Berita
Hadiri Majlis Perkahwinan, 43 Individu Termasuk Pengantin Dilaporkan Diuji Positif COVID-19
Pihak berkuasa daerah Kasaragod, India telah bertindak memfailkan satu kes apabila seramai 43 orang disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di daerah tersebut, lapor Hindustan Times. Pihak polis Badiyudukka telah mengesahkan bahawa terdapat satu kes di bawah perintah pencegahan virus itu yang telah dilaporkan terhadap bapa pengantin tersebut. Memetik laporan tersebut, pengantin lelaki […]
Pelajar Sekolah Di Selangor Diberi Pelitup Separuh Muka Percuma – MB
SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Selangor akan mengedarkan pelitup separuh muka jenis boleh guna semula secara percuma kepada kira-kira sejuta pelajar sekolah bermula Ogos ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pelitup separuh muka terbabit hanya akan diedarkan kepada sekolah rendah, menengah dan sekolah agama kerajaan persekutuan dan […]
Hishammuddin Selar Setiausaha Luar Filipina Berhubung “Tweet” Kontroversi
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung hantaran Twitter “Sabah is not in Malaysia” baru-baru ini. Beliau menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitternya hari ini mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina […]
Perjalanan Antara Zon Di Sarawak Perlu Permit, Kekerapan Penerbangan Dikurangkan
KUCHING, 29 Julai — Kerajaan Sarawak mewajibkan perjalanan di antara Zon Satu yang merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, dan Zon Dua (Sri Aman hingga ke Limbang) perlu mendapat permit polis, berkuat kuasa 1 Ogos ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata langkah itu susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk melaksanakan sekatan perjalanan berikutan peningkatan jumlah kes […]
Jho Low Bersembunyi Di Macau – KPN
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kini dikesan bersembunyi di Macau, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata terdapat petunjuk yang mengesahkan keberadaan Jho Low di wilayah itu. “Pihak polis sedang berusaha mengesan Jho Low untuk dibawa ke Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi malam […]
(Video) Kereta Api Pengangkut Barang Dilaporkan Tergelincir, Sebahagian Jambatan Runtuh Dan Cetus Kebakaran Besar Di Arizona
Sebuah kereta api pengangkut barang dilaporkan telah tergelincir di Tempe, Arizona sehingga mencetuskan kebakaran besar, lapor Daily Mail. Gambar-gambar yang dirakam dari tempat kejadian juga menunjukkan sebahagian jambatan Tempe Beach Park telah runtuh. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh polis Tempe, pasukan polis dan bomba berada di tempat kejadian tersebut yang menyaksikan berlakunya kebakaran besar. Beberapa […]
Khairy Bincang Mengenai Vaksin COVID-19 Dengan Menteri China
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatnya dari China Wang Zhigang hari ini mengadakan sidang video yang antara lain membincangkan mengenai vaksin COVID-19. MOSTI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan fokus dialog secara maya itu adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama kedua-dua negara berkaitan penyelidikan dan pembangunan vaksin. “MOSTI telah berkongsi pandangan […]
COVID-19: Thailand Lanjut Perintah Darurat Sehingga 31 Ogos
Thailand melanjutkan pelaksanaan darurat bagi tempoh sebulan lagi, sehingga penghujung Ogos, bagi mengurangkan kesan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19, semasa negara itu sedang mula membuka pintu sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja migran dari negara asing. Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha hari ini meluluskan lanjutan itu, yang tempoh darurat […]
(Video) Detik Mendebarkan Dua Remaja Melambung Ke Udara Selepas Buaian Dinaiki Bersama Tercabut
Satu rakaman mencemaskan yang memaparkan dua orang remaja terpelanting ketika sedang bermain buaian di sebuah taman permainan di Kazakhstan berjaya dirakam kamera pengawasan. Ketika kejadian, kedua-dua remaja yang berusia 13 dan 14 tahun itu dilihat berdiri bersama-sama di atas buaian tersebut. Apabila skru yang terdapat pada buaian terbabit tidak dapat menampung berat kedua-dua mereka, buaian […]
(Video) Jemaah Mula Lakukan Tawaf, Suasana Sekitar Masjidil Haram Dengan Penjarakan Sosial
Umum pastinya mengetahui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai acara atau upacara besar-besaran terpaksa dibatalkan untuk mengelak penularan virus tersebut. Disebabkan itu juga, kebanyakan masyarakat Islam di seluruh dunia terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini. Hanya warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi yang memenuhi syarat ditetapkan yang dibenarkan untuk menjalani rukun Islam kelima itu, […]
Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Malam Ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha Jumaat ini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata bagi perjalanan ke utara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Slim River menuju Sungkai serta Sungkai ke Gopeng berikutan pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya. “Trafik juga perlahan sejauh […]
Jemaah Laksana Tawaf Qudum Di Makkah Pada Hari Pertama Musim Haji 2020
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Jemaah haji dengan berpakaian ihram melaksanakan Tawaf Qudum (tawaf mula tiba) mengelilingi Kaabah pada hari pertama musim haji tahun ini di kota suci Makkah, menurut laman web Kementerian Media Arab Saudi. Tawaf itu adalah ibadat pertama yang dilaksanakan sejurus memasuki Masjidil Haram di Makkah. Jemaah memulakan hari pertama urusan haji mereka selepas […]
Pelitup Muka Diwajibkan Di Kawasan Penjarakan Sosial Tidak Dapat Dipraktikkan – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) — Peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dikenakan terhadap kawasan awam yang penuh sesak dan penjarakan sosial tidak dapat dipraktikkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata pelitup muka digunakan dengan meluas oleh pengguna pengangkutan awam dan kerajaan kini melihat untuk menguatkuasakan peraturan ini secara berperingkat. “Mulanya, pelitup muka (diperkenalkan) untuk pengangkutan […]
‘Banyak Masalah’ Keterangan Najib Berhubung Derma Arab Saudi – Hakim
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Terdapat ‘banyak masalah’ dengan keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai derma Arab Saudi yang diterima dalam akaun bank peribadinya, kata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Hakim Mohd Nazlan, yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Najib berhubung penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd […]
Lanjutan Moratorium Bukti Kerajaan Komited Bantu Rakyat
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan pelanjutkan moratorium jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat khususnya mereka yang berada dalam kesempitan ketika ini. Presidennya Adnan Mat berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar khusus kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan […]
Pasar Raya Diarah Tutup Tujuh Hari Kerana Ingkar SOP PKPP
SHAH ALAM, 29 Julai — Sebuah pasar raya di Banting, Kuala Langat, diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata antara kesalahan dilakukan pasar raya berkenaan termasuk tidak memeriksa suhu badan pekerja dan pelanggan, tidak melakukan kerja-kerja nyah kuman di […]
Aidiladha: Dua Juta Kenderaan Dijangka Bergerak Hari Ini Sehingga Ahad – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai hari ini sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha, Jumaat. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata susulan itu, seramai 1,450 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas di seluruh negara dalam Op Lancar sepanjang tempoh empat hari berkenaan. […]
281 Projek Perumahan Swasta Disahkan Terbengkalai Sejak 2009 – KPKT
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Sejumlah 281 projek perumahan swasta meliputi 73,959 unit rumah melibatkan 48,810 orang pembeli disahkan sebagai terbengkalai di Semenanjung Malaysia sejak 2009 hingga 30 Jun tahun ini. Bagi mengatasi masalah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan kajian awal bagi kebolehlaksanaan pemulihan atau menyelesaikan projek perumahan swasta yang terbengkalai serta melaksanakan kaedah pemulihan. “Pemulihan menggunakan dana kerajaan bagi projek […]
Patuhi SOP Ketika Berurusan Di Pejabat JPJ
PUTRAJAYA, 29 Julai — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan orang ramai akan ke pejabat agensi itu dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa susulan tawaran diskaun pembayaran saman sebanyak 70 peratus bermula dari 1 hingga 31 Ogos ini. Sehubungan itu, JPJ mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia […]
Kerajaan Cadang Wujud Undang-Undang Baharu Lindungi Pekerja Ekonomi Gig
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kerajaan bercadang mewujudkan satu undang-undang khusus bagi mengawal selia pekerja ekonomi gig di negara ini. Kementerian Sumber Manusia berkata memandangkan kesukaran memastikan wujudnya elemen kontrak perkhidmatan dalam pekerjaan ekonomi gig tersebut, peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955 semasa tidak begitu sesuai digunakan dalam mengawal selia pekerjaan mereka. “Kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda Akta […]