Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar Hiasan Bernama

Lelaki Jadi Korban Terbaru Serangan Buaya Di Sarawak

Nurul Najiha

KUCHING, 24 Julai — Seorang lelaki dipercayai menjadi korban terbaru serangan buaya di Sarawak apabila dia dibaham reptilia itu di Sungai Seduku yang merupakan anak sungai Batang Lupar di Sri Aman, kira-kira 233km dari sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan Freddy John bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.19 pagi.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Rumah Panjang Tuntun di Sungai Seduku berkenaan, sehingga kini masih belum menemui Kong Gindi, 47, yang hilang selepas dilarikan buaya dalam kejadian itu.

Menurutnya saksi kejadian, yang merupakan kawan Kong yang dikenali sebagai Saji Thomaa, 52, memberitahu beliau melihat lelaki itu dibaham di bahagian kaki oleh seekor buaya ketika dia sedang mencuci perahu di sungai berkenaan.

Katanya kedua-duanya sedang mencuci perahu semasa kejadian, dengan Saji berada di sebelah kiri perahu manakala Kong di sebelah kanan, apabila tiba-tiba seekor buaya muncul dan menggigit kaki lelaki itu, lalu ditarik ke dalam sungai.

“Semasa pencarian, ada orang kampung ternampak jasad lelaki itu di tebing sungai bersama buaya tersebut, iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. Bagaimanapun apabila mereka menghampirinya, buaya itu telah menarik semula lelaki itu masuk ke sungai,” menurut jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA