Berita

2,234 PTI, Tekong Dan Penyeludup Ditahan Sehingga Semalam – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Seramai 1,598 pendatang tanpa izin (PTI), 526 tekong serta 110 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng sejak 1 Mei lepas hingga semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selain itu, katanya pihak berkuasa juga menahan 54 bot dan 156 kenderaan yang terlibat dalam percubaan menceroboh sempadan negara. “Semalam, Polis Diraja Malaysia […]
Kapal Tentera Indonesia Karam Di Perairan Jawa Timur
JAKARTA, 15 Julai (Bernama) — Sebuah kapal tentera laut Indonesia, KRI Teluk Jakarta-541, yang sedang menjalankan tugasan logistik tenggelam di perairan Masalembo wilayah Jawa Timur kira-kira 8.30 pagi Selasa, lapor agensi berita Xinhua. Tentera Laut Indonesia berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kapal itu karam disebabkan terdapat beberapa kebocoran pada kapal berkenaan. “Gelombang ombak (di […]
Kepadatan Penduduk Punca Selangor Catat Kes COVID-19 Yang Tinggi
SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) — Kepadatan penduduk merupakan punca Selangor yang kini mempunyai 6.5 juta penduduk merekodkan kes COVID-19 antara yang tertinggi di negara ini. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkara itu dapat dilihat di kawasan seperti Petaling yang merekodkan jumlah kes yang tinggi susulan penduduk yang padat. “Terdapat satu […]
Sahih Ke Kenyataan ‘Suami Tanggung Dosa Isteri’? Ini Penjelasan Mufti
Tanggungjawab seorang suami sangat berat dalam Islam. Mereka bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah serta mendidik ahli keluarga dengan ilmu agama yang mencukupi. Malah, sikap seorang anak dan isteri juga sering dikaitkan dengan didikan suami atau ayah. Jika si isteri atau anak-anak berkelakuan tidak elok, perbuatan mereka akan dinisbahkan kepada ketua keluarga. Pun begitu, sejauh mana mereka […]
Yuran Asrama, Perkhidmatan Universiti Semester Kedua Dikurangkan Sehingga 15 Peratus
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Katanya langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman […]
Bank Rakyat Nak Bagi Hadiah Lebih RM400,000 Dengan Kempen Emas 2 Kilo
Bank Rakyat melancarkan semula Kempen Emas 2 Kilo dengan menawarkan sebanyak 28 hadiah bernilai keseluruhan melebihi RM400,000 atau 2 kilogram (kg) emas kepada pelanggan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change. Kempen berkonsepkan ‘Pajak dan Menang’ yang akan berlangsung bermula 15 Julai sehingga 15 November 2020 ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat Pajak […]
PLKN Ajar Remaja Sayangkan Negara Wajar Dikembalikan Semula
KOTA BHARU, 15 Julai — Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) wajar dikembalikan kerana ia berjaya mengajar golongan remaja untuk sayangkan negara dan bersifat patriotik, kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Beliau berkata perpaduan dalam negara kini dilihat semakin rapuh tanpa sebarang program yang tersusun seperti PLKN yang […]
KKM Dedah 9 Produk Kosmetik Ini Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Sebahagian produk kosmetik sememangnya menunjukkan kesan yang ketara dalam masa singkat. Namun begitu, pengguna sepatutnya berhati-hati dan memastikan agar ianya tidak mengandungi racun berjadual yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Dalam kemaskini terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendedahkan beberapa produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Berikut merupakan senarai kemaskini produk kosmetik yang mengandungi […]

40 Anggota Polis IPD Kota Kinabalu Selesai Jalani Kuarantin, Negatif COVID-19
KOTA KINABALU, 15 Julai — Seramai 40 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah sejak tiga minggu lepas selesai berbuat demikian semalam dan disahkan negatif COVID-19. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata sebelum ini, kesemua anggota polis berkenaan telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah disebabkan terdapat seorang […]
Jari Bertukar Gelap Dan Mula Demam, Lelaki Kehilangan Jari Setelah Tertusuk Ketika Basuh Udang Mentah
Udang sememangnya menjadi salah satu bahan yang paling serba boleh untuk dijadikan pelbagai masakan namun bahagian luarnya yang runcing menyebabkan proses penyediaannya terkadang akan menyebabkan kesakitan. Seorang lelaki di Singapura dilaporkan telah kehilangan sebilangan besar jari telunjuknya sehari selepas tertusuk udang segar. Mangsa bernasib baik kerana telah segera dirujuk ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan, jika […]
Denda Sehingga RM 150,000 & Penjara Sehingga 20 Tahun Menanti Pemandu Mabuk Jika Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Diluluskan
Putrajaya, 15 Julai – Individu yang didapati memandu dalam keadaan mabuk bakal berdepan denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Jemaah Menteri telah melakukan beberapa pindaan berhubung kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. “Jemaah Menteri pada 24 […]

Premis Kotor Dan Tiada Lesen Perniagaan, 14 Kompaun Dikeluarkan DBKL Dalam Operasi Anti Litter Semalam
Sebanyak 14 kompaun telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi Anti Litter di sekitar Taman Sungai Besi, Bukit Bintang semalam. Antara kompaun yang dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan seperti meletakkan barangan perniagaan dan membuang sampah di tempat awam. “Operasi yang dianggotai oleh seramai 22 orang petugas ini adalah untuk memastikan bandaraya ini kekal bersih, […]
Renjer Maut, Rakan Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani
PATTANI, 15 Julai — Seorang renjer maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan bom di Daerah Mae Lan, Pattani di Selatan Thailand. Kejadian berlaku kira-kira 7.45 pagi (waktu tempatan) semalam, apabila sebutir bom buatan sendiri tiba-tiba meletup ketika enam anggota renjer sedang menjalankan rondaan berhampiran sebuah sekolah di Kampung Lapho. Ketua Polis Mae Lan, Kolonel […]

Aksi YDPA Pantau Pengawal Diraja Bersenam Curi Tumpuan Netizen
Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa bersenam bersama pegawai dan kakitangan Istana Negara. Menurut kemaskini laman Facebook Istana Negara, kelihatan baginda memakai pakaian sukan dan berlari bersama kakitangan lain mengelilingi kawasan Istana. Beliau turut dilihat memerhati pegawai dan anggota keselamatan yang sedang melakukan tekan tubi di lapangan […]
(Video) “Kapal Merah Itu Bunyikan Penggera,” Detik-Detik Dua Kapal Besar ‘Berlanggar’ Sempat Dirakam Kamera
Satu rakaman mendebarkan memaparkan dua kapal besar berlanggar di antara satu sama lain telah tular sejak Sabtu lalu, lapor Daily Mail. Kejadian itu berlaku ketika kedua kapal tersebut saling menghampiri satu sama lain di Welland Canal iaitu sebuah laluan pelayaran utama sejauh 26 batu yang menghubungkan Tasik Erie dan Danau Ontario di Kanada. Menerusi video […]
(Video) Rakaman 2 Ekor Tikus ‘Bergaduh’ Sambil Diperhatikan Kucing Tarik Perhatian Ramai
Pernahkah anda menyaksikan tikus bergaduh sesama sendiri dalam hidup anda? Jika belum pernah, anda bakal menyaksikannya. Tular satu rakaman yang memaparkan dua ekor tikus seakan sedang ‘bergaduh’ sesama sendiri di sebuah bangunan yang tidak dipastikan lokasinya. Lebih melucukan, dalam video tersebut terdapat seekor kucing yang secara kebiasaannya akan mengejar tikus terbabit, namun sebaliknya hanya berkelakuan […]
Anggota, Pegawai Diberi Amaran Jangan Dedah Laporan Polis – KPN
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau berkongsi laporan siasatan pasukan keselamatan itu kepada umum atau di media sosial kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata tindakan mendedahkan laporan polis merupakan satu kesalahan kerana […]
Kerja Penambahbaikan LRA SSP3 Siap, Pemulihan Bekalan Air Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) akan bermula 9 pagi ini hingga 5 petang Jumaat ini. Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengaktifkan semula sistem LRA SSP3 selepas kerja penambahbaikan di loji rawatan itu yang bermula 9 […]
Diuji Negatif Sebelum 35 Hari Belayar, ‘Misteri’ 57 Pelaut Dilaporkan Dijangkiti COVID-19 Di Atas Kapal
Argentina pada ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan mengenai ‘misteri’ perubatan selepas 57 nelayan telah dijangkiti Covid-19 selepas 35 hari berada di laut walaupun seluruh krew telah diuji negatif sebelum meninggalkan pelabuhan, lapor Daily Mail. Menurut kementerian kesihatan untuk wilayah Tierra del Fuego, kapal pukat itu kembali ke pelabuhan setelah beberapa anak kapal mula menunjukkan […]
Firma Bioteknologi AS Umum Vaksin Covid-19 Berada Pada Peringkat Percubaan Manusia Terakhir Pada 27 Julai Ini
Firma bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna, mengatakan bahawa mereka akan memasuki peringkat akhir percubaan manusia untuk vaksin Covid-19 pada 27 Julai ini untuk menguji seberapa berkesan ia melindungi manusia di dunia nyata. Kenyataan yang diumumkan semalam itu dibuat ketika hasil percubaan awal yang bertujuan untuk membuktikan vaksin itu selamat dan mencetuskan produksi antibodi diterbitkan. Percubaan fasa […]