Berita

Luar Negara
Indonesia Catat 1,821 Kes Positif Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 17 Ogos (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 141,370 kes, manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,821 kes baharu disahkan di republik itu dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari […]
Berita
TERKINI COVID-19 : 12 Kes Baru Hari Ini Termasuk 7 Kes Kluster Tawar & 2 Kes Kluster Sala
Putrajaya, 17 Ogos- Sebanyak 12 kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dari angka itu, sebanyak 10 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import. Sebanyak tujuh pertambahan direkodkan melibatkan Kluster Tawar dan dua kes melibatkan Kluster Sala, kedua-duanya di Kedah. Satu lagi kes dikesan dalam saringan […]
Luar Negara
Sekurang-Kurangnya 27 Maut, Dipercayai Jadi Mangsa Strok Haba Di Jepun
Pihak berkuasa Tokyo berkata strok haba telah mengakibatkan kematian sebanyak 27 orang di kawasan metropolitan dalam tempoh 6 hari, ketika cuaca panas terus melanda di Jepun. Pejabat Pemeriksa Perubatan mengatakan mangsa kematian adalah daripada golongan 50-an hingga 90-an dan sebanyak 70% kematian untuk golongan 70-an hingga 90-an. Daripada 27 jumlah kematian yang berlaku itu, sebanyak […]
“Jangan Aniaya Orang”, Polis Bersihkan Paku Bertaburan Atas Sebuah Titi Di Jitra Kedah, Disyaki Perbuatan Khianat
Perbuatan khianat di atas jalan raya masih lagi berlaku dalam negara kita hingga ke hari ini. Antara yang sering berlaku seperti dilaporkan dalam berita atau tular di media sosial adalah minyak yang sengaja disimbah di jalan raya, paku-paku berselerakan, dawai besi yang diikat antara dua tiang di laluan motosikal dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan, […]
Berita
TERKINI: Mahkamah KL Dapati Remaja 19 Tahun Bersalah Bunuh 23 Individu Dalam Insiden Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah 2017
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017. Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas remaja itu yang kini berumur 19 tahun selepas […]
Berita
Bungkus Dadah RM656,800 Dalam Bungkusan Teh Herba, Pekerja Kedai Runcit Ditahan
IPOH, 17 Ogos (Bernama) — Helah seorang lelaki untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan membungkus dadah jenis methamphetamine seberat 16.42 kilogram bernilai lebih setengah juta ringgit menggunakan pembungkus teh herba gagal apabila dia ditahan polis Sabtu lepas. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata, lelaki berumur 36 tahun dan berkerja di kedai runcit […]
Berita
Empat Anggota Polis Berpangkat Koperal & Lans Koperal Didakwa Rompak Guru RM8,550
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Empat anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak RM8,550 daripada seorang guru lelaki sekolah swasta sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, tahun lepas. Tertuduh berusia antara 28 hingga 31 tahun masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib. […]
Berita
Dikurniakan Gelaran Tan Sri, ‘Hero’ Negara Dedikasikan Anugerah Kepada Seluruh Warga KKM
PUTRAJAYA, 17 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, gelaran dan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang dikurniakan ke atasnya hari ini adalah lambang penghormatan buat warga Kementerian Kesihatan (KKM). “Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa […]
Berita
(Video) “Tuan Angsa Pun Takut Nak Tolong”, Detik Lucu Lelaki ‘Diserang’ Angsa Ketika COD Barang
Umum mengetahui sikap angsa yang gemar mengejar individu tidak dikenalinya. Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, mungkin ramai yang takut mendekati rumah atau kawasan yang mempunyai haiwan ini. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi video lucu suaminya disudu angsa ketika menghantar topeng muka ke rumah pelanggan. “Ingat senang ke COD ni haaaa. Kesian Matkodt, nasib baik […]
Seorang Nelayan Warga Vietnam Maut Ditembak Selepas Bertindak Ganas Merempuh & Baling Bom Diesel Ke Atas Anggota, Bot APMM
PASIR PUTEH, 17 Ogos – Enggan menyerah diri, 19 nelayan asing Vietnam bersama dua bot ditahan Negeri Kelantan apabila mereka bertindak ganas dengan merempuh dan melempar bom diesel ke atas bot Maritim Malaysia dengan cubaan untuk melepaskan diri daripada diperiksa. Tindakan nekad nelayan Vietnam itu memaksa anggota penguatkuasa mempertahankan aset dan keselamatan nyawa pasukan dengan […]
Berita
Ini Cara Tuan Rumah Nak Daftarkan Lokasi Kenduri Kahwin Guna Aplikasi MySejahtera
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan telah membenarkan penganjur untuk menjemput lebih 250 tetamu, asalkan boleh mengamalkan penjarakan fizikal satu meter mengikut kesesuaian tempat. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Pun begitu, pelaksanaan majlis ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Antara SOP yang wajib dipatuhi ialah […]
Berita
Jangan Rakam, Tular Gambar Kertas Undi Pos – SPR
TANJUNG MALIM, 17 Ogos (BERNAMA) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan para pengundi pos Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularnya di laman media sosial. Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata individu yang didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman sewajarnya. SPR telah […]
Berita
Perintah Berkurung Di Perairan ESSZone Dilanjut Hingga 2 September
KOTA KINABALU, 17 Ogos (BERNAMA) — Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan sehingga 2 Sept ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass. Katanya, perintah berkurung yang diisytiharkan dari 6 pagi hingga 6 petang itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, […]
Berita
‘Hero’ Negara, Dr. Hisham Antara Penerima Anugerah PSM Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA, Bawa Gelaran Tan Sri
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini. Tengku Maimun dan Dr Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’. Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan […]
Luar Negara
“Dia Kena Bayar ‘Air Susu’ Saya“, Ibu Kecewa, Anak Bekeras Langgar Wasiat Arwah Suami & Berebut Harta
LOMBOK – Seorang ibu di Mahkamah Agama di Praya, Lombok Tengah, Indonesia mengisytiharkan dirinya tidak menghalalkan setitis pun air susu badan buat anak lelakinya. Wanita itu yang berusia 52 tahun bertindak demikian gara-gara kecewa dengan anaknya lelakinya, 32, yang didakwa ‘berkeras kepala’ menuntut harta pusaka peninggalan arwah suaminya. Difahamkan, pusaka peninggalan yang dituntut anak lelakinya […]
Sukan
(Video) Ceria Tetapi Bertongkat, Keadaan Terkini Hafizh Selepas Terlibat Kemalangan Ngeri Moto2 Semalam
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlibat dengan kemalangan dalam satu perlumbaan di GP Austria, semalam. Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Pada pagi ini, laman Twitter BERNAMA berkongsi satu video rakaman mengenai keadaan Hafizh setelah menerima rawatan di pusat perubatan di sana. Dlam video berkenaan, Hafizh kelihatan ceria bagaimanapun terpaksa menggunakan […]
Berita
Ambulans Dipercayai Dihalang & Diajak Berlumba, Kanak-Kanak Kritikal Dilaporkan Maut Sebaik Tiba Di Hospital
Seorang pesakit kanak-kanak dilaporkan maut dipercayai kerana ambulans dinaikinya terlewat tiba ke hospital. Hal ini dipercayai susulan tindakan seorang pengguna jalan raya yang enggan memberi laluan kepada ambulans berkenaan. Dalam kejadian di Kabupaten Garut, Jawa Barat, seorang individu dipercayai pemandu ambulans tersebut menceritakan semula bagaimana kenderaan mereka dihalang individu berkenaan. Kongsi Fauzi, seperti dipetik Kompas.com, […]
Berita
Tak Sampai Sejam Samun Orang, Seorang Dari 4 Suspek Samun Maut Kemalangan
JOHOR BAHRU, 16 Ogos (Bernama) — Tidak sampai sejam daripada menyamun dan melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), empat suspek lelaki warga tempatan kemalangan malah salah seorang turut maut apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar dua kenderaan lain di Kilometer 20.5, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, awal hari ini (semalam). Ketua Polis Daerah Johor […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas, Hafizh Syahrin Rempuh Motor Bastianini Sehingga Terpelanting Ke Depan
Pelumba negara, Hafizh Syahrin terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Moto2 di Litar Red Bull Ring, Austria sebentar tadi. Kejadian bermula apabila Enea Bastianini terjatuh daripada motosikal dan jenteranya terseret ke tengah litar. Hafizh Syahrin yang datang dari arah belakang merempuh motosikal terbabit sehingga terpelanting ke arah hadapan. Empat pelumba terbabit dalam kemalangan ini iaitu Bastianini, […]
Berita
Jumlah Pesakit Covid-19 Dirawat Di ICU Hari Ini Bertambah Kepada Tujuh Orang
Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertambah menjadi tujuh kes termasuk dua kes memerlukan bantuan alat pernafasan setakat Ahad (16 Ogos 2020). Negara pada hari ini mencatatkan pertambahan 25 kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini dengan 9 kes tempatan dan 16 kes import. Kesemua kes tersebut dicatatkan di lima […]