahnya hanya semata-mata mahu menyelamatkan koleksi Gundam MS milik suaminya. Dilaporkan, si isteri tersebut bertindak demikian ekoran rumah mereka sedang ditenggelami banjir. Pada awalnya, suaminya mengalah untuk menyelamatkan koleksi Gundam tersebut dan membiarkannya sahaja kerana didakwa tidak pandai berenang. Namun tidak bagi si isteri. Berbekalkan […]
Berita
COVID-19: Kemasukan Ke IPTA Di Kedah, Sarawak Mungkin Ditangguh – KPT
TANJUNG MALIM, 20 Ogos — Kepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober depan, mungkin ditangguhkan sekiranya kes COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan didapati meningkat. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata sekiranya penangguhan itu diputuskan, ia akan dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian […]
20 Kotak Besar Minuman Keras Disyaki Seludup Dirampas
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – 20 kotak besar minuman keras tidak berkastam dirampas pihak berkuasa di satu lokasi di Jalan Forest City – Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang semalam. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan dibuat ekoran pihaknya menerima aduan awam berkaitan penyeludupan minuman keras pada lebih kurang […]
Berita
TERKINI Covid-19: Sifar Kes Tempatan Dilaporkan Dan Hanya 5 Kes Import Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 kes telah sembuh dan dibenarkan keluar wad pada 20 Ogos 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8932 kes. Jumlah kes baharu setakat hari ini berjumlah 5 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu meningkat kepada 9240 dan daripada jumlah tersebut di dapati […]
Berita
Bas Percuma Untuk Pejalan Kaki Rentas Sempadan Dibenar Sehingga Ke Woodlands
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Perkhidmatan bas percuma yang disediakan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi membawa pejalan kaki rentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), di Tambak Johor dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja […]
Berita
Warga Emas Hilang Wang Simpanan RM496,000 Ditipu Macau Scam
KUANTAN, 20 Ogos (Bernama) — Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram sejak pertengahan bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan […]
Berita
Dapat ‘Rumah’ Baru, Operasi Pemindahan Seekor Gajah Betina Dari Kg.Tias, Kuala Krai Ke Habitat Sebenar
Susulan operasi tangkapan seekor gajah betina di Kg. Tias Luar, Kuala Krai, Kelantan pada 15 Ogos yang lepas, satu operasi pemindahan gajah betina tersebut telah dilakukan pada 19 Ogos 2020. Perkara ini disahkan oleh Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) melalui laman Twitter rasmi mereka. Operasi pemindahan gajah ini melibatkan […]
Berita
24 Pelacur Antara 117 Ditahan Ingkar PKPP Semalam – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 20 Ogos – 24 individu yang menjalankan kegiatan pelacuran antara 117 yang ditahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 117 yang ditahan, 91 individu telah dikenakan kompaun manakala 26 lagi direman. “Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan dan […]
Berita
Bom Mortar Lama Masih Aktif Ditemui Di Kuala Krai
KUALA KRAI, 20 Ogos – Sebutir bom mortar lama yang masih aktif ditemui di kawasan kebun Kampung Melati, Jalan Jirat, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohammad berkata bom berkenaan ditemui pada 7 petang semalam oleh seorang penduduk yang kemudian memaklumkan kepada adik iparnya yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum menghubungi pihak polis. “Bertindak atas maklumat yang diterima, […]
Berita
“Menangis Kejap Depan Pondok Guard”, SPM 1A & Diejek, Pemuda Terharu Akhirnya Diterima Masuk Universiti
Setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza. Ada yang selalu dilihat berada di atas, ada yang perlu bekerja keras dari bawah untuk menaiki anak tangga. Bagaimanapun, masing-masing mempunyai cabaran dan ujian sendiri yang tidak diceritakan kepada sesiapa. Bagi seorang pemuda bernama Hamzi Haziq, 21 tahun, gagal sekarang bukan gagal selamanya. Kongsi Hamzi, beliau telah mendapat keputusan […]
Berita
Adik Tak Sangka Ini Gambar Terakhir Abang Hantar, Pegawai Polis Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
KANGAR, 20 Ogos – Seorang pegawai polis maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja setelah motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Padang Katong dekat sini malam tadi. Mangsa, Inspektor Khairil Muzzammir Abdullah Sani, 34, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan […]