Berita

Berita
Harga Runcit RON95, RON97 Dan Diesel Kekal
Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter untuk tempoh seminggu bermula dari tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata harga runcit diesel juga kekal pada RM1.87 seliter. Harga ditentukan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Kerajaan akan […]
Berita
TERKINI: 4 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Hari Ini, Termasuk Kluster Shirala & Pitakwa
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara. Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini. 1. Kluster PUI Shirala 2. Kluster PUI Pitakwa 3. Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta) 4. […]
Gaya hidup
Jangan Gopoh, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman- Hello Doktor
Cecair pembasmi kuman kini menjadi satu keperluan bagi setiap daripada kita dalam membasmi COVID-19 mengikut norma baharu. Keadaan ini diambil sebagai peluang oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual produk berkenaan. Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlu bijak memilih produk yang mematuhi syarat digariskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk memastikan ia dapat […]
Berita
TERKINI: Kembali Dua Angka, 18 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 8 Kes Penularan Tempatan
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 18 kes positif pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bertambah menjadi 8755 kes. Menerusi infografik yang disampaikan oleh KKM, pertambahan pesakit sembuh pada hari ini adalah 3 kes. Hal ini menjadikan bahawa jumlah kumulatif pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad meningkat kepada 8,541. Berdasarkan jumlah kes […]
Berita
99 Peratus Kawasan Terjejas Bekalan Air Pulih Sepenuhnya – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Sebanyak 286 atau 99 peratus daripada jumlah kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual sejak 14 Julai lepas, pulih sepenuhnya setakat 7 pagi tadi. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, empat kawasan di wilayah Klang/Shah Alam masih dalam proses pemulihan manakala wilayah Kuala […]
Kesihatan
Operasi Perniagaan Di Pahang Kembali Ikut Kelulusan Lesen
KUANTAN, 17 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis perniagaan yang beroperasi pada masa ini kembali mengikuti waktu operasi berdasarkan kelulusan lesen sedia ada, berkuat kuasa serta-merta. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengusaha premis perniagaan terlibat bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara. “Semua premis perniagaan, fasiliti awam dan […]
Kesihatan
KKM & Dr. Noor Hisham Diiktiraf Dunia, Dapat Dua Anugerah Berprestij Tinggi ‘The BrandLaureate’
Satu demi satu kejayaan dicapai negara dalam mengharungi wabak pandemik COVID-19. Selepas negara mencatatkan penurunan kes mengikut unjuran yang dijangkakan, kini Kementerian Kesihatan (KKM) terpilih merangkul anugerah atas usaha dan tanggungjawab kesihatan negara tersebut. Hari ini, ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi kejayaan KKM yang menerima anugerah pengiktirafan daripada pihak antarabangsa. Kepada semua […]
Gaya hidup
Turut ‘Serang’ Wanita Pada Usia Muda, Doktor Ini Kongsikan Tanda-Tanda Ketumbuhan Dalam Rahim
Ketumbuhan dalam rahim sememangnya menjadi salah satu dari penyakit yang perlu diberi perhatian kerana ia menjadi ‘pembunuh senyap’ bagi golongan wanita. Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit tersebut seringkali dialami oleh golongan wanita yang berusia dalam 40 tahun ke atas namun pendedahan oleh Dr Hamid Arshat ini perlu dijadikan sebagai pengajaran. Ternyata, ramai juga wanita dalam […]
Gaya hidup
Rumah Mewah Jutaan Ringgit Terancam Hakisan, Pemilik Gusar Boleh ‘Jatuh’ Dalam Laut
Penduduk perumahan mewah tepi pantai di New South Wales berdepan bahaya apabila rumah mereka ‘tergantung’ di atas laut dan berisiko runtuh susulan ombak kuat yang menghakis pantai. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Wamberal, di mana kediaman di sana telah mengalami kerosakan susulan hakisan pada tapak rumah. Pengawal Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Rolf Garda berkata, kerosakan […]
Berita
Lelaki Dipenjara 26 Bulan Kerana Hina Islam, Nabi Muhammad
KUALA LUMPUR, 17 Julai — Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad, agama Islam dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Facebook tahun lepas. Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam […]
Berita
Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai – KPN
KUALA LUMPUR, 17 Julai (BERNAMA) — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes melibatkan pemandu mabuk adalah memadai. Beliau berkata pihaknya pernah mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk […]
Berita
Pemakaian Topeng Muka Di Sekolah Tidak Diwajibkan – Menteri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka di sekolah adalah tidak diwajibkan. ”Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan dan pihak sekolah hanya perlu menyediakan pelitup muka sekiranya terdapat pelajar dan kakitangan sekolah yang menunjukkan gejala semasa sesi persekolahan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Pelaksanaan Perintah Kawalan […]
Gaya hidup
“Rasa Sayang Nak Buang,” Wanita ‘Transform’ Meja Kayu Lama Hingga Nampak Ekslusif
Tidak lengkap rasanya jika tidak meletakkan sebarang perabot baharu apabila mengubahsuai rumah. Namun, tidak perlu pening memikirkan untuk membeli perabot tersebut kerana terkadang sebarang perabot yang lama juga boleh diubahsuai semula dengan hasil yang sangat mengagumkan sama seperti ia dibeli di kedai. Sama seperti yang dilakukan oleh Intan Nasirah yang membuat sendiri meja makan menggunakan […]
Berita
(Video) “Ber-Bismillah Bersama,” Bacaan Merdu Qariah Muda Bersama Dua Selebriti Ini Buat Ramai Terpegun
Video johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah, yang membuat ‘tarannum challenge’ bersama adik beradiknya baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial. Kebolehannya dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sudah tidak perlu disangkal lagi. Terbaru, dalam satu video yang dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya, beliau telah berkesempatan untuk membuat ‘tarannum challenge’ […]
Berita
Editor Buku Didakwa Hina Jata Negara Dikesan Keluar Dari Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan telah melarikan diri ke luar negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki yang merupakan warga tempatan itu didapati telah ke luar negara sejak 21 […]
Berita
(Video) Chris Evans Akan Kirimkan Perisai ‘Captain America’ Kepada Budak Yang Selamatkan Adiknya Dari Serangan Anjing
Bintang filem Hollywood yang terkenal sebagai ‘Captain America’ bakal menghadiahkan sebuah perisai kepada seorang budak lelaki yang menyelamatkan adik perempuannya dari serangan anjing. Chris Evans telah mengirim satu mesej dalam video yang dirakamnya kepada Bridger Walker, 6, yang menyelamatkan adiknya itu dari serangan anjing berkenaan. Walker mengalami cedera yang agak parah sehingga memerlukan pembedahan selama […]
Berita
TERKINI: Liga Super & Liga Premier Bersambung Semula 26 Ogos Ini Manakala Piala FA Dibatalkan
Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan Liga Malaysia 2020 akan bersambung semula pada 26 Ogos ini. Tarikh berkenaan diumumkan setelah mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah MFL setelah menilai banyak faktor termasuk tempoh persiapan pasukan-pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga Malaysia lebih kompetitif dan berkualiti. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ […]
Berita
Gangguan Bekalan Air Di Lima Wilayah Pulih Sepenuhnya – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 17 Julai (BERNAMA) — Lima wilayah di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah pulih sepenuhnya, hari ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air […]
Berita
Bunuh Isteri Dan Anak, Pemandu Lori Diarah Bela Diri
SHAH ALAM, 17 Julai — Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan seorang pemandu lori membela diri terhadap pertuduhan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam keputusannya berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Satvender Singh, 34 serta menetapkan 7 dan 8 Sept […]
Berita
Moratorium Patut Dilanjutkan Tempoh Secara Automatik – Ahli Ekonomi
Moratorium harus dilanjutkan tempoh secara automatik, cadang Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia, Ahmad Muzakkir Hamid. Beliau menjelaskan, cadangan tersebut dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa, selain merujuk laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia yang mencatatkan lonjakan kadar pengangguran sebanyak lima peratus. “Pengangguran meningkat 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 778.8 ribu […]