Berita
“Ambil Masa Lama Sebelum Boleh Tidur,” Doktor Kongsikan 13 Cara Atasi Masalah Tidur
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah ketika tibanya waktu untuk tidur. Pun begitu, oleh kerana tiada pengetahuan berkenaan perkara tersebut, kita hanya bertindak mengabaikannya sahaja. Akan tetapi, tahukah anda bahawa masalah tidur ini juga ada kaitan dengan isu kesihatan mental. Seorang doktor bernama Dr Rostam ada berkongsikan bebenang menerusi akaun Twitternya berkenaan tanda-tanda serta […]

Percubaan Gagal, Gelagat Hamster Panjat Dinding Untuk Larikan Diri Tarik Perhatian Ramai
Kebanyakan hamster lazimnya akan kelihatan berlari-lari di atas roda yang diletakkan di dalam sangkar mereka sebelum mereka kembali tidur. Pun begitu, bagi Kuro, seekor hamster yang berusia enam bulan, cita-citanya untuk melarikan diri tampak lebih besar berbanding hamster biasa yang lain apabila dia ditangkap cuba melarikan diri dengan memanjat dinding berhampiran. Dalam gambar yang mencuit […]
Stadium Kriket Terkenal Di India Dilaporkan Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19
India dilaporkan akan menggunakan stadium kriket Eden Gardens yang legenda di Kolkata sebagai pusat kuarantin untuk polis di negara itu yang menghidapi Covid-19, lapor CNA. Dengan kekurangan hospital, ratusan katil-katil akan didirikan di dalam stadium berkapasiti 80,000 itu yang pernah digunakan pada final Piala Dunia 1987. Hampir 550 polis Kolkata dilaporkan telah diuji positif Covid-19 […]
Perguna Anak Kandung Sebagai Pelacur, Bapa ‘Durjana’ Dicari Polis
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes merogol serta melacurkan anak perempuannya berumur 13 tahun di kediaman mereka di Kajang sejak tiga tahun lepas. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata ibu saudara mangsa melaporkan perbuatan keji suspek itu kepada pihak polis semalam selepas mengetahui perkara tersebut awal bulan ini. “Siasatan awal polis mendapati […]
Raih 22K Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Ringkas Masakan Sardin ‘Homemade’, Boleh Cuba Buat
Boleh dikatakan ramai juga yang meminati masakan ikan sardin yang sesuai dimakan walaupun dengan hanya nasi putih kosong sahaja. Disebabkan itu, mereka ini terpaksa ke kedai runcit mahupun pasaraya untuk mendapatkan bekalan sardin tin yang dijual. Pun begitu, berbekalkan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Norlela Abdul Lahak ini, anda kini sudah boleh […]
Pelancong UK Terkandas Zahir Penghargaan Cara Malaysia Tangani Covid-19
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Di sebalik tuduhan negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia kononnya telah menganiaya rakyat asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rantaian COVID-19, beberapa warga asing telah melihat sisi positif dan memuji tindakan pihak berkuasa membendung virus maut itu. Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK) Darren Cronian melalui salurannya (Remote […]
Lelaki Bunuh Tiga Ekor Kucing Dalam Mesin Basuh
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Tidak berperikemanusian dan kejam. Itulah perilaku seorang lelaki yang membunuh tiga ekor kucing dengan cara melemaskannya di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 9.30 pagi tadi melalui seorang wanita berusia 39 tahun. “Wanita itu memaklumkan kejadian berkenaan berlaku semasa dia […]
TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif – KKM
Satu kluster baharu dikesan di Kuching, Sarawak, melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut satu kenyataan rasmi, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 dilaporkan daripada kluster tersebut. “Kes pertama kluster ini (kes ke-8,694), adalah seorang pekerja di syarikat tersebut yang telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai 2020 apabila beliau […]
TERKINI: 14 Kes Baharu Termasuk 11 Kes Melibatkan Penularan Tempatan
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, sebanyak 14 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes meningkat 8,718 kes. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) kes melibatkan kes import, iaitu melibatkan semua warganegara Malaysia. Manakala 11 kes penularan di dalam negara pula, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara dan lapan (8) kes adalah di […]
Sekolah KAFA Dibuka 2 & 3 Ogos Ini – Menteri Agama
Sekolah Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuka semula pada 2 dan 3 Ogos ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penetapan itu bersandarkan tiga pilihan model pengoperasian pembukaan penuh berdasarkan kapasiti sekolah seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM). “Selaras dengan keputusan KPM tersebut, Jabatan Kemajuan […]
Ribuan Rakyat Israel Protes Di Jalanan, Tertekan Hilang Kerja Akibat Pandemik
Ribuan penunjuk perasaan dilaporkan berhimpun di jalanan di Tel Aviv semalam, selepas mendakwa kerajaan Israel gagal menangani pandemik COVID-19. Difahamkan, penunjuk perasaan tersebut mengeluh akan tindakan-tindakan kerajaan yang akhirnya membawa kepada masalah kehilangan pekerjaan melibatkan banyak sektor. Dalam masa sama, syarikat-syarikat kecil dan syarikat persendirian turut marah berikutan kegagalan pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan kewangan […]
“Saya Haramkan Semua Majlis Berfoya-Foya Di Pejabat,” – Ketua Polis Negara
Tiada lagi aktiviti mewah melibatkan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan selepas ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, larangan tersebut termasuklah mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun lawatan ke mana-mana tempat. “Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat. “Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut […]
Untuk Kurangkan Tekanan Di Hospital, India Tukar Stadium Kriket Jadi Pusat Kuarantin
Kolkata — Stadium Kriket Eden Gardens yang bersejarah di bandar Kalkota akan digunakan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan ratusan polis India yang telah dijangkiti virus korona. Stadium berkapasiti 80,000 penonton ini pernah digunakan untuk perlawanan akhir Piala Dunia pada 1987 dan Piala Kriket T20 2016 ini bakal mengurangkan tekanan hospital di bandar Kalkota dengan menyediakan […]

Op Mabuk: Lima Penunggang Motosikal Bertindak Lawan Arus
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Dipercayai kerana mahu mengelak sekatan jalan raya Op Mabuk, lima penunggang motosikal dikesan bertindak melawan arus dalam kejadian di Jalan Pandan 1 menghala ke Ampang dekat sini awal pagi tadi. Lima penunggang terbabit yang dipercayai dalam perjalanan dari Taman Shamelin Perkasa bertindak memecut motosikal masing-masing menongkah arus di Jalan Pandan 1 selepas mengesan kehadiran pihak berkuasa di dua […]
“Malaysia Adalah Contoh Bila…”, Warga Amerika Dipercayai Doktor Puji Cara Malaysia Kawal COVID-19, ‘Ratapi’ Nasib Negara Sendiri
Kejayaan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 acap kali diperakui oleh segelintir negara luar. Meskipun belum lagi sampai ke garisan penamat, namun kadar jangkitan harian yang semakin hari semakin menurun telah cukup membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat bersatu-padu mengurangkan penularan wabak tersebut. Tidak dapat dinafikan, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha keras barisan hadapan […]
Datuk Adik Mayah ‘Makanan Pun Beli Sendighi Nah’ Meninggal Dunia Jumaat Lepas
“Makanan pun beli sendighi naa..” Anda pasti sangat familiar dengan kanak-kanak ni kan? Adik Mayah yang terkenal dengan gaya percakapan loghat Utara yang pekat itu pernah mencuri tumpuan kita semua satu masa dulu. Apatah lagi gaya bibir yang mencebik seperti di bawah ini sungguh kelakar, bagaikan gaya orang dewasa hingga menjadi ‘meme’ di media sosial. […]
Masalah Kesuburan Dalam Kalangan Suami Meningkat – LPPKN
PUTRAJAYA, 12 Julai (BERNAMA) — Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini didapati semakin meningkat dan turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin, kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah. Menurutnya berdasarkan data LPPKN bagi tempoh 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal. “Memandangkan […]
Planet Musytari Paling Terang Di Langit Bumi Selasa Ini
Taipei, 11 Julai — Peminat ‘ Stargazer’ akan berpeluang melihat planet Musytari pada titik yang paling cerah pada hari Selasa ini ketika planet ini berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi, kata Muzium Astronomi Taipei pada hari Jumaat lalu. Kedudukan planet Musytari yang juga merupakan planet terbesar dalam sistem suria berada di antara Bumi […]
Selepas Diumum Dijadikan Masjid Semula, Hagia Sophia Anjur Solat Jumaat Kali Pertama 24 Julai Ini
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan Solat Jumaat pertama di masjid bersejarah Uthmaniah, Hagia Sophia akan dilaksanakan pada 24 Julai ini. “Insya-Allah, kita akan mendirikan Solat Jumaat bersama pada 24 Julai ini dan Hagia Sophia kembali dibuka semula sebagai pusat ibadah. “Sama seperti kebanyakan masjid di Turki, pintu Hagia Sophia akan sentiasa terbuka untuk warga […]
Lebih 3 Juta Jangkitan COVID-19 Di Amerika, Trump Akhirnya Pakai Topeng Muka Buat Pertama Kali
Pada Sabtu lalu Presiden Donlad Trump dilihat mamakai topeng muka semasa lawatan ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed, setelah sekian lama menolak untuk memakai penutup muka semasa dunia berperang dengan penularan COVID-19. “Saya pakai topeng di lokasi yang sesuai,” kata Trump, ketika ditemu bual bersama wartawan di White House. Keengganan Trump untuk memakai penutup […]