Berita

868,394 Individu Telah Disampel Untuk Covid-19 Di Malaysia, Bilangan Ujian Setanding Dengan Korea Selatan
Menerusi laman Twitter rasmi KKM memaklumkan bahawa, sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 868,394 individu telah disampel untuk Covid-19 di Malaysia, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi. Bilangan ujian di negara kita adalah setanding dengan negara Korea Selatan. Perkara ini juga dijelaskan melalui sidang media perkembangan Covid-19 di Malaysia […]
Kelantan Sasar Jadi Antara Pengeluar Pokok Eucalyptus Dalam Negara
GUA MUSANG, 16 Julai — Kelantan menyasarkan untuk menjadi antara pengeluar pokok Eucalyptus di dalam negara selepas ia mula ditanam secara komersial di kawasan hulu Kelantan bagi menggantikan pokok balak yang ditebang. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri mula mencuba menanam pokok berkenaan kira-kira dua tahun lepas di kawasan […]
Universiti Malaya Tahan Kerja Pelaku Kes Gangguan Seksual Pelajar
KUALA LUMPUR, 16 Julai – Universiti Malaya (UM) telah menahan kerja petugasnya yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual terhadap pelajar universiti itu. Naib Canselor UM Abdul Rahim Hashim berkata pelaku telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan dikenakan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun. “Merujuk kepada laporan media mengenai kes gangguan seksual tersebut, UM ingin menegaskan bahawa tindakan berikut telah diambil berkaitan kes ini […]

TERKINI: Hanya 3 Kes Baharu & 77 Kes Aktif Covid-19 Sehingga Hari Ini
Sebanyak 3 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,737 kes setakat Khamis (16 Julai 2020), jam 12 tengahari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital. Daripada 3 […]
Tampak Mewah Dengan Kos Rendah, Wanita Kongsi Cara Buat Langsir ‘Eyelet’ Gunakan Kain Jersi
Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu atau suri rumah pening memikirkan untuk menukar langsir baharu terutamanya jika ada sebarang majlis atau sambutan hari raya. Mereka kebiasaannya akan mengunjungi kedai-kedai langsir yang sudah pastinya bernilai ratusan malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Tidak perlu risau lagi kerana anda sebenarnya juga boleh membuat langsir sendiri sekaligus tidak perlu […]

Sekolah Perlu Sedia Pelitup Separuh Suka, Cecair Pensanitasi Tangan
KUALA LUMPUR, 16 Julai — Sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan perlindungan diri seperti pelitup separuh muka dan cecair pensanitasi tangan untuk kegunaan pelajar dan guru, bukan dibeli oleh guru menggunakan wang sendiri. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan kepada setiap sekolah bagi tujuan pembelian kelengkapan […]
Catat Peningkatan Ratusan Kes Sehari & Banyak Libatkan Orang Muda, Tokyo Di Tahap Amaran Tertinggi COVID-19
Tokyo, 16 Julai – Tokyo mengeluarkan amaran koronavirus tahap tertinggi setelah kes baru COVID-19 meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Channel News Asia, banyak kes baru muncul dari kawasan hiburan pada waktu malam, melibatkan individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. Pun begitu, jangkitan turut melibatkan tempat kerja serta dalam kalangan keluarga. “Pakar […]
Dua Pegawai Kanan Imigresen Antara Lima Yang Didakwa Seludup Migran
JOHOR BAHRU, 16 Julai (BERNAMA) — Dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor antara lima individu yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup migran bulan lepas. Norhayati Abu Bakar, 50, yang merupakan penolong pengarah di Jabatan Imigresen dan Haris Fadzilah Abu Bakar, 48, pegawai kanan imigresen, masing-masing menghadapi lapan pertuduhan. […]
“Ada Yang Kekal Lama…,” Psikologis Klinikal Ini Jelaskan Jenis Pemikiran Yang Tidak Sihat Dan Cara Mengubahnya
Tiada siapa di dunia ini yang tidak terlepas dari sebarang belenggu masalah yang terkadang sangat sukar untuk diterima. Disebabkan itu juga, sesetengah orang terlalu memikirkan masalah-masalah hidup yang dihadapi sehingga memberikan kesan yang tidak baik kepada diri sendiri. Dalam proses itu juga, perkara pertama yang perlu dititik beratkan adalah bagaimana untuk mengawal pemikiran yang tidak […]
Kemelut Politik Thailand: Timbalan Perdana Menteri Bersama Tiga Lagi Menteri Letak Jawatan
Timbalan Perdana Menteri Thailand Somkid Jatusripitak dan tiga menteri kabinet termasuk menteri kewangan meletakkan jawatan dipercayai akibat tekanan diterima berikutan rombakan barisan kepemimpinan Parti Palang Pracharath (PPRP) bulan lalu. Pengunduran diri Somkid dan pasukan ekonomi – Menteri Kewangan Uttama Savanayana, Menteri Tenaga Sontirat Sontijirawong dan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Suvit Maesincee memberi gambaran […]
Gelagat Lucu Suami Buat Surat Rasmi Minta Kebenaran Isteri Beli “PC Gaming” Baru Curi Tumpuan
Gurauan dalam rumah tangga ibarat ‘vitamin’ yang menyihatkan hubungan. Ia amat diperlukan bagi menceriakan suasana kekeluargaan agar tidak hambar dan membosankan. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi gelagat suaminya yang membuat ‘permohonan’ untuk membeli set komputer baru. Menurut Nana Lisa, suaminya telah menulis surat rasmi bagi meminta persetujuannya membeli kelengkapan berkenaan. Malah, si suami turut […]
Kapal Selam Berkuasa Nuklear Dilaporkan Hampir Terlanggar Feri Yang Dipenuhi Ratusan Penumpang
Sebuah feri dengan ratusan orang penumpang di dalamnya dapat mengelak dari melanggar kapal selam berkuasa nuklear milik Britain setelah seorang pegawai sempat melihat periskopnya yang hanya 250 ela ke ke depan, lapor Mirror. Menurut sumber, kejadian yang dijangka berpotensi menjadi bencana maritim terbesar itu berlaku setelah kru kapal selam dipercayai ‘memandang rendah’ pada kelajuan dan […]
(Video) Pintu Sangkut Dan Tak Boleh Tutup, Cuba ‘Adjust’ Guna Kaedah Mudah ini
Pasti ramai di antara kita yang selalu atau pun pernah mengalami masalah pintu bilik susah nak tutup kerana mungkin pintu tersebut seakan lari dari landasannya dan bergeser dengan dinding. Akibat daripada itu, pintu tersebut tidak boleh ditutup rapat disebabkan seakan tidak muat. Dah macam-macam cara cuba pun masih tidak berhasil juga untuk membaiki masalah itu. […]
(Video) Rakaman Burung Dalam Keadaan ‘Beku’ Di Udara Cetus ‘Teori Liar’ Dalam Kalangan Netizen
Rakaman seekor burung menjadi seakan ‘beku’ ketika di udara cetus pelbagai ‘teori-teori liar’ dalam kalangan warganet. Menurut Daily Star, insiden yang membingungkan itu terjadi di kawasan kejiranan Tuluá Valle, di Colombia, pada hari Khamis, 9 Julai, dan berjaya dirakam oleh penduduk tempatan. Rakaman yang mula-mula dikongsi oleh pengguna Twitter bernama “Hechizero” memaparkan burung putih yang […]
‘Abang Lori’ Jadi Tukang Masak, Tauke Tempoyak Ikan patin
DUNGUN, 16 Julai (Bernama) — Siapa sangka tangan yang dahulunya hanya mahir memegang stereng lori treler dengan muatan 50 tan kini berubah haluan memegang kuali, senduk dan belanga bagi menyediakan ikan patin masak tempoyak. Samsul Zam Zam Paan, 34, yang memiliki restoran ‘Shahida Lee Kitchen’ dekat Che Lijah di sini berkata idea untuk menjalankan perniagaan […]
Bayi Terputus Kepala & Tertinggal Dalam Rahim, Dipercayai ‘Ditarik’ Ibu Ketika Bersalin Sendirian
Seorang ibu di Indonesia bertindak bersalin sendiri tanpa bantuan pihak lain. Individu tersebut yang digelar E, didakwa melahirkan anaknya yang dipercayai bayi pra-matang di Desa Kajowair, Kabupaten Sikka, Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu. Namun, ketika di saat mahu melahirkan anaknya dengan cara sendiri, E didakwa menarik bayi itu hingga terputus kepalanya dan […]
Pengusaha Bufet, Kedai Makan Perlu Sedia Pramusaji Atau Sarung Tangan Pakai Buang Untuk Pelanggan- Ismail Sabri
Putrajaya, 16 Julai – Kerajaan memperkenalkan peraturan baru yang perlu dipatuhi pengusaha kedai makan. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengusaha premis makanan perlu mematuhi dua SOP baru. “Pertamanya, (makanan) mesti disajikan pramusaji untuk mengelakkan penggiliran. Kita tidak mahu senduk dipegang bergilir-gilir oleh ramai orang. “(Kedua), menyediakan sarung tangan plastik yang nipis […]
Lagi Kes COVID-19 Babitkan Kluster Kapal Rusia Dilaporkan Di Busan
Tiga kru kapal Rusia yang berlabuh di bandar pelabuhan tenggara Busan, Korea Selatan disahkan positif COVID-19. Kapal itu memasuki Pelabuhan Gamcheon di Busan pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan bandar raya itu pada Khamis. Lebih banyak kes mungkin akan dilaporkan memandangkan kapal itu membawa 29 kru. Hasil ujian ke atas kru lain, dijangka diumumkan […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Kebanyakan Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri pada petang ini. Menerusi maklumat daripada Met Malaysia, ribut petir dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan juga Luar Semenanjung. Antara kawasan yang dijangka terjejas dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah seperti berikut: Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Pahang (Tanah Tinggi Cameron) […]
Pekerja Warga Asing Ada Permit Kerja Dibenarkan Bekerja Semula – Ismail Sabri
Pekerja-pekerja warga asing di negara ini dibenarkan bekerja semula, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas Ismail, ia berikutan pelbagai sektor dan industri yang telah dibuka semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan. “Terdapat ramai pekerja warga asing di negara kita yang mempunyai permit kerja, dan apabila sektor tempat […]