Berita

Berita
Ahli Parlimen Gesa Jho Low Dibawa Pulang Segera Untuk Diadili
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Seorang ahli Parlimen hari ini menggesa kerajaan bekerjasama dengan negara luar bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata kerajaan perlu menggunakan kesungguhan politik untuk menangkap […]
Berita
Solat Sunat Aidiladha Di Selangor – Siapa Dahulu Dia Dapat
SHAH ALAM, 29 Julai — Perlaksanaan solat sunat Aidiladha, Jumaat ini di semua masjid dan surau di Selangor akan dibuat pada pukul 8.00 pagi dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka, sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi, dan jarakan sosial dipatuhi. Unit Korporat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin […]
Berita
PSI, Tarek Obaid Mohon Pinda Perintah Interim Yang Diperoleh Kerajaan
KUALA LUMPUR, 29 Julai — PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid memohon untuk meminda perintah interim yang diperoleh kerajaan bagi menghalang mereka daripada memindahkan lebih US$340 juta, yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan disimpan dalam akaun pelanggannya di firma undang-undang di United Kingdom, ke entiti lain. PSI dan Tarek menfailkan permohonan bagi […]
Berita
Met Malaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Raya Aidiladha Bagi Seluruh Negara
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca menjelang Hari Raya Aidiladha bagi tarikh 31 Julai 2020 dan 1 Ogos 2020. Menurut kenyataan di portal rasmi MetMalaysia, ramalan cuaca pada tarikh 31 Julai 2020 dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Pada sebelah pagi, hujan di […]
Kesihatan
COVID-19: Enam Negeri Termasuk Perlis Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Kenyataan Akhbar KPK Situasi Semasa Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia memaparkan bahawa terdapat 6 negeri yang mencatatkan pertambahan kes Covid-19 pada hari ini (29 Julai 2020). Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, negeri yang mencatatkan kes Covid-19 baharu pada hari ini […]
Berita
Aidiladha : AADK Buat Ujian Saringan Air Kencing Setiap Pemandu Bas
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan membuat ujian saringan air kencing kepada setiap pemandu bas dalam Ops Terminal di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan, di sini, sebelum mereka bergerak ke destinasi masing-masing mulai hari ini. Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata operasi ini melibatkan seramai 50 pengusaha bas dan 25 terminal di seluruh negara […]
Berita
Dokumentari Al Jazeera: Md Rayhan Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, Pihak Berkuasa
PUTRAJAYA, 29 Julai — Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera. Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu […]
Berita
Barang Elektrik Jimat Sampai RM50, Ini ‘Port’ Baik Beli Hadiah Kahwin
Kita semua sudah sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah membantutkan pelbagai perancangan kita.Ada yang merancang untuk pergi bercuti ke luar negara terpaksa membatalkan hasrat itu walaupun tiket serta penginapan telah ditempah dengan lebih awal dan ada pula majlis-majlis perkahwinan yang telah dirancang […]
Kesihatan
73 Tabika, Tiga Taska Kemas Di Kubang Pasu Ditutup Susulan Kluster Sivagangga
ALOR SETAR, 29 Julai — Sebanyak 73 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan tiga taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Parlimen Kubang Pasu ditutup hari ini berikutan penularan kes COVID-19 di daerah itu melibatkan kluster Sivagangga. Pengarah Kemas negeri, Noor Azman Abd Rahman berkata arahan penutupan itu adalah sebagai langkah awal di peringkat jabatan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. “Seramai 1,605 murid […]
Gaya hidup
TERKINI: 13 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,612 bersamaan 96.2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif […]
Berita
Kerajaan Sasar Bina 1,300 Unit Rumah PPRT Tahun Ini
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Kerajaan menyasarkan untuk membina 1,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) dan membaik pulih 10,000 rumah sedia ada tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata sejak 2016 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sebanyak 7,149 […]
Berita
“Suspek Telah Dikenalpasti”, Kes Conteng Mural Pemimpin Dijangka Selesai Dalam Masa Terdekat -Timb. KPN
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Siasatan terhadap kes menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor. Beliau berkata pihaknya telah mendapat beberapa petunjuk baharu dalam siasatan kes berkenaan. “Saya tidak akan mendedahkan petunjuk baharu kerana masih dalam siasatan. […]
Kesihatan
“7 Bulan Kami Kerja Keras Nak…”, Staf Kesihatan Mungkin Perlu Kembali Bekerja 20 Jam Sehari Jika Ada Gelombang Ketiga COVID-19 – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB) mungkin akan dikuatkuasakan semula sekiranya kes positif COVID-19 dalam penularan tempatan meningkat secara mendadak. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerajaan tiada pilihan melainkan menguatkuasakan semula PKP seperti yang dilakukan pada awal penularan wabak berkenaan bagi memastikan rantaian […]
Berita
Kerajaan Setuju Laksanakan Lanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar Kepada Yang Lebih Memerlukan
Aktiviti ekonomi dilihat semakin lancar. Jumlah peminjam yang tidak mengambil sebarang pinjaman juga meningkat. Sejak 1 April yang lalu, moratorium pembayaran telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan perniagaan ekoran hampir semua sektor ekonomi terhenti sewaktu memerangi wabak Covid-19. Hal ini telah membuatkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang […]
Berita
(Video) Anak Kera Tak Beribu Menumpang Kasih Dengan Kucing, Buat Macam Ibu Sendiri
Kasih sayang tak mengenal sempadan genetik. Pasti ada antara kita yang pernah mendengar kisah unik dua haiwan berlainan spesies yang saling bersahabat, malah, kucing dan anjing pada hari ini pun sudah ada yang ‘berkawan’. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah seekor anak kera yang menumpang kasih seekor kucing selepas kehilangan ibunya. Menurut Roslina Muhamad, kedua-dua […]
Berita
Kementerian Cadang Pinda Akta Kerja 1955 Bagi Waktu Kerja Fleksibel, Sesuai Norma Baharu Pasca COVID-19
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Pengenalan cuti paterniti, peningkatan tempoh cuti bersalin, sistem aturan kerja fleksibel dan penambahbaikan pelindungan bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja adalah antara perkara yang dicadang dalam pindaan Akta Kerja 1955. Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata cadangan meminda Akta Kerja 1955 itu adalah bagi menambah baik standard […]
Gaya hidup
Tips Cuci Kusyen Kereta Biar Tak ‘Berpeta’ Dengan Mudah, Modal Bawah RM10
Salah satu masalah apabila menggunakan kusyen fabrik bagi kenderaan ialah timbulnya kesan comot selepas terkena tumpahan air mahupun hujan. Ia pastinya akan menjejaskan kosmetik kenderaan anda di samping boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. Anda boleh atasi masalah ini dengan menghantar kenderaan ke salun kereta namun ia mungkin memerlukan kos puluhan hingga ratusan ringgit. Inisiatif […]
Berita
Seorang Lelaki Dipercayai Dilanggar & Diseret Sebelum Dibunuh Rakan
BUTTERWORTH, 29 Julai – Seorang penunggang motosikal ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai dilanggar dan diseret dengan sebuah kereta sebelum dipukul oleh rakan mangsa dalam kejadian di Taman Dahlia, Mak Mandin, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa, Lau Weng Heng, 43, mati […]
Berita
Polis Temui Mayat Lelaki Mati Terbaring Di Kaki Lima Di Kulai, Tiga Warga Asing Ditahan
PUTRAJAYA, 29 Julai – Satu mayat lelaki tidak dikenali ditemui mati terbaring di kaki lima di sebuah premis perniagaan di kawasan Indahpura Kulai, Johor awal pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Tok Beng Yeow, ekoran penemuan tersebut, kumpulan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dikerahkan ke lokasi berkenaan bagi membantu […]
Berita
Parlimen: Program Subsidi Petrol Bersasar Tidak Akan Dilaksanakan – Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 29 Julai (BERNAMA) — Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar bagi menggantikan mekanisme subsidi petrol semasa, yang diusulkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, tidak akan dilaksanakan, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata kementeriannya dan Kementerian Kewangan (MoF) telah bersetuju untuk tidak melaksanakan […]