Berita

Berita
Tiada Kes COVID-19 Di Kampung Padang Jambu, Dungun – Pengarah Kesihatan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Julai — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan satu kenyataan yang tular melalui Facebook sejak semalam kononnya terdapat seorang pesakit COVID-19 di Kampung Padang Jambu di Dungun. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan. “Bagaimanapun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi bahawa terdapat […]
Gaya hidup
“Dia Makan Dengan Berat Hati Dan Muka Mencuka,” Wanita Terkilan Suami Cuma Mahu Makan Ikut Cara Masakan Ibunya
Membina mahligai rumah tangga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana di dalamnya tidak semestinya hanya dipenuhi dengan perkara yang indah-indah sahaja. Segalanya bergantung kepada bagaimana setiap pasangan menangani masalah dan cuba untuk memahami di antara satu sama lain. Terkadang, sesetengah pasangan suami isteri tidak menyedari bahawa mereka sering mengguriskan hati pasangan sehingga akhirnya boleh mencetuskan perbalahan […]
Terpaksa Tembak Tayar Akibat Lari, Lelaki Disyaki Bawa Dadah Diburu Polis
KUALA LUMPUR, 21 Julai (BERNAMA) — Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki disyaki membawa dadah, di tepi Jalan Besar Kepong, dekat sini semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang semasa sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mengekori suspek yang […]
Berita
Warga Pakistan Dikenakan Sogit Lapan Ekor Kerbau, Lapan Buah Gong
KOTA MARUDU, 21 Julai (Bernama) — Seorang warga Pakistan dikenakan hukuman Sogit (denda adat) lapan ekor kerbau dan lapan buah gong oleh Mahkamah Anak Negeri di sini hari ini selepas mengaku menghina suku kaum Kadazandusun bulan lepas. Amir Khan Nawati, 50, mengaku melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim yang juga Ketua Daerah Kota Marudu […]
Berita
Pesara Kerajaan Cipta Bebola Tanah Liat Rawat Air
KOTA BHARU, 21 Julai (Bernama) — Kegigihan pesara kerajaan mencipta bebola tanah liat atau mudball membolehkan mereka menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan sejak tahun 2010. Pasangan suami isteri, Mohd Nashir Yaacob, 61, dan isteri, Ramlah Salim, 61 menghasilkan mudball daripada bahan organik di rumahnya di kawasan kampung, mendapat permintaan tinggi di dalam negeri […]
Trak Bawa Sampel COVID-19 Tinggi Risiko Jangkitan Dilapor Dirompak Di Afrika Selatan, Semua Kit Tidak Ditemui
PUTRAJAYA, 22 Julai – Sebuah trak yang membawa sampel COVID-19 tinggi risiko jangkitan dirompak dan dirampas dalam satu kejadian di Afrika Selatan. Jurucakap polis wilayah Port Elizabeth, Kolonel Priscila Naidu mendakwa, trak itu dirampas ketika berada di luar klinik di Motherwell sekitar pukul 3.30 petang kelmarin. “Dikatakan kira-kira 3.30 petang, syarikat kurier (trak) berada di […]
Gaya hidup
“Kenapa Family Aku Macamni Bang?” Pemuda Dakwa Rakannya Bunuh Diri Dipercayai Akibat ‘Depression’ Digertak Keluarga
Kemurungan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Hanya yang mengalaminya sahaja tahu betapa peritnya jiwa akibat dirobek dari dalam. Kebanyakan orang yang pernah kemurungan, mereka menjadi sebegitu berikutan faktor sekeliling, sama ada keluarga, kewangan, cinta dan sebagainya. Begitulah kisah yang dialami oleh seorang pemuda ini, beliau berkongsi kisah benar rakannya sendiri yang didakwa membunuh […]
Gaya hidup
(Video) Lebih 5 Juta Tontonan, Ini Cara Genius Keluarkan Tayar Masuk Lubang Lumpur & Tak Perlu Tolak Beramai-ramai
Tayar tersangkut di dalam lopak pastinya menjadi pengalaman buruk lagi menyusahkan buat semua orang. Tambahan pula kalau kita sedang memandu sendirian dan tiada orang lain di sekeliling yang boleh menawarkan pertolongan, pasti buntu jadinya. Jangan risau, tips ini sudah tentu akan memudahkan kerja anda di kemudian hari jika ditimpa situasi serupa. Dalam video dikongsikan @Kantahara, […]
Berita
(Video) Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Aidiladha 31 Julai Ini
Sedar tidak sedar, malam ini kita telah pun masuk ke tarikh 1 Zulhijjah. Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut sambutan hari raya Aidiladha. Justeru, pengisytiharannya amat dinanti-nantikan oleh sekalian umat. Ikuti video pengisytiharan Aidiladha yang dikongsi oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini. […]
Gaya hidup
Lagi Tular Foto Individu Bergelang Pink Dipercayai Berada Di Tempat Awam
Selepas tular gambar seorang wanita memakai gelang kuarantin di sebuah restoran semalam, kini seorang lelaki menjadi perhatian didakwa melanggar kuarantin. Dalam satu gambar dikongsikan di media sosial, seorang pemuda mendakwa melihat individu berkenaan di sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas. Menyifatkan individu tersebut sebagai degil, pemuda berkenaan kemudiannya meninggalkan tempat tersebut dan melaporkan kepada pihak […]
Berita
Terengganu Isytihar Hari Arafah Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Ini- Menteri Besar
Tarikh 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah akan menjadi cuti umum di negeri Terengganu bermula 2020. Hal ini diumumkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan beliau sebentar tadi. “Bermula tahun ini, hari Arafah merupakan hari cuti umum di Negeri Terengganu. Bersama kita hayati Hari Arafah dan pengertian di sebaliknya,” tulisnya. Berita tersebut […]
Berita
Makanan Atas Lantai Kotor & Gaji Pekerja Asing Tiada Suntikan Tifoid, Kilang Tempe Di Batu Caves Diarah Tutup
PUTRAJAYA, 21 Julai – Sebuah kilang memproses tempe di Batu Caves diarah ditutup berikutan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kebersihan di premis tersebut tidak memuaskan. “Bahan mentah dan penyediaan makanan berada di atas lantai, selain lantai yang basah, kotor dengan sisa […]
Berita
Pemilik Amazon Catat Rekod Luar Biasa, Tambah Kekayaan USD 13 Bilion Dalam Sehari
Pemilik Amazon, Jeff Bezos yang sebelum ini diramal bakal menjadi trillionaire pertama di dunia menjelang 2026 dilaporkan berjaya menambah asetnya sebanyak USD 13 bilion (RM 55.40 bilion) dalam masa sehari. Menurut Business Insider, kejayaan Bezos berkenaan dicatatkan pada Isnin. Malah, kejayaan yang dicatatkan oleh Bezos itu juga merupakan rekod pertambahan kekayaan tertinggi dalam satu hari […]
Berita
Objek Dipercayai Janin Bayi Ditemui Dalam Loji Kumbahan Indah Water
PUTRAJAYA, 21 Julai – Satu objek timbul dipercayai janin bayi ditemui dalam satu loji kumbahan sampah Indah Water di Sri Damansara, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, makluman tersebut diterima melalui laporan yang dibuat oleh seorang lelaki pekerja loji tersebut. “Penemuan janin ini adalah berikutan daripada pekerja yang sedang […]
Tragedi
Buruh Warga Asing Ditemui Maut, Terperangkap Bawah Runtuhan Tanah Di Tapak Pembinaan Kota Damansara
PUTRAJAYA, 21 Julai – Seorang pekerja buruh binaan warga asing dilaporkan meninggal dunia akibat terperangkap di bawah runtuhan tanah dalam satu nahas semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanie Mohd Faisal berkata, tragedi itu berlaku di sebuah tapak pembinaan di kawasan Kota Damansara pada pukul 12.58 tengah hari, melibatkan seorang pekerja berusia 35 […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baru Libatkan Petugas Kesihatan Dikesan -KKM
Putrajaya, 21 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebuah kluster baru (Kluster Sentosa) melibatkan sebuah hospital di Sarawak. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-8773 itu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. “Petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020,” […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 15 Kes Baharu, Termasuk 11 Kes Penularan Tempatan – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 15 kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 8,815 kes. Dalam pada itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 130 kes. Menurut ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 11 kes melibatkan jangkitan dalam negara manakala empat (4) kes […]
Berita
Susulan Kluster Baharu, Dua Anggota Polis Kini Ditempatkan 24 Jam Di Pusat Jagaan Warga Emas
Kluang: Dua anggota polis bersama sebuah balai bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Bahagia, dekat sini, susulan penemuan kluster baharu COVID-19. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata anggota berkenaan ditempatkan untuk tempoh 24 jam setiap hari bermula semalam, susulan kluster baharu membabitkan 11 penghuni pusat berkenaan, […]
Berita
JKN Perak Sudah Kenal Pasti Individu Langgar Arahan Kuarantin
SUNGAI SIPUT, 21 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengenal pasti wanita langgar arahan kuarantin, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di sini, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata pihak JKN Perak bagaimanapun masih […]
Luar Negara
Sekumpulan Lelaki Didakwa Tembak Mati Tetamu Majlis Perkahwinan
Sekumpulan lelaki bersenjata didakwa membunuh tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan di negeri Kaduna, utara negeri Nigeria, kata beberapa pegawai pada Isnin lalu. Beberapa lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerbu kampung Kukum-Daji di daerah Kaura, Kaduna lewat Ahad lalu dan melepaskan tembakan ke arah para tetamu, kata mereka. “Lelaki-lelaki yang bersenjata telah membunuh 18 orang di […]