Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bagi pencinta kucing, apa sahaja keperluan penting haiwan comel itu sentiasa perlu dilengkapi dengan segera agar haiwan tersebut akan berasa selesa dan dilindungi.
Bagi yang mampu, rumah atau bilik kucing akan dibina bagi memberikan perlindungan yang baik kepada haiwan itu selain untuk mengelakkan mereka menyepahkan ruang-ruang tertentu.
Melalui kiriman Sarah Mustaza menerusi group #kemasrumahwithhani, beliau berkongsi mengenai pengurusan ruang kucing di rumahnya .
Menariknya, walaupun hanya mempunyai tiga bilik di rumah sewanya, beliau yang mempunyai tujuh ekor kucing itu tetap membuat satu bilik khas untuk kesemua haiwan tersebut.
Rumah sewa kami ni ada 3 bilik. Jadi kami khaskan satu bilik sebagai stor/bilik kucing.
Rumah kami dimeriahkan dengan 7 ekor kucing; 3 dewasa, 1 kanak-kanak dan 3 bayi. Nak tak nak, kena sediakan ruang untuk makan minum dan membuang anak-anak bulus ini. Tujuan utama untuk kebersihan, rumah nampak lebih teratur, keselamatan, serta keselesaan manusia dan haiwan.
Apabila kami ada di rumah, kami lepaskan mereka untuk bermain di segenap ruang rumah. Yang penting, kena selalu perhatikan kucing jantan (suka kencing di tempat yang tak sepatutnya, terutama apabila tiba musim mengawan), dan anak kucing yang baru toilet trained (kadang2 dia terbabas juga, kencing di tempat yang tidak sepatutnya). Kami hadkan siapa yang boleh masuk ke bilik tidur, kerana faktor kebersihan, ruang solat dan lain2.
Sekiranya kami semua keluar rumah, semua akan diletakkan dalam bilik kucing ikut lokasi masing-masing; ada yang perlu duduk dalam sangkar, ada yang dibiarkan sahaja bersiar-siar dalam bilik tersebut.
Details ada pada gambar ya.
Semoga dapat memberi idea kepada yang memerlukan.
P/s: Kerja2 pembersihan harian bilik ini kami lakukan 2 hari sekali. Buang berak kucing tu kena buat hari-hari. Sebab kucing banyak hehe. Deep cleaning kami buat seminggu atau dua minggu sekali.
Kami ada 3 orang anak yang masih kecil; 6 tahun, 2 tahun dan 1 tahun, jadi kami prefer asingkan ruang kucing makan minum dan melabur, sebab bimbang yang kecil akan join sekali kucing2 tu punya rutin.



Bahagian atas sangkar 2 tingkat kami susun carriers, sangkar besi yang sudah dilipat dan sangkar untuk mandikan kucing.
Ini semua barang yang bukan kegunaan harian, jadi kami letakkan di atas untuk jimatkan ruang di bawah.

Saya labelkan siap2 pada kotak, mudahkan kerja bila nak guna apa-apa nanti.


Dapatkan vakum seperti dalam gambar di
SINI
.
Sumber: Sarah Mustaza Via #kemasrumahwithhani