Berita
Pegawai Polis Ditahan, Dipercayai Terlibat Kes Penyeludupan PTI Di Sarawak
KUCHING, 16 Julai — Seorang pegawai polis Cawangan Khas kontinjen Sarawak ditahan selepas dipercayai bersekongkol membawa masuk pendatang tanpa izin (PTI) ke negara ini minggu lalu. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pegawai berusia 45 tahun itu ditahan semasa Op Benteng pada 7 Julai lepas dan kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen bagi siasatan lanjut. […]

Pengasas E-Hailing Maut Dalam Keadaan Mengerikan, Turut Ditemui Gergaji Elektrik Berhampiran Mayat Mangsa
Seorang usahawan syarikat e-hailing ditemui mati di apartment mewah miliknya di New York. Fahim Saleh, 33 yang merupakan pengasas Gokada ditemui dalam keadaan anggota badannya terputus pada tengah hari, Isnin lalu. Menurut BBC, usahawan tersebut terkenal dengan peranannya dalam mewujudkan syarikat permulaan yang popular di Nigeria dan Bangladesh. Rakaman CCTV di tempat kejadian mendapati mangsa […]

Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Muadzam Shah
Muadzam Shah, 16 Julai – Seorang wanita maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di sini sebentar tadi. Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, kemalangan di Jalan Muadzam-Pekan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan Ford Ranger. Seramai tiga mangsa cedera telah diselamatkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini […]
Lelaki Warga Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Siti Kharina
SHAH ALAM, 16 Julai — Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin, Mei tahun lepas. Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman. Gilbert dituduh […]
Tiga Bulan Anak Panah ‘Tembus’ Kepala, Itik Malang Ini Masih Hidup Dan Berjaya Diselamatkan
Seekor itik dengan anak panah yang melekat di kepalanya selama tiga bulan akhirnya diselamatkan oleh tiga orang penyelamat dalam misi menyelamat berkayak. Keajaiban berlaku apabila itik tersebut masih hidup walaupun selepas dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sungai Radbuza di kota Pilsen di Republik Czech. Pun begitu, walaupun terdapat usaha untuk menangkapnya dan […]
Pukau Pandangan, Pemancing Kongsi Foto Pelangi ‘Rare’ Berwarna Merah Hiasi Langit Gelap
Setiap dari kita pastinya pernah menyaksikan pelangi. Mungkin ada sebilangan daripada kita yang berpeluang untuk menyaksikan kejadian fenomena pelangi berganda. Pun begitu, pernahkah anda melihat pelangi yang berwarna merah? Seakan mustahil, namun pelangi merah ini benar-benar wujud dan telah disaksikan sendiri oleh seorang pemancing di Eropah. Aviv Junno, pemancing dari Finland, mendakwa telah melihat pelangi […]
Lagi Kes Nelayan Jatuh Laut Laut Ketika Menangkap Ikan, APMM Mulakan Operasi SAR
PUTRAJAYA – Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di lokasi kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Kedah, awal pagi semalam. Ekoran itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik maklumat […]
Perlis Benar Jemaah Bawah Umur 18 Tahun Di Masjid
ARAU, 16 Julai — Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti […]
PM Tunisia Letak Jawatan, Enam Menteri Dipecat
Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua. Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied. Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan. Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di […]

Dulu Kais Pagi Makan Pagi, Kisah ‘Penjaja Sayur’ Kini Berjawatan Tinggi Di Petronas
BINTULU, 16 Julai (Bernama) — Di sekolah Peter Majid Tandom adalah seorang pelajar cemerlang dan sering mendapat pujian rakan dan guru. Anak kedua bongsu daripada 10 beradik ini tidak sedikit pun membiarkan kemiskinan hidup keluarganya menjadi batu penghalang untuk berjaya dalam bidang akademik. Boleh dikatakan kehidupan keluarganya bagaikan “kais pagi makan pagi, kais petang makan […]
Akaun Twitter Beberapa Tokoh Terkemuka Digodam
WASHINGTON, 16 Julai (Bernama) — Akaun Twitter beberapa individu dan tokoh terkenal termasuk pemuzik Kanye West, pakar teknologi Elon Musk dan ahli politik Joe Biden telah digodam, lapor agensi berita Anadolu. Turut digodam akaun bekas Presiden Barack Obama, pemilik Amazon Jeff Bezos, ahli perniagaan Warren Buffet dan bekas Datuk Bandar New York City Michael Bloomberg. […]
Lelaki Didakwa Bunuh Tiga Ekor Kucing Dalam Mesin Dobi Di Kepong Mengaku Tidak Bersalah
Seorang lelaki yang didakwa melemaskan tiga ekor kucing dengan kejam dalam mesin basuh dobi di Kepong, Ahad lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA TV melalui laman twitternya sebentar tadi. Terdahulu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden ngeri tesebut setelah berita perbuatan kejam berkenaan dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di […]
‘Pasar Basah’ Di India Didakwa Jual Keratan Tangan Monyet, Anjing Diikat Dalam Guni Sebelum Di Sembelih
Satu rakaman mengerikan menunjukkan tangan monyet yang hangus dan anjing yang ditangkap sedang menunggu untuk disembelih di ‘pasar basah’ India, lapor Mirror UK. Menerusi video yang dikongsikan oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) itu, anjing-anjing dilihat sedang diikat di dalam guni dengan kepala mereka yang terkeluar. Bahagian badan monyet termasuk tangan kecil […]

Indah & Tenang Bila Dipandang, Lelaki Kongsi Cara Buat Terrarium & Boleh Dijadikan Hobi
Rata-rata bersetuju jika kita katakan tumbuhan hijau membantu menenangkan mata dan fikiran. Lantaran itu, ada yang menanam tumbuhan di dalam rumah seperti pokok lidah jin, pokok labah-labah serta lidah buaya. Bagi penggemar hutan, air terjun dan pantai pula, masing-masing mempunyai cara sendiri untuk membawa keindahan lokasi berkenaan ke dalam rumah mereka. Salah satu caranya ialah […]
(Video) Terperangkap Dalam Lubang, Rakaman Gajah Terlentang Berjaya Diselamatkan
Pegawai hidupan liar terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan seekor gajah yang jatuh terperangkap di sebuah lubang yang terletak di timur India. Haiwan tersebut difahamkan tidak berdaya untuk keluar daripada parit itu dengan sendirinya selepas terjatuh di dalam sebuah parit. Mujur, penduduk tempatan dan pegawai hidupan liar yang prihatin akan nasib gajah tersebut tampil memberikan bantuan bagi […]
Patung Arnab Gergasi Boleh Dilihat Dari Angkasa Tarik Perhatian, Mata Terbeliak & Perut Terburai Seolah-olah ‘Jatuh’ Dari Tempat Tinggi
Dengan panjang dan ketinggian 200 x 20 kaki, sebuah patung arnab di puncak gunung berketinggian 5,000 kaki menarik perhatian orang ramai yang mendakwa ia boleh dilihat dari angkasa. Digelar ‘Hase’, arnab merah jambu ini dihasilkan oleh Gelitin, sekumpulan artisan dari Vienna. Penghasilan patung tersebut memakan masa selama kira-kira 5 tahun sebelum ianya ditempatkan di puncak […]

Ada Pegawai, Anggota Bayar Ribuan Ringgit Untuk Lulus Peperiksaan Naik Pangkat – KPN
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Ada pegawai dan anggota polis membayar ribuan ringgit kerana ingin lulus peperiksaan dalaman bagi mendapatkan peluang temu duga untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Mendedahkan perkara itu, beliau berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai pegawai dan anggota yang membayar antara RM4,000 hingga RM10,000 kepada pihak ketiga semata-mata untuk tujuan […]
Finas Mahu Siarkan Filem-Filem Lama Sempena Bulan Kemerdekaan
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama bagi memberi maklumat kepada generasi muda berhubung keadaan sebenar di Malaysia sejak kira-kira 60 tahun dahulu, bersempena dengan sambutan kemerdekaan Ogos ini. Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid berkata perbadanan itu mungkin bekerjasama dengan Bernama untuk mendapatkan ‘airtime’ bagi memulakan satu saluran khas […]
Lebih 95 Peratus Rakyat Mengundi Dalam PRU Singapura 2020 – ELD
SINGAPURA, 15 Julai — Jumlah undi pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 yang baru selesai ialah 2,540,359 atau 95.81 peratus daripada 2,651,435 pemilih berdaftar. Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), jumlah itu termasuk undi dari luar negara. ELD dalam kenyataan hari ini menyebut undi dari luar negara, yang berlangsung pada 10 Julai, dikira hari ini di Pusat […]
Kisah Budak Beli Rod Memancing Tapi Nak ‘Bayar’ Guna Ikan Haruan Sebab Tak Ada Duit
Kisahi seorang kanak-kanak yang membeli rod memancing namun membayarnya menggunakan beberapa ekor ikan haruan tular di media sosial dan meraih perhatian ramai warganet. Menerusi perkongsian oleh Roob Ganesan di laman Twitter, kanak-kanak tersebut telah mengunjungi kedainya untuk membeli rod memancing baharu kerana rod memancing kepunyaannya telah patah. Boss, ada budak ni cari boss! Habis lunch […]