Berita

Hidap ‘Cerebral Palsy’ & Masalah Saraf, Adik Farisya Mohon Sumbangan Nak Beli Susu Khas
Tidak semua orang yang lahir didunia ini sempurna baik dari segi kesihatan mahupun kehidupan. Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan hidup yang terkadang tidak mampu untuk diharungi. Begitulah keadaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia 6 tahun yang berasal dari Kedah yang menghidap Cerebral Palsy dan masalah saraf. Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & […]
Jurujual Cedera Dipukul Sebelum Disamun Semasa Dalam Lif
BUKIT MERTAJAM, 15 Julai – Seorang jurujual bukan sahaja cedera ditumbuk dan dipukul tiga lelaki, malah kereta Toyota Vios serta duit dan telefon bimbitnya turut dilarikan dalam kejadian samun semasa dalam lif di sebuah pangsapuri di Bandar Perai Jaya, Perai di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd […]
Dua Lelaki Ditahan Perlekeh Hari Jawi
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ menerusi media sosial, dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang, semalam dan hari ini. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata dua lelaki berusia 25 dan […]
Thailand Panggil Duta Mesir, Tentera Gagal Patuhi Kuarantin
BANGKOK, 15 Julai — Thailand memanggil Duta Mesir, Laila Ahmed Bahaaeldin, selepas anggota tentera negara itu dilaporkan gagal mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand berkata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika, Dusit Manapan bertemu Laila Ahmed di kementerian itu semalam. Dusit memaklumkan mengenai keputusan Pusat Pentadbiran […]
Luluh Hati Seorang Ibu, Wanita Pengsan Setelah Ketahui Anaknya Didakwa Merogol 19 Orang Gadis
Seorang wanita di Singapura jatuh pengsan di pusat penjaja di mana tempatnya bekerja sebagai tukang masak kerana terkejut selepas mendapati bahawa anaknya didapati bersalah atas tuduhan merogol 19 gadis, lapor Stomp. Pada 12 Jun lalu, tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 24 sebatan selepas mahkamah memutuskan bahawa tertuduh bersalah atas kesalahan melibatkan perbuatan […]
Boleh Beli ‘Online’, Wanita Kongsi ‘Review’ Barangan Bayi Untuk Panduan Bakal Ibu
Dalam dunia yang berpaksikan teknologi digital pada masa kini, pelbagai barang keperluan harian boleh didapati dengan mudah iaitu dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Bagi ibu atau bakal ibu yang mempunyai anak kecil, pastinya pelbagai persediaan barang keperluan perlu dilakukan. Justeru, adalah penting untuk membeli barangan yang berbaloi dan boleh digunakan dengan selamat. Seperti kiriman […]
Temui Barang Dari Tahun 1980-an, Keluarga Ini ‘Bongkar’ Lubang Dalam Bilik Mandi Dan Temui Barangan Lama
Pernahkah anda terfikir berkenaan apa sebenarnya yang terdapat dan tersembunyi di dalam dinding rumah anda? Sebuah keluarga baru-baru ini terkejut apabila menemui bahawa satu lubang di dinding bilik mandi mereka yang tidak pernah mereka tahu, namun telah dikatakan wujud selama sekitar 40 tahun. Lebih pelik lagi adalah lubang tersebut telah dipenuhi dengan sejumlah barangan yang […]
‘Korbankan’ Satu Bilik Untuk 7 Ekor Kucing, Wanita Kongsi Pengurusan Ruang Bagi Kucing Peliharaannya
Bagi pencinta kucing, apa sahaja keperluan penting haiwan comel itu sentiasa perlu dilengkapi dengan segera agar haiwan tersebut akan berasa selesa dan dilindungi. Bagi yang mampu, rumah atau bilik kucing akan dibina bagi memberikan perlindungan yang baik kepada haiwan itu selain untuk mengelakkan mereka menyepahkan ruang-ruang tertentu. Melalui kiriman Sarah Mustaza menerusi group #kemasrumahwithhani, beliau […]

11 Pekerja Kilang Ditahan Miliki Kad Pengenalan Palsu
Putrajaya: Seramai 11 pekerja kilang warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, hari ini. Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima mengenai terdapat pekerja di kilang tersebut menggunakan kad pengenalan palsu, menurut kenyataan […]
Kakak Kongsi Kisah Adik Didiagnos Hepatitis Dipercayai Selepas Makan Suplemen Kuruskan Badan
Suplemen digemari ramai terutamanya wanita kerana ingin mendapatkan kesan kulit yang cantik dan putih mulus serta kelihatan kurus dan langsing. Namun, dalam obsesi wanita terhadap pelbagai pilihan suplemen yang terdapat di dalam pasaran kini, terdapat pelbagai risiko yang boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkongsian oleh Farah Farzana di […]
9 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual – KP Kesihatan
Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menyenaraikan beberapa produk kosmetik yang dikesan oleh KKM mengandungi racun berjadual. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: […]

Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Sebahagian Besar Semenanjung Malaysia Hingga Jam 8 malam
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan satu amaran ribut petir pada jam 4.30 petang tadi. Amaran ribut petir dijangka melanda sebahagian besar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan lebat. […]
Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi
ALOR SETAR, 15 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Langkawi, pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada tekong bot yang […]
Selangor Catat Lima Kes Mangsa Keganasan Rumah Tangga Babitkan Suami
Selangor merekodkan lima kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa daripada golongan suami sepanjang tempoh 18 Mac sehingga 3 Mei lepas. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata kesemua mangsa berumur antara 18 ke 60 tahun itu didera secara fizikal dan emosi oleh isteri. “Mangsa bagi kelima-lima kes ini membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan […]

ADUN Slim River, Datuk Khusairi Talib Meninggal Dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Datuk Khusairi disahkan meninggal dunia di Bentong Pahang. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Perak menerusi laman Facebook Bernama TV. Presiden UMNO, Dato’ Zahid Hamidi juga mengucapkan salam takziah buat keluarga atas pemergian Allahyarham. Zahid juga mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman. انا لله […]
Tukang Emas Tanam ‘Harta’ Di Pelbagai Lokasi Rahsia Dan Jual Tiket Untuk Misi Pencarian
Telah menjadi tukang emas sepanjang hidupnya, lelaki memutuskan untuk ‘membersihkan’ rak di kedai emas J&M Jewelers miliknya di Macomb County, lapor fox32chicago. Setelah berbincang dengan isterinya, Johnny Perri mengambil keputusan untuk menguburkan harta bernilai sejuta dollar di puluhan tempat berbeza dari metro Detroit, utara ke seluruh Semenanjung Atas. “Saya katakan kepada isteri saya, kita boleh […]
Jumlah Penduduk Malaysia Dijangka 32.7 Juta Pada 2020
PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) — Penduduk Malaysia tahun ini dianggarkan berjumlah 32.7 juta orang berbanding 32.5 juta pada 2019 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 0.4 peratus, menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2020. Mengulas mengenai penerbitan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk itu disebabkan oleh pengurangan bilangan […]
Kerani Kanan Kilang Dipenjara Lima Tahun Pecah Amanah Lebih RM300,000
MELAKA, 15 Julai — Seorang kerani kanan sebuah kilang elektronik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 208 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM308,709.14 antara 2010 hingga 2015. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas individu berusia 37 tahun itu bagi setiap pertuduhan dan […]

“Bumbung Kami Hilang Ustaz”, Lembaga Zakat Dekati, Hulur Sumbangan Buat Mangsa Ribut Di Kuala Selangor
Susulan ribut yang melanda Kuala Selangor pada 13 Julai lalu, Lembaga Zakat Selangor telah tampil membantu mangsa yang mengalami kerosakan rumah. Menurut laman Lembaga Zakat Selangor, sebanyak tujuh buah rumah telah rosak dipukul ribut dalam kejadian itu. Lantaran itu, lembaga berkenaan telah menyalurkan sumbangan bagi mangsa yang terlibat semalam. Berikut adalah perkongsian badan berkenaan di […]
TERKINI: 5 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 4 Kes Tempatan Dan 2 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 5 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (15 Julai 2020). Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,526 kes secara keseluruhannya. 5 kes baharu yang dilaporkan hari […]