Berita

Berita
(Video) Umat Islam Penuhi Perkarangan Masjid, ‘Live’ Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia
Istanbul, 24 Julai – Hari ini merupakan tarikh bersejarah selepas 86 tahun apabila muzium Hagia Sophia kini dibuka untuk ibadah. Menurut BBC, orang ramai mula berkumpul di tapak bersejarah itu untuk solat Jumaat buat kali pertama selepas kerajaan Turki membenarkan penukaran bangunan itu kepada masjid. “Penganut Islam teruja, semua ingin berada ke pembukaannya,” kata Gabenor […]
Berita
Singapura Rekod 277 Kes Baharu Covid-19, Keseluruhan Kes Cecah 49,375 Kes
Singapura: Singapura merekodkan 277 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini. Dengan angka terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 mencecah 49,375 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini, terdapat […]
Kesihatan
TERKINI: Tiga Lagi Kluster Baru COVID-19 Dikenalpasti- KKM
Putrajaya, 24 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga lagi kluster baru COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kluster sejak 1 Julai adalah sebanyak 18 kluster. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kluster tersebut melibatkan kes import. Berikut merupakan maklumat kluster-kluster berkenaan. Kluster Elsa Kes indeks kluster ini adalah seorang bukan warganegara […]
Berita
Dalam Tempoh 24 Jam, Indonesia Catat 1,761 Kes Baharu Dengan 89 Kematian Covid-19
Jakarta: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,761 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 95,418 kes. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 89 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian di republik itu kini 4,665 orang. Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah […]
Berita
Individu Pulang Dari Luar Negara Tidak Dibenar Pilih Stesen Kuarantin
Kuala Lumpur: Kesemua individu di bawah pengawasan (PUS), melibatkan warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin, tidak dibenarkan memilih stesen kuarantin yang telah ditetapkan untuk mereka. Ini berdasarkan ‘Garis Panduan Proses Kemasukan dan Kuarantin Person, Under Surveillance (PUS) Yang Tiba Dari Luar Negara […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 21 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini, Termasuk 16 Kes Jangkitan Tempatan
PUTRAJAYA, 24 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 21 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 kini meningkat ke 8,861 kes. Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 161 kes. Selain itu, hanya tiga (3) kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan angka sembuh […]
Berita
(Video) Detik Menyeramkan Dipercayai Sosok Tubuh Kucing Sedang Ekori Kucing Putih Terakam CCTV
Sebuah rakaman CCTV yang agak menyeramkan berjaya memperlihatkan seekor kucing dipercayai telah diikuti oleh satu sosok tubuh seekor kucing yang mengekori kucing putih tersebut. Juliette Bird, 53, dan rakan serumahnya Deanna Crawte, 28, mula-mula mendapat tahu akan kemunculan sosok tersebut pada 13 Julai lalu semasa mereka memeriksa rakaman tersebut. Ketika melihat rakaman itu, mereka terkejut […]
Berita
Lelaki Jadi Korban Terbaru Serangan Buaya Di Sarawak
KUCHING, 24 Julai — Seorang lelaki dipercayai menjadi korban terbaru serangan buaya di Sarawak apabila dia dibaham reptilia itu di Sungai Seduku yang merupakan anak sungai Batang Lupar di Sri Aman, kira-kira 233km dari sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba […]
Berita
Empat Askar Maut Helikopter Terhempas Di Filipina
Manila: Tentera Filipina (AFP) pada Jumaat mengesahkan empat daripada lima askar maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter di utara Filipina, lapor agensi berita Xinhua. Helikopter itu terhempas sejurus berlepas dari Stesen Udara Cauayand di bandar Cauayan, di wilayah Isabela, kira-kira 7 malam Khamis (waktu tempatan). Jurucakap AFP Mejar Jeneral Edgard Arevalo berkata ketika nahas helikopter […]
Berita
TERKINI: RON95 & RON97 Turun 4 Sen, Diesel Turun 5 Sen
PUTRAJAYA, 24 Julai – Harga runcit minyak RON95 mencatatkan penurunan sebanyak empat (4) sen seliter, daripada RM1.72 ke RM1.68. Manakala RON97 juga mencatatkan penurunan sebanyak empat (4) sen seliter, daripada RM2.02 ke RM1.98. Dalam masa sama, diesel juga turut turun sebanyak lima (5) sen seliter, daripada RM1.87 ke RM1.82, umum Kementerian Kewangan hari ini. Harga […]
Gaya hidup
“Ingat Dah Takda Harapan,” Penantian 21 Tahun Berakhir, Wanita 42 Tahun Luah Rasa Syukur Diberi Rezeki Hamil Anak Pertama
Sudah menjadi impian bagi pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Pun begitu, terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata. Begitulah yang dialami oleh satu pasangan suami isteri yang terpaksa menunggu dalam tempoh lebih 2 dekad sebelum wanita tersebut disahkan hamil. Lebih mesra dikenali sebagai Puan […]
Berita
Dua Penagih Terjun Parit Penuh Pokok Kiambang Elak Ditangkap
Nibong Tebal: Dua penagih dadah yang sedang menaiki sebuah motosikal bertindak terjun ke dalam parit dipenuhi pokok kiambang selepas mereka terserempak dengan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Selatan (SPS) yang membuat rondaan di kawasan Nibong Tebal, di sini semalam. Pengarah AADK Pulau Pinang Elmariah Chung berkata dua lelaki berusia 40-an itu dilihat […]
Berita
Tujuh Lelaki Termasuk Tiga Anggota Polis Didakwa Samun Kedai Pengurup Wang
GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) — Tujuh lelaki termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan pistol di sebuah premis pengurup wang, di sini minggu lepas. Tiga anggota polis itu Lans Koperal Nazarudin Abdul Manan, 36; Koperal Khairul Hisham Hamzah, […]
Berita
Curi Aksesori Pagar Istana Negara, Dua Warga Myanmar Dipenjara 18 Bulan
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Akibat mencuri 62 aksesori pagar Istana Negara, dua lelaki warga Myanmar dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koma Ahmad Faizal Ahmad, 32, dan Muhfizullok Fozal Ahmad, 31, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi. Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula hari ini di Penjara Kajang. […]
Berita
Harimau Kumbang Ditemui Di Kampus UiTM Kuala Pilah
Kemunculan Harimau Kumbang di kawasan UITM Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi tular dan menimbulkan kebimbangan ramai. Susulan itu Persatuan Haiwan Malaysia, dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) diminta mengambil perhatian segera kerana dibimbangi terdapat pihak yang mencederakan atau membunuh Harimau Kumbang tersebut. Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan sebarang […]
Berita
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.15 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau […]
Berita
Pekerja Asing Di Melaka Dibenar Tunai Solat Aidiladha Di Premis
Melaka: Pekerja warga asing di negeri ini dibenarkan melaksana solat sunat Aidiladha sesama mereka dalam kawasan premis masing-masing namun perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata majikan yang menggaji warga asing boleh mengemukakan permohonan berhubung perkara itu kepada Jabatan Mufti Melaka […]
Berita
(Video) Gelagat Adik Ainul Tertawa Buatkan Ramai ‘Berjangkit’ Hendak Ketawa Juga
Sebelum ini, perhatian warganet pernah tertumpu kepada kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit ‘Germ Cell Tumor’. Berbekalkan semangat dan bantuan daripada pelbagai pihak, adik Ainul berjaya dalam pembedahan membuang ketumbuhan tersebut dan kini keadaannya bertambah sihat. Terbaru, menerusi perkongsian melalui akaun Instagram ibunya, gelagat adik Ainul itu telah membuatkan ramai yang turut sama ingin […]
Berita
Pemilik Restoran Sedih Kedai Tiada Pelanggan Lepas Dituduh Dikunjungi ‘Mak Cik Gelang Pink Viral’
Tular di media sosial, dua keping foto yang dimuat naik oleh seorang pemilik sebuah restoran di mana menunjukkan keadaan restoran yang lengang kerana tidak dikunjungi pelanggan. Tuan Denan, pemilik restoran yang berkongsikan gambar lauk yang penuh terhidang di atas deretan meja dan tidak habis dijual, menyatakan bahawa semalam bukan merupakan rezekinya. ”Saya nak kemas kedai […]
Berita
Hina Kerabat Diraja Selangor, Suri Rumah Didenda RM10,000
Shah Alam: Seorang suri rumah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lepas. Hakim Rihaida Rafie menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan, selain memerintahkan tertuduh dipenjara […]